Pages

Wednesday 31 July 2013

RISIKO URI MELEKAT? RAHIM DI BUANG?

Assalammualaikum...setiap wanita yang hamil pasti merasa berdebar memikirkan bagaimana nasib mereka ketika bersalin kelak? normal atau bedah? takut tumpah darah ,lebih2 lagi uri melekat yang selalu kita dengar sekarang....
ada juga kes sampai terpaksa membuang rahim gara-gara uri melekat ni...seram juga dengar tapi kene ambil tahu juga kerana kita sebagai wanita tidak terlepas dari dunia kehamilan....masalah uri melekat atau dikenali sebagai plasenta accreta tidak kerap berlaku .keadaan ini berlaku apabila uri melekat di kawasan otot dinding rahim(uterus) pada lapisan endometrium.plasenta increta pula aadalah keadaan yang lebih kritikal iaitu uri tertanam ke dalam otot dinding rahim atau lapisan moimetrium.plasennta percreta pula adalah keadaan uri tertanam menembusi keseluruhan dinding rahim ke permukaan luarnya sehingga lapisan serosa dan melibatkan organ yang berdekatan seperti pundi kencing dan rektum.lebih kurang 75-78% daripada kes uri melekat adalah jenis plasenta accreta.lebih kurang  17% lagi masalah plasenta increta.selebihnya iaitu 5-7% disebabkan oleh masalah plasenta percreta.

masalah ini amat jarang sekali berlaku dan boleh didapati satu dalam 2500 kehamilan .kebiasaannya ia mengakibatkan  pendarahan teruk semasa trimester ke-3 kehamilan dan selalu mengakibatkan kelahiran anak pramatang.
bagi anak pula,risiko uri melekat boleh dikatakan tiada kerana ia berlaku setelah anak dilahirkan kecuali jika anak itu pramatang.namun bagi ibu ia boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak(pendarahan melebihi 500 mililiter),rahim tidak atau lambat mengecut ,penggunaan prosedur pengeluaran plasenta secara manual ,pemberian ubat oksitosik dan bius,jangkitan rahim,pendermaan darah,pembedahan mengikat saluran darah arteri iliak interna malah jika terdesak pembuangan rahim,seelok-eloknya elakkan prosedur berkaitan(seperti di atas) melainkan jika perlu.

Apa yang menyebabkan masalah ini?siapa yang berisiko mengalami masalah ini? 
faktor2 yang boleh meningkatkan risiko uri melekat adalah jika wanita hamil itu juga mengalami masalah plasenta previa.plasenta previa dikatakan terjadi apabila plasenta atau uri berasa di bahagian bawah rahim menyebabkan bukaan pangkal rahim tersekat.masalah uri melekat boleh berlaku dalam 10% wanita hamil yang juga mengalami plasenta previa.



Mereka yang berisiko tinggi untuk mangalami masalah ini adalah mereka yang pernah menjalani pembedahan pada rahim seperti D & C (pendilatan dan pengkuretan), sindrom Asherman (pelekatan pada dinding rahim), pembedahan miomektomi (pembuangan fibroid) dan juga pembedahan caesarean pada kelahiran lepas. Ini akan menyebabkan otot dinding rahim pada bahagian tersebut menjadi nipis berbanding pada bahagian lain menyebabkan plasenta yang menempel pada peringkat awal kehamilan akan menyebabkan uri (plasenta) tertanam dengan lebih dalam.

Apa tanda yang menunjukkan kehamilan seseorang wanita itu ada masalah?

Jika wanita tersebut mempunyai sejarah perubatan dan pembedahan lampau yang telah disebutkan di atas dan juga sekarang mengalami kehamilan plasenta previa.

Apakah cara untuk mengesan masalah ini?
plasenta accreta susah dikenali sehinggalah semasa proses kelhairan,agak susah untuk mendiagnosis peringkat awal.penggunaan imbasan ultrabunyi boleh menolong doktor untuk ragu-ragu atau mengagak bahawa seseroang wanita itu mungkin mengalami plasenta accreta.dengan itu mereka akan membuat imbasan ultrabunyi yang lebih lanjut secara penggunaan imbasan ultrabunyi yang mempunyai colour doppler dan seterusnya ujian radiologi yang lebih lanjut seperti penggunaan magnetic resonant imaging(MRI) ..

bagaimanapun kedua-dua cara pengimejan di atas tidak dapat mendiagnosis plasenta accreta secara tepat.plasenta accreta selalunya disyaki jika plasenta masih tidak dapat dikeluarkan selepas 30 minit kelahiran bayi.maka risiko untuk mendapat pendarahan juga meningkat pada masa itu.

Apa jenis rawatan untuk masalah ini?
tidak banyak perkara yang kita boleh lakukan.kebiasaannya jika plasenta accreta didiagnosis sebelum kelahiran(mungkin oleh imbasan ultrabunyi) maka kelahiran tersebut boleh dirancang.kelahiran yang dirancang adalah lebih baik kerana segala persiapan dari segi dewan bedah,bekalan darah,doktar bius,doktar perbidanan dan alat2 pembedahan yang perlu dapat disediakan dengan lebih awal.

cara yang terbaik adalah pembedahan caesarean yang dirancang dan teruskan dengan pembedahan histerektomi(pembuangan rahim) jika terpkasa bagi kes yang telah diagnosis sebelum kelahiran.bagi kes wanita yang masih ingin hamil pada masa hadapan munngkin pembedahan pembuangan plasenta sebanyak yang boleh diperlukan dan hanya tinggalkan sedikit daripada bahagian plasenta yang melekat.
selepas itu wanita tersebut perlu diberikan antibiotik dan mungkin juga ubat methoxtrexate bagi mengecutkann sebahagian plasenta yang ditinggalkan jika perlu.antibiotik perlu diberikan kerana sebahagian plasenta yang tinggal akan mengecut dan nektotik.keadaan ini kadang2 menyebabkan jangkitan kuman.pada masa yang sama wanita ini perlu pemindahan darah yang banyak dan dirawat dihospital dalam jangka masa lebih lama berbanding kelahiran normal.

bolehkah rahim diselamatkan jika mengalami masalah ini? 
tak semestinya,ada yang boleh diselamatkan dan ada yang tidak.perkara ini bergantung kepada situasi dan keadaan. wanita tersebut semasa kelahiran.doktor akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan wanita dan juga rahim wanita tersebut,tetapi jika keadaan tidak mengizinkan dan nyawa wanita amat kritikal maka doktor terpaksa dengan pembedahan histretomi.

 SUMBER


pengajaran ialah cintai dan kasihi isteri anda ....sayangi dan hormati ibu anda yang bertarung nyawa melahirkan anda ke dunia!!!!

SLEEPING BABY'S

Assalammualaikum...lama sy tak sempat nak update blog kesayangan ni bukan ape bulan ramadhan ni kita kene lebihkan masa ke arah memperbaiki diri .....hihi,,puasa dah nak habis tak lama syawal rasa baru semalam hari pertama puasa kan...
kali ni entry sikit berbeza hihi..orang kata masa mengandung kalau nak anak comel dan cantik kene tengok gambar baby-baby yang kiut miut hihi...itu adalah salah satu tapi kene rajin baca surah yusuf la jika anda beragama islam...jom layannnnn!!!!!









orang kata bayi berbau syurga kan? sebab itu ramai yang suka cium baby masa baru lahir....







mereka lah dunia setiap ibu bapa oleh itu coraklah dunia mereka penuh warna warni keceriaan bersama kasih sayang....

inilah buah hatiku tersayang ..........

##selamatmalamsayang##

Sunday 28 July 2013

PETUA AWET MUDA SENTIASA !!

Assalammualaikum....alhamdulillah kita sudah memasuki 19 ramadhan hari ini...rasa sedih kerana tidak lama lagi kita akan meninggalkan ramadhan sekali lagi ...entah kita dapat "jumpa" tak ramadhan tahun depan....semoga segala amalan kita diterima ALLAH SWT....

huhu,,,cantik? kulit cantik? kulit gebu? awet muda? semua orang nak tidak kira lelaki mahupun wanita,tua mahupun muda semua nak cantikkk....dari kaki sampai kepala semua nak cantik...tapi cantik mcmmana yang kita nak? cantik memang hanya sekejap nanti akan ditelan usia tetapi melambatkan penuaan tidak salah kan? hihi

salah satu nak kulit cantik ialah minum air kosong!!!!!
-->>jangan sesekali meninggalkan pengambilan air kosong dalam rutin harian anda!!!..kerana air putih yang mengandungi hidrogen,oksigen dan mineral mampu membantu melancarkan peredaran darah,membuang kotoran dan toksin dalam tubuh sekaligus dapat menbantu menjaga kelembapan kulit.

Jaga waktu tidur!!! bukanlah bermakna tidak boleh berjaga langsung..
-->>jaga kualiti tidur anda untuk membolehkan tubuh berehat selain memproses dan memperbaiki sel di dalam badan.pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam.jangan biarkan otak tidur di dalam keadaan strees.

Rawatan pagi dan malam
-->.kulit wajah yang bersih mampu menyerap nutrisi lebih maksima ,cuci bersih wajah dengan menggunakan air suam.pastikan anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.lap dengan tuala bersih (tuala khas untuk lap muka )..

Rutin senaman
-->bagi mendapatkan tubuh yang segar dan bertenaga selain menjaga bentuk tubuh badan,lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30-60 minit.selain itu ia juga baik untuk jantung.bagi anda yang tiada masa masa bersenam,apa kata cuba gerakkan ringan dan mudah dilakukan.ketika bangun pagi berjalanlah mengelilingi rumah sekurang-kurangnya 15 minit agar membolehkan tubuh terasa lebih segar.

Pengambilan vitamin
-->>kandungan vitamin yang terdapat di dalam sayuran misalnya dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh untuk awet muda.pastikan anda memasukkan sekali buah dan sayuran sekurang-kurangnya 3 kali sehari.nak cantik dengan vitamin semulajadi ??

ESP-->>membantu memulihkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan parut jerawat.
GLA-->>memperbetulkan hormon dan kitaran haid,membantu menghilangkan jerawat dan jeragat.
VITAMIN E-->>bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan berlaku.

testimoni klik SINI ;-)...


raya dah nak dekat ni tentu anda semua nak kelihatan cantik kan? terutamanya cantik di depan suami ;-)....



Thursday 25 July 2013

TIADA LAGI MASALAH SAKIT URAT ATAU PINGGANG DENGAN OSTEMATRIK !!!!!!!

Assalammualaikum....pernah tak kita rasa sakit urat lepas makan makanan macam nangka? ....rasa kebas kaki,tangan,sering letih....yess itu tanda kita kekurangan kalsium....kalsium juga boleh diperolehi dari susu...bagaimana pula orang yang tidak boleh menelan susu seperti sy??


kalsium amat penting untuk ibu mengandung,ibu menyusu,ahli sukan dan warga emas terutamanya...mak sy juga ada masalah sakit lutut selepas sy berikan sebotol ostematrik..ahamdulillah sakit berkurangan dan dia sendiri bgtau katanya badan rasa cergas je,,,huhu happy dengar mak dah sihat kembali...

kenapa sy hanya memilih ostematrik?
-->>kerana ostematrik mengandungi vitamin D untuk membantu penyerapan yang baik.tanpa vitamin D badan tidak mendapat cukup "hormon calcitriol" iaitu sebagai vitamin D  yang aktif.bila tidak cukup hormon ini badan akan mengambil kalsium dari rangka yang sedia ada dan ini boleh melemahkan lagi tulang kita.


ostematrik juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS,ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.

kenapa anda perlu memilih ostematrik?
-->>nutrient pembinaan tulang yang lengkap 
-->>terbukti secara klinikal
-->>mudah ditelan dan diserap badan
-->>yang pasti nya ia VITAMIN SEMULAJADI YANG SELAMAT DI AMBIL OLEH SEMUA LELAKI,WANITA,IBU HAMIL,IBU MENYUSU DAN WARGA EMAS.


99% kalsium badan tersimpan dalam tulang dan gigi,1% dalam darah,jika tubuh kekurangan kalsium maka simpanan dalam tulang akan diserap dan ini boleh boleh mengakibatkan kerapuhan gigi dan tulang,osteoporosis dan masalah2 berkaitan tulang.

testimoni 1


testimoni 2



best kan ostematrik ni? sesuai di ambil oleh ibu yang dalam berpantang kerana ia membantu mengatasi masalah sembelit.....hihi sy dalam pantang dulu hanya amalkan ostematrik je 4 biji setiap malam....badan rasa cergas....tak rugi!!!!!!

LAGI TESTIMONI CLIK SINI

nak order? jom dapatkan pada harga best hanya dari mamasihatbabceria....setiap pembelian dari mamasihatbabyceria akan mendapat konsultasi percuma...

pm/add fb:Ain naina boleh terus chat dengan sy ;-)

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga diskaun best!!!!!

emelkan kepada:Ainnaina1@gmail.com 

sms/whatsapp :0129773915


*segala testi/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit**



Tuesday 23 July 2013

BERPANTANG BAGI IBU YANG KEGUGURAN ~~~~~

Assalammualaikum.....huhu dah hampir dua minggu kita bertemu "ramadhan " ni.....syukur alhamdulillah,,,,jom kali ini seperti yang sy pernah janjikan pada blog yang lepas nak share mcmne nak berpantang bila terjadi keguguran ini?

-->>jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan ,ibu pantang berjimak selama 3 hari.

-->>jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-4 bulan ,ibu harus pantang berjimak 40 hari.


-->>jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan ke-6,ibu pantang berjimak selama 44 hari.

-->>untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

pantang larang ini lebih kurang sama dengan orang bersalin tetapi untuk orang yang keguguran lebih kene ambil berat...

-->>jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala.

-->>jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam,akan mudah dihinggapi demam panas atau demam menggigil.

-->>tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetus bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.

-->>dari segi pemakanan ibu keguguran mesti mengelakkan makanan berangin seperti ubi keladi,rebung,sayur keladi,pucuk paku,pucuk ubi serta terung.

-->>selain itu dipantangkan juga makanan sejuk serta menjalar seperti labu,kangkung,kacang panjang,timun dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku,betik,langsat,duku,macang,kuini,nangka,cempedak,pisang masak hijaun,durian belanda dan tembikai madu.

-->>turut ditegah mengambil ikan yang berbisa seperti ikan berduri,terubuk,bawal hitam,tudung periuk,cencaru,tamban,sardin ,pari dan makanan laut seperti udang,sotong,kerang,belacan,budu,cencaluk dan ikan masin.

jangan terkejut pulak ye!!!!!!

kesan sekiranya melanggar pantang->>

alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat,demam yang susah turun,rambut gugur,mudah sayu,pekang,alahan kulit dan cuaca serta mudah letih.

sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.


apa yang baik kita buat pengajaran apa yang tidak baik kita buat teladan***

Sunday 21 July 2013

BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN ....PENTING SANGAT KE?

Assalammualaikum...hari ni sy nak share pasal berpantang selepas keguguran ,,,,alhamdulillah sy belum pernah lagi mengalami detik keguguran tersebut tapi mak sy sering berpesan bahawa berpantang selepas keguguran lebih penting atau jauh lebih kuat lagi kene berpantang dari berpantang semasa bersalin....kenapa? sy pun ingin tahu....

Mengikut ilmu perbidanan melayu,keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran.keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.

Angin gugur -->>ialah angin yang menyerang selepas keguguran ,mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa keguguran-->>ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahahgian ari-ari ,pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan ,barulah dia dapat kembali sembuh.penyakit angin gugur ini tidak dapat di ubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C.malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C  terutamanya jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.


keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya.ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakkan .masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah.apabila rahim tidak dibersihkan dengan rapi,toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan.sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.


Mengikut petua melayu.penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang kegugran,ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan.berlainan halnya dengan ibu yang keguguran sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan oleh sebab itulah  bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.

kebanyakkan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran.ini tejadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran,manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas ,akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden,kit percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.

Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran.oleh sebab itu ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya.sesungguhnya ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran" seperti tekanan emosi,masalah kesuburan,lemah rahim,ketidakseimbangan hormon serta bengkak dan bisa otot peranakkan .penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit.betis.lutut serta pinggang,kebas-kebas sendi,mudah seram sejuk ,demam tidak kebah dan kalah dalam perjuangan jimak.

oleh itu sebagai pengajaran kita wajib berpantang tidak kira pantang bersalin atau keguguran#######kerana demi rumahtangga kita ,kita wajib menjaga "dalaman" kita .....
Nak tahu cara berpantang selepas keguguran mcmna??? tunggu my next blog ye,,,,,hihihi...sabar ;-)

Saturday 20 July 2013

TIPS MENARIK ATASI BENGKAK SUSU ~~~~~

Assalammualaikum....kita dah semakin menghampiri pertengahan ramadhan sekarang ni..alhamdulillah....mommy's semua ada tak yang mengalami bengkak susu???? yup!!! sakit kan sampai ada yang demam tau,,,huhu masih sy teringat masa dalam berpantang sy juga mengalami bengkak susu tapi tidak lama pun...

tips jika terjadi bengkak susu::-->.>

bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu akan kesakitan yang perlu ditanggung.

biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu,cara mengepam payudara tidak dapat menyelesaikan masalah,seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar.hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda.masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta(hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
cuba amalkan berikut jika ibu mengalami bengkak susu-->

-->>pakailah col menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam.pastikan ia benar2 padan dan tidak terlalu ketat.

-->>susukan bayi anda dengan kerap iaitu setiap 2-3 jam walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.pastikan bayi menyusu daripada kedua2 belah payudara pada setiap penyusuan.cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi.pada sesi penyusuan yang berikutnya mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.

-->>mungkin sukar untuk bayi melekap pada payudara ibu apabila areola iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting sangat keras.untuk memastikan bayi melekap dengan betul,perah dengan tangan atau pum susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada atau pun mandi dengan air suam sebelum memerah.air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola.ini mungkin memakan masa ...tapi sabarlah dan teruskan mencuba!!!

-->>semasa bayi sedang menyusu,urut payudara yang sedang dihisap perlahan-lahan.ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.

-->>jika payudara terlalu penuh dengan susu,menggunakan pum sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah lebih elok dan tidak akan memburukan keadaan.penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

-->>menyikat payudara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

--->>sesetengah wanita mendapati meletakkan daun kobis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan walaupun tiada bukti untuk menyokongnya.daun kobis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati  penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien(buat sesekali sahaja kerana jika di amalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

--->>ambil cuka  makan dan campurkan dengan air dalam piring.ambil kapas celup dan sapu pada sekeliling payudara,jangan sampai terkena bahagian puting.lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

-->>ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan.layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk .tekap pada payudara bila daun agak2 suam.selain daripa melancarkan pengeluaran susu,ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

--->>urut payudara sedikit sebelum mengepam.buat urutan membulat seperti pemeriksaan payudara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.jika anda tidak dapat menahan sakit,anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat dari doktor.

cara-cara sy  mengatasi bengkak susu adalah dengan:

-->>kerapkan penyusuan tanpa mengira masa sehingga bayi betul2 kenyang!!!

-->>percaya atau tidak LECITHIN juga amat membantu sy bila sy mengalami masalah bengkak susu!!!!!..

selain itu kosongkan breast dan tandem nursing!!!!!


***chayokkkchayokk mommy's**

Friday 19 July 2013

TESTIMONI ESP+PD ~ SUSU TETAP MERIAH,BADAN KEKAL CERGAS

Assalammualaikum..huwaaaaa,,,,,hebat betuulll penangan ESP di bulan puasa ni!!!!!!.....sampai out stokkkk!!!! huhuh..
bagi anda yang belum memiliki esp + pd memang rugi hihi..kerana esp + pd banyak membantu mereka yang ingin kekal cergas sepanjang hari terutama ibu yang menyusu anak dan ibu hamil....
huhu namun begitu belum terlambat lagi untuk anda miliki hari ini tau...!!!!buat anda yang ada gastrik esp pilihan terbaik untuk menjalani puasa tanpa perlu menahan sakit..

jom semak apa kegunaan ESP ni???

-->>membantu kekal bertenaga sepanjang hari.pengambilan makanan yang berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana kadar pencernaan&penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat,malah sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol ,mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara....nak kulit cantik sebelum aidilfitri?? hihi jom cube esp hari ni..

--->>performnace drink amat membantu mengelakkan dehidrasi dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa.setelah berbuka pula performance drink membantu anda untuk menambah tenaga semula.pasti anda akan kekal cergas sepanjang puasa jika di amalkan sebelum tidur&sewaktu bersahur...rasa oren yang yang menyegarkan!!!!

testimoni 1

testimoni 2


testimoni 3


bila badan cergas baru dapat jalankan ibadah dengan sempurna di bulan puasa ni kan? berbaloi untuk anda miliki kedua-dua set ini!!!!!!

jom dapatkan pada harga istimewa dari mamasihatbabyceria!!!!!

pm/add fb:Ain naina boleh chat terus dengan sy ...;-)

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga diskaun......setiap pembelian dari mamasihatbabyceria akan mendapat konsultasi percume ;-)

emelkan kepada:Ainnaina1@gmail.com

sms/whatsapp:0129773915

*segala testi/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*

Thursday 18 July 2013

KULIT GEBU TANPA PERLU ME KUP !!!!!!!!!

Assalammualaikum semua....apa khabar? dah masuk hari ke10  dah kita berpuasa ni..kejap je rasa...tak lama lagi raya nak menjelang pulak.!!!huhu.

komfem pagi raya nanti kita nak kelihatan cantik dan slim kan?tak suka lah orang yang suka sindir-mindir ni kan...hihi ketahui tip nak cantik mcmna?


cantik menarik engkau memang dabommm!!! hihiihi..
rahsia memiliki kulit cantik dengan supplement tidak boleh dinafikan lagi namun harus berhati-hati dalam pemilihan supplement ni banyak yang tiruan dan sintetik!!!!
tetapi tidak pada shaklee ni semulajadi,berasaskan tumbuhan hijau dan sentiasa selamat.....


ramai yang berpuas hati dengan set ini:::

VITAMIN B-->> mengandungi B2 iaitu riboflavin yang dikenali sebagai beaty vitamin,bagus untuk kulit berminyak,whiteheads,blackheads,parut dan kulit kering.

VITAMIN E-->>anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel,anti aging vitamin,merawat dan mencerahkan parut.

GLA COM-->>membantu mengawal dan mengatur kitaran haid,meningkatkan lagi kesuburan ,menguatkan kuku dan rambut,menjadikan kulit berseri2.

ESP-->>untuk mendapatkan kesan yang terbaik boleh juga tambahkan esp(energizing soy protein).esp berfungsi untuk menyokong pembentukkan kolagen,sekaligus menjadikan kulit lebih anjal,kenyal,gebu dan putih berseri,,,ingat ye protein ialah makanan kepada sel-sel badan kita.

JOM tengok apa kata mereka yang telah "mencantikkan" kulit-->>

testimoni 1
beliau cantik dengan esp,vitamin e ,b,c...

testimoni 2


testimoni 3


sekarang dah tak perlu menempekk bedak tebal2 daah,,,cukuplah cantik dan gebu asli...kecantikkan yang sebenarnya adalah dari "berseri" dari dalaman...anda tidak perlu mengambil semua ,,,boleh edjas ikut kemampuan anda...kini anda boleh miliki dengan harga best hanya dengan pembelian dari mamasihatbabyceria.....

set ini selamat di ambil oleh wanita atau lelaki(kecuali ibu hamil)...ia selamat,berkesan,dijamin HALAL  dan mendapat kelulusan kkm...

berminat boleh terus hubungi sy:

add/pm/ fb:Ain naina boleh terus chat dengan sy ;-)

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga diskaun!!!!!

emelkan kepada:Ainaina1@gmail.com

sms/whatsapp:0129773915

*segala testi/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*

Tuesday 16 July 2013

HEBAT NYA PENANGAN ESP NI ,,,BUKAN KULIT JE CANTIK TAPI EHEMMMMMM..

Assalammualaikum...dah masuk 7 hari pun kita berpuasa....semoga di bulan yang mulia ini amalan kita dapat dipertingkatkan lagi...alhamdulillah,,baru pagi ini dapat berblog kembali hihi...sibuk dengan kerja-kerja jadi terbantut sikit masa nak berblog ni....
huhu...sy suka bercerita tentang esp kerana dapat feedback yang very2 positif dari kebanyakkan custemer yang ambil...
antara feedback nye kulit makin gebu,makin cerah,susu semakin banyak semuanya gara-gara esp dan alfalfa la...apa lagi yang menjadi kegemaran semua wanita ni..nak tegang dan anjal ambil je esp dan alfalfa....wow!!!!!!

kaum adam jangan bimbang jika anda mengambil alfalfa dan esp anda tidak akan jadi tegang mcm kaum hawa tau hihihi cuma anda akan jadi lebih machooo lagi tak percaya??? cuba lah dulu....
Antara sebab mengapa sy dan ramai wanita di luar sana menyukai and love it whit esp dan alfalfa ni:::

~dijamin HALAL
~mendapat kelulusan KKM
~Bahan yang digunaka semulajadi ,mesra alam.
~tiada kesan sampingan pada ibu,bayi dan sesiapa sahaja(kecuali pesakit SLE)
~terbukti berkesan.


Lagi keistimewaan gabungan nutrient di atas yang boleh membantu meningkatkan tenaga ,kesihatan serta kesuburan anda??

-->>ESP+Alfalfa~Breast cepat bengkak lepas ambil 2 benda ni ...sy terpaksa kurangkan dose sebab tak tahan dengan bengkak susu(berketul2) kalo anak terlewat menyusu.

-->>ESP+Alfafa~membuatkan susu jadi lebih pekat,hasilnya anak lebih kenyang dan kurang meragam.

-->>ESP+Alfafa~meningkatkan penghasilan susu ibu,sekarang dah boleh kumpul stok susu dah.

-->>ESP+Alfalfa~mengurangkan berat badan..memang best!! sebab esp memberi rasa kenyang lebih lama dan alfalfa menyah toksin.

-->>ESP+Alfalfa~mencantikkan kulit .kulit jadi halus dan gebu.dan ramai yang perasan kulit anak juga turut putih ,bersih dan cantik.

-->>ESP+Alfalfa~membuatkan sy lebih cergas bertenaga,kurang letih dan mengantuk disiang hari.dan sekarang tiada lagi masalah keputihan yang melanda.

huhu banyak khasiat nya jika dua benda ni digabungkan !!! tidak rugi tau jika anda memiliki kerana ia boleh dinikmati seisi keluarga ....jika anda ibu menyusu anda boleh mengumpul stok dengan banyak jika konsistens   mengambil dua benda ni hihhi...in sha allah 

jom tengok testimoni-->>

testimoni 1

testimoni 2

testimoni 3

huhu ramai sudah yang terjatuh cintan dengan set dua2 ni anda bile lagi?? bukan itu aje dua set ini juga yang banyak membantu sy cergas sepanjang berpuasa sebab sy juga berniaga bulan ni yela...mana nak niaga lagi,nak susukan ainul lagi,,lari ke sana lari ke sini,,,,syukur sangat2 dapat diketemukan dengan "dua benda" ni hihihi......buat suami yang nak isteri cantik dan anggun belilah hadiahkan buat isteri tersayang takkanlah rokok boleh beli tiap-tiap hari tapi supplement tidak mampu nak beli pulak..kata nak isteri sentiasa cantik.....

jom!! jom!! cepat dapatkan hari ini sempena ramadhan dengan harga best!!!!! setiap pembelian dengan mamasihatbabyceria akan mendapat konsultasi secara percuma!!!!! untuk anda yang ingin walk in sendiri ke branch shaklee terdekat boleh guna ID sy 874853 noraini harun dan dapatkan harga termurah kat sana!!!!!

pm/add fb:Ain naina boleh chat terus dengan sy ;-)

like page:MAMA sihat baby ceria

emelkan kepada:Ainnaina1@gmail.com

sms/whatsapp:0129773915

*segala testi/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukanlah bertujuan merawat ,menyembuh,atau mendiagnos apa jua penyakit*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~