Pages

Showing posts with label TIPS KELUARGA BAHAGIA. Show all posts
Showing posts with label TIPS KELUARGA BAHAGIA. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

JANGAN LUPA PENGHARGAAN BUAT ISTERI

Assalamualaikum...
Tiada perkara paling indah dalam kehidupan seorang isteri melainkan apabila kehadirannya dihargai oleh suami.oleh para suami perlu tahu bagaimana membuatkan isteri rasa dihargai.

Para isteri bukan wanita yang gila pujian,tidak juga gila penghargaan atas semua pengabdiannya.tetapi apresiasi dalam bentuk apa pun pasti akan meMbuatkan kepenatannya berkurangan dan diganti senyuman. jadi jangan ragu memuji atau mengucapkan terima kasih pada isteri anda. Rasulullah saw itu telah mencontohkan perilaku-perilaku terbaiknya pada isteri-isteri baginda.

Sebuah Hadis juga ada mengatakan "mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka.Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya"(hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi.


Berikut adalah 7 cara menunjukkan rasa cinta pada isteri anda:::

1)Hormati pasangan
apa sahaja yang isteri fikir dan buat selagi ia tidak bersalahan dan baik maka aanda perlu hormatinya.Jika isteri anda melakukan kesalahan tegur dia dengan rasa hormat bukannya meninggi suara sehingga dia rasa terhina.

2)Senyum dan gembirkan hatinya
Sentiasa berikan isteri anda kegembiraan dan senyuman.cinta adalah rasa bahagia.jadi buatlah apa sahaja yang boleh untuk memberi kebahagiaan pada isteri anda.

3)Lapangkan masa
Gunakan masa anda untuk bersama-sama dengan isteri anda.ramai suami menggunakan masa lapang untuk diri sendiri sehingga lupa pada pasangan mereka.isteri lebih suka jika anda luangkan masa bersama mereka berbanding gunakan masa lapang untuk agenda sendiri.

4)Sentiasa Ucapkan Cinta
selain itu anda perlu sentiasa ucapkan kata sayang dan ayat-ayat cinta pada isteri.bagi seorang wanita,rasa cinta perlu diucap untuk menyemarakkan lagi rasa tersebut.

5)Buktikan Cinta 
Sentiasa buktikan pada isteri bahawa anda sangat mencintai dirinya.antara perkara yang boleh dilakukan adalah memberi isteri hadiah,bunga atau kad ucapan yang mengatakan anda sangat mencintai dirinya .layan isteri umpama permaisuri dan sentiasa bersikap romantik.


6)Balasan untuk isteri
balas setiap perkara yang  dilakukan oleh isteri anda.contohnya jika isteri menyediakan  makan malam.balaslah pemberian isteri dengan layanan yang baik terhadap dirinya.sentiasa ucapkan terima kasih kepada isteri anda dan sentiasa berikan dia penghargaan atas pengorbanan yang dilakukan dalam rumahtangga.

7)Sentiasa Berkomunikasi
Jika cinta pada seseorang kita mahu berkomunikasi dengannya pada setiap masa.apabila anda selalu berkomunikasi dengan isteri,dirinya akan faham, bahawa anda mencintai dirinya.


Jadi buat suami yang betul-betul sayangkan isteri tu cepat-cepatlah dapatkan COllagen powder shaklee untuk isteri lagi tambah muda dan cun melecun!!!komfem isteri tersenyum bahagia...



Bulan ni ada promosi tau!!!
beli 6 kotak dapat 7 kotakkk!!! 
free membership untuk anda suami@isteri ye...

✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸
***✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 012-9773915 SEKARANG JUGA!!!
=========================================
boleh juga PM/inbox sy.. Ain naina 
✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan

✔ Terbukti Berkesan

Jemput Like Page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga best!!!

Jika anda membeli hari ini dari saya ...anda akan mendapat harga spesel!!!!!

Sunday, 17 August 2014

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN

Assalamualaikum....


~~~
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, 
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, 
lalu dia bersabar dengan kerenah, 
kesusahan dan kesenangan mereka, 
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”


Seorang lelaki bertanya, 
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda, 
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, 
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab, 
“Juga untuk seorang.” 

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)


Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, 
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” 
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Daripada Aisyah r.a., 
dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, 
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


~~
Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. 
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. 
Daripada hadis-hadis di atas, 
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, 
“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” 

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.


Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?
menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. 
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. 
Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. 
Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, 
tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, 

Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

nak dapatkan vitamin terhebat shaklee?
sms/whatsapp saya 0129773915 ;-)

Saturday, 9 August 2014

KU PILIH UNTUK SETIA

Assalamualaikum.... selamat berhujung minggu semua...

Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami.

Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan.

Ding!

Mesej masuk di Whatsapp.

“Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.”

Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru.


Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot. 

Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang’. Namun, lama-kelamaan aku mengakui punya rasa yang sama dengannya. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan. Katanya, dia kagum dengan kecantikan dan kelembutanku. Matang dalam berfikir, bijak dalam bisnes. 

Bernikah seawal umur 21. Hayat perkahwinanku dah menginjak tangga lima tahun. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Suamiku kerjanya biasa saja. Seorang despatch. Itulah kerjanya sejak awal bernikah sampai sekarang. Kadang-kadang kerjanya itu sampai ke petang. Kadang sampai ke malam andai ada masalah. Semua kiriman dan surat perlu sampai tepat pada masa. 

Suamiku itu umumnya baik. Tapi, selalu kami bertengkar juga. Masalah dia terlalu sibuk. Tiada masa untuk anak dan keluarga. Balik lewat petang, dah sangat penat. Nak buat overtime lagi. Katanya nak cari duit lebih, nak beli rumah. Tak mahu lagi menyewa. Tiga empat bulan ni, dia struggle untuk tujuan tu. Banyak kali dia balik rumah, aku dah tertidur pun. Aku pula cuma suri rumah yang ada bisnes tudung di internet. Akhir-akhir ni, pendapatanku lebih lumayan berbanding suami. Minggu lepas kami bergaduh besar. Dia sangka aku nak menunjuk-nunjuk aku lagi lebih darinya; nak tunjuk aku dah ada duit, so aku nak belikan segalanya dalam rumah. Hatta kepada kereta pun. Dia rasa kecil hati tak pasal-pasal. Malas aku nak bertekak. Tension bila niat baik disalahfahami. Pertengkaran berlanjutan. 

Bila aku stress, aku adukan masalah pada pemuda si jantung hati. Dia sangat memahami. Malah, mampu menenangkan aku. Aku rasa damai di sampingnya.

Malam ni aku tekad. Aku nak bercerai.

Aku tunggu dia balik kerja. Lambat sangat sampai aku tertidur. 

Bila bangun, dia tak ada di sebelah. Aku tengok motornya dah ada di parkir. 

Aku melangkah ke bilik anak. Nampak pintu sedikit terbuka. Ternampak kelibat suamiku di dalam. Aku mematikan langkah sekadar di luar pintu. Aku menantinya keluar dulu dari bilik anak. Tak mahu anak terdengar nanti. Berdiri di sisi dinding bilik anak. Telingaku terdengar anak dan ayah sedang berbual. Menangkap jelas segala tutur kata.

“Ayah, kenapa ayah asyik cerita pasal Nabi Muhammad saja?”

Si ayah tersenyum menjawab,

“Sebab ayah nak anak ayah ni tiru Nabi. Tak ada cerita yang terbaik selain cerita Nabi. Buku cerita lain hanya berkisar tentang fantasi, fairytales. Sedangkan tu semua tak wujud. Khayalan. Namun, Nabi kita wujud di realiti. Malah, menanti umatnya di akhirat kelak. Hero kamu bukan ayah, bukan watak-watak komik cerita fantasi. Hero kamu adalah Nabi Muhammad. Bukan sekadar bedtime stories.

Ayah tak tahu banyak, jadi ayah bacakan saja dari buku Biografi Nabi Muhammad ni. Dulu, ayah belajar setakat STPM saja. Ayah tak pandai. Ayah orang miskin. 

Tak ada siapa pun ceritakan tentang Nabi secara terperinci pada ayah. Atok pun tak pernah. Jadi, ayah tak nak kamu jadi macam ayah. Ayah nak kamu jadi dewasa untuk jadi seperti Rasulullah. Berjaya di dunia dan akhirat. Andai suatu hari kamu tak berjaya di dunia sekalipun, kamu miskin sekalipun. Harapnya kamu tak miskin agama. Pegang kuat apa yang ayah cakap ni, ya?”

Si anak mengangguk. Senyum.

“Malam ni, ayah nak pesan apa-apa sebelum saya tidur?”

Si ayah menjawab ringkas,

“Ada. Ada seorang ustaz kata, kita kena berinteraksi pujuk anggota badan kita sendiri. Motivasi anggota badan supaya tak buat benda-benda tak elok.”

“Macam mana tu, ayah?”

“Misalnya, ambil masa seminit dua, sambil gosok tangan, cakap pada tangan, ‘Hei tangan, hari ini jangan buat maksiat tahu. Allah nampak.’ ‘Hai kaki, hari ni kita melangkah ke masjid ya.’ Usap mata pula dan kata, ‘Wahai mata, hari ni nak melihat yang baik-baik saja. Nak tundukkan pandangan.’ Beritahu dengan seluruh anggota badan yang selalu buat benda tak baik, ‘hari ini, kena takut pada Allah. Jangan buat maksiat, okay?’.”

Si anaknya tersenyum.

“Jadi, saya kena beritahu mata saya, ‘Wahai mata, hari ni jangan tengok kartun banyak sangat. Tengoklah Al-Quran!’”

“Pandainya anak ayah!”

Si ayah mencium dahi anaknya. 

“Dah, tidur ya? Baca doa tidur sama-sama. Allahumma Bismika Ahya Wa Amut. Ya Allah, dengan nama-Mu aku hidup dan aku mati. Amin… Baiklah. Jumpa malam esok pula.”

Si ayah bangun dan nak keluar bilik. Tiba-tiba tangan si ayah digapai si anak. Menangguh langkahnya.

“Ayah sayang saya tak?”

Ayahnya tersenyum.

“Sayang sangat.”

“Sayang umi tak?”

Ayahnya tersenyum lagi.

“Sayang. Lebih dari kamu tahu. 

Saat ayah tiada apa-apa dalam hidup, umimu itu sanggup terima ayah jadi suaminya. Baik kan hati ummi? 

Sayang ayah pada umi, sampai menutup mata. Sampai akhirat sana.”

Anaknya tersenyum lebar sampai terlelap.

**
Suamiku melangkah keluar bilik.

Langkahnya terhenti.

Aku menanti di luar bilik. Basah sudah pipi ini dengan air mata. Mengalir tanpa henti. Sungguh hati ini terusik sangat dalam. Aku tak tahu pun suamiku itu setiap malam berada di sisi anak bercerita tentang Rasulullah s.a.w.. Selama ini, ku sangka suami itu langsung tidak peduli.

Sungguh, aku khilaf!

Ku capai tangan suami. Ku salami tangan kasar itu.

“Awak ok ke?” 

Suami kaget seketika.

“Maafkan saya, abang. Maafkan saya. Selama ini, saya curang dengan abang. Saya isteri derhaka. Maafkan saya. Ampunkan saya, bang.”

Suami mengusap ubun-ubun kepalaku.

“Abang dah lama tahu… Abang maafkan..”

Suamiku itu senyum. Tapi, ternyata ada hambar di wajahnya.

“Awak cinta lelaki cameraman tu? Kalau awak cinta dia dan dah tak cinta abang, abang rela korbankan kebahagiaan abang demi melihat awak bahagia.”

Kerana terpaksa, dia relakan. Rela lepaskanku. Bagai nak luruh jantungku ketika itu. Menggigil tangan. Seram sejuk. Aku yang tadi rasa diri kuat nak minta cerai, sekarang dah kaku terus. Tak berdaya. Dalam terketar-ketar, ku kuatkan hati. Sebak mencengkam rasa. Air mata tak daya diseka.

“Tak nak…tak nak..Saya nak abang seorang je…Nak ke Syurga dengan abang…bawa anak kita sama..”

Lantas suamiku itu tersenyum. Kali ini riaknya ikhlas riang. 

Tumpah air mata lelakinya di hadapanku. 

“Jangan ulang lagi…Hargai abang..boleh?”

Ringkas saja tuturnya dalam sebak bicara sama.

Rupa-rupanya dia naik angin dan bertengkar bukan kerana aku ada duit banyak, ada duit lebih. Tak, dia marah dan sakit hati bila dapat tahu tentang aku dan pemuda itu. Disembunyikan sedaya boleh.

Aku mengangguk mengiyakan.

“Tak kisah suami awak ni miskin? Tak kerja best?”

“Tulusly, tak kisah!”

***
Mesej Whatsapp masuk. DP pemuda kacak. Si cameraman merangkap arkitek.

“Macam mana? Dah selesai?”

Aku membalas ringkas mesej itu.

“Maaf. Saya putuskan untuk memilih setia. Kita selesai di sini. Lepas ni, suami saya sendiri yang akan jadi cameraman.”

Mesej masuk lagi.

“Tapi..tapi…kita kan sama-sama menyintai! Dah janji sehidup semati!”

Aku terus tekan uninstall Whatsapp. Buang sim. Patahkan. 

Depan suami.

Dalam hati, enggan lagi melukai. Insan yang lama setia di sisi.


Enggan kerana indahnya mahligai harapan yang belum jadi kenyataan, setia sanggup ku korbankan.


CERITA INI SAYA PETIK DARI MUHAMMAD RUSYDI..


Wednesday, 25 June 2014

MENGAPA SESETENGAH LELAKI BERUBAH SETELAH BERKAHWIN?

Assalamualaikum.... kali ni nak share soal hati... buat yang masih tidak mengetahui isi hati pasangan anda ... ketahuilah sekarang ye... 

Kenapa Sesetengah Lelaki Berubah Setelah Berkahwin?

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?

Suami Itu Lelaki

• Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran, keberkesanan dan pencapaian.
• Mereka beri tumpuan kepada benda, objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham, perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.


Isteri Itu Perempuan

• Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan, perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Kenapa penting suami berbual-bual dengannya?

1. Sebab, isteri itu seorang perempuan. Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh 'bersembang' atau 'bergayut' pada telefon berjam-jam lamanya.

2. Orang perempuan mahukan 'good listener' bukan 'problem solver'. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat 'tentang' dan 'untuk' diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting - 'apa perasaan mereka terhadap orang-orang yang mereka temui itu'.

3. Mereka inginkan 'verbal attention' yang boleh membuatkan mereka rasa dikasihi. Bagi mereka, selagi 'penumpuan' dan 'perhubungan' ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat dijamin. Perkahwinan sebenarnya menyatu-temukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, 'perbualan sihat' tidak wujud.


Kesimpulannya:

1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.

2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.

Nak dapatkan set vitamin kasih sayang suami&isteri?
pm/sms/whatsapp saya:0129773915.

Saturday, 17 May 2014

SAYANGILAH DAN HARGAILAH MEREKA!!!!

Assalammualaikum semua!!!!!!

hargailah isteri-isteri anda kerana mereka lah yang telah melahirkan zuriat untuk anda,bahkan jika mereka belum melahirkan ataupun tidak mampu memberi anda zuriat jangan sesekali menyakitkan hati mereka.... buat para isteri jom kita update diri kita agar menjadi isteri lebih solehah!!!!!



"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?" Jawapan Ustaz : "BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai derhaka pd Allah SWT." Kerana isteri, rezekimu bertambah. Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu. Kerana isteri, makan pakai mu dijaga. Kerana isteri, tenang hati mu. Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu. Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya. Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah stiap pngorbanan mereka, walaupun kecil dimata mu, ianya besar bagi dirinya. 



Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, stiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami. renungan sepintas lalu... Mengapa WANITA sering menangis? Jawab Tuhan : Kerana WANITA itu unik. Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa. KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya, KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman, KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia, KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah, KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati

sharing is caring ;-)

Monday, 12 May 2014

SESUATU YANG KITA PANDANG REMEH TETAPI KESANNYA AMAT BESAR !!!

Assalammualaikum.... 

malam ni nak kongsi cerita pendek je hihihihi...buat ayah take noted ye juga buat ibu....

Seorang doktor pakar yang terlalu sibuk merawat pesakitnya, suatu hari menunggu di hadapan sekolah untuk mengambil anaknya. Setelah menunggu lama dan semua pelajar telah pulang, sekolah telah kosong, namun anaknya belum ditemui.

Lalu dia menelefon isterinya, "Muaz sudah balikkah?"

Isterinya menjawab, "Belum. Bukankah dia sedang menghabiskan cuti semesternya bersama kawan-kawannya?"

Doktor pakar itu terperanjat. "Cuti semester?"

Lalu dia menepuk dahinya, dan airmatanya berjurai.

Sudah lama dia tidak bersama anaknya kerana terlalu sibuk, dan tidak menyedari bahawa anaknya bukan lagi pelajar sekolah menengah, tetapi pelajar universiti tahun akhir.



"Muaz, maafkan ayah.." tangisnya dalam hati.

Kita selalu berfikir bahawa kita mempunyai banyak masa, sehingga menangguh suatu perkara yang penting dalam hidup kita. 

Namun pada suatu hari nanti, apabila kita bangun, kita mendapati kita sudah tiada masa yang banyak untuk mengerjakan perkara itu.


Pada masa itu, kita akan bersedih kerana selama ini kita tidak memperdulikannnya dan kini mencari seribu alasan untuk mengubat kekecewaan.

SUMBER..


Monday, 10 February 2014

10 SEBAB MENGAPA ANAK SUKA MENGAMUK

Assalammualaikum...hai bertemu semula kita,,kali ini sy nak share lagi tentang kenapa anak-anak kecik suka mengamuk,,,,,,hmmm,,,pastinya setiap ibubapa pening memikirkan kenapa mereka bersikap sedemikian,,,,

Anak kecil buka sengaja suka mengamuk dan buruk perangai..Kita ibu bapa jangan sekali bersangka anak kita memang buruk perangai dan dijadikan untuk menimbulkan masalah dan kesusahan kepada kita. Jangan langsung berfikir begitu ya..Tak baik begitu..Jika anak itu mengamuk di antara lain mungkin sebab di bawah.

1- Dia letih sangat atau sakit sampai badan dia dah tak boleh nak tanggung..Jadi urutlah dan biarkan dia merengek sebagai ekspresi mengeluarkan sakit tu..Sekejap sahaja dia akan merengek, jika anda izinkan dia merengek. 

2- Rungsing dengar hingar-bingar, sampai kepala dia rasa nak pecah..Maka bawalah ke tempat yang tenang. Basuh kepala dan mukanya serta bacakan ayat Al-Quran, apa yang anda tahu. 


3-Dia tidak puas hati sebab barang yang dia ambil sebab baru sahaja nak explore dirampas takut merbahaya..Ramai ibu bapa bila anak memegang atau nak memegang benda yang merbahaya terus merampas kasar dan tidak menggantikan dengan benda yang selamat..Boleh ambil cuma jangan rampas secara kasar dan gantilah dengan barang yang lebih menarik.


4- Terlalu selalu dilarang itu dan ini..Anak jadi keliru apalah yang boleh dia buat.
5- Terlalu kerap dimarahi,sikit-sikit marah dan suruh diam. 


6-Terlalu ketat mendisiplin sampai tiada ruang untuk anak bernafas dan anak merasakan dia dibenci. 

7-Mesti ikut arahan ibu bapa sampai tiada ruang untuk mereka bertanya dan menyampaikan idea..Bertanya soalan pun tak boleh. 

8- Pernah tengok orang lain mengamuk dan ingatkan itulah cara yang baik..Oleh itu, beritahu dia tidak perlu ikut orang mengamuk sebab dia disayangi dan dia boleh memberitahu dengan baik apa yang dia hendak. 


9- Sebab mak bapak selalu sangat mengamuk dan berkelahi antara satu sama lain. Terutama berkelahi mengenai siapa perlu buat apa untuk anak..Anak menjadi punca berkelahi..Contohnya "Asyik-asyik saya yang kena salin lampin, awak tengok TV jer".Marah-marah depan anak..Macamanalah agaknya perasaan anak tu..Macam perasaan kita bila dah tua nantilah, bila anak-anak berkelahi siapa yang nak bawa kita ke klinik untuk rawatan. 

10-Dan satu perkara yang kita kadang-kadang terlepas pandang iaitu anak mengamuk ini juga adalah jarum syaitan supaya ibu bapa jadi stress dan lupa diri lalu memarahi anak keterlaluan, lantas melukai anak dan mencederakan anak..Bila sudah keterlaluan dan berterusan dan meningkat dosagenya, ini menimbulkan kesan trauma yang boleh menyebabkan timbul penyakit hati yang bertambah besar setiap tahun anak itu membesar, ibarat bebola salji yang turun bukit. 

Dan di antara kesan besarnya menjadikan seseorang itu boleh mempunyai 'criminal mindset'..Criminal mindset itulah yang membolehkan seseorang itu melakukan perbuatan yang lebih hina daripada binatang seperti merogol dan menoreh kemaluan anak-anak kecil yang tidak berdosa. 

Namun, jika anda sesekali terlepas kawalan diri tu, maafkanlah diri..Kita manusia, kita kadang-kadang boleh buat silap..Cuma jangan jadikan ia tabiat..Maafkan diri dan berusaha untuk menjadi lebih baik..Cara menjauhi stress begini, enjoy your time parenting your children. 


Take it from me, sekejap jer kita dengan anak-anak kita kecil begini..Sekelip mata jer.. Mereka begitu cepat membesar..Belajar memperbaiki diri,turunkan ego dan selalu bisikkan kepada diri, SAYA LAYAK MENJADI IBU BAPA CEMERLANG KERANA ANAK-ANAK SAYA LAYAK BAHAGIA DENGAN CARA SAYA MENDIDIK.

Wednesday, 3 July 2013

ANAK-ANAK ADALAH TAMING NERAKA

Assalammualaikum semua..hope dalam keadaan sihat selalu hendaknye...jom kali ni sy nak share tentang sabda Rasullullah saw tentang anak secara ringkasnya :-)


1~Bau mulut atau tubuh anak adalah sebahagian dari angin syurga.

2~syurga adalah sebuah kampung ketenangan ,tidak akan masuk kecuali orang yang menyukai anak-anak.

3~barang siapa menyenangkan anak perempuannya,maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada ALLAH SWT.orang yang menangis kerana ALLAH SWT maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.

4~ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga.nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
5~barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anaknya,nescaya dia akan mendapat rahmat dari ALLAH SWT  dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

6~hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki .barangsiapa menyenangkan anak perempuannya maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

7~perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

8~muliakanlah anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
9~barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil,maka orang tua ikut menganggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

10~barangsiapa  membekalkan anak-anaknya dengan adab dan ilmu agama maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahala anak-anak.

11~setelah anak perempuan berusia 16 tahun maka nikahkanlah dia.ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata"anakku,kau telah kudidik,ku ajar,dan ku nikahkan .semoga ALLAH melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".

12~muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.

13~anak-anak adalah taming neraka,makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath.

###sesungguhnya anak-anak itu ibarat kain putih kita lah yang mencorakkannya###



Thursday, 6 June 2013

KETAWA INTIMKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI ~~~

Assalammualaikum.....pernahkah anda mempunyai seorang sahabat yang kelakar,mesra dan begitu meraikan kehadiran anda? semasa di bangku persekolahan dahulu tentu ramai kawan yang gelagatnya mencuit hati sehingga anda tidak boleh melupakan mereka seumur hidup..

begitulah keikhlasan persahabatan yang pernah anda rasai dahulu.namun pernahkah anda berfikir mengapa ikatan perkahwinan tidak sama dengan ikatan persahabatan? terlalu banyak komitmen yang mengongkong anda dan pasangan sehingga kehidupan rumah tangga itu lebih kepada bebanan daripada kenikmatan.

gurauan dan gelak ketawa tidak lagi ikhlas dilepaskan dari hati,kadang-kadang kita mahu bergembira tetapi pasangan kita dirundung sedih.tiada persefahaman hati dalam menterjemahkan erti " bahagia" ,ketawa dan gurau senda...

bahkan rungutan ,kesedihan,marah dan dendam itu merosakkan hati,mengeruhkan iman,mencabar Allah yang menetapkan taqdir yang tertulis untuk kita hari ini.senyum lah untuk pasangan hidup anda,anak-anak,orang2 yang anda kenal dan tidak anda kenal kerana senyuman itu satu pertanda bahawa anda redha kepada Allah dan bersyukur walau apa pun yang terjadi hari ini..

*TEKANAN BUKAN KEPUASAN*
Keintiman suami dan isteri bergantung kepada sebanyak mana masa disediakan untuk aktiviti gurau senda.kadang2 tak terasa,rupa-rupanya lama sungguh anda dan suami tidak menonton filem bersama,tidak berjongging berdua,tak berbalas sms,tak usik mengusik semua perkara dilakukan bersendirian dan tiada unsur-unsur hiburan hati.bercakap hanya bila perlu  dan untuk urusan2 formal seperti hal anak-anak,makan minum dan pakai suami saja.


suami dan isteri yang ceria dan menikmati hidup akan sentiasa menyediakan masa untuk berseronok bersama keluarga.mereka pasti merasai kebahgiaan alam perkahwinan yang sebenar.

mereka kaya raya tapi tiada masa untuk keluarga sebenarnya hidup tertekan.mereka hanya pandai mengumpul duit tetapi tidak pandai membelanjakannya,bijak mencari kejayaan tetapi tak boleh menikmatinya semua itu lebih dirasakan sebagai tekanan berbanding kepuasan.

sememangnya kita mesti meneladani rumah tangga Rasulullah saw yang amat kita kasihi.bagaimana Rasulullah saw mengajak Aisyah berlumba lari,menonton pertunjukkan pedang bersama-sama sehingga diceritakan dalam hadis baginda saling bersentuhan pipi dengan Aisyah.

Rasulullah saw juga ketawa melihat gelagat dua orang isterinya yang saling menconteng tepung ke pipi mereka.baginda saw juga akan membawa isterinya secara bergilir bermusafir semua itu menggambarkan betapa intim dan seronoknya perkahwinan yang diwarnai dengan gurau senda dan ketawa...

satu hari apabila Rasulullah saw membawa isteri-isterinya berjalan,baginda bersabda kepada sahabat yang memimpin unta-unta mereka "Wahai Anjasyah,perlahan-lahanlah mengiringi gelas-gelas kaca ini(maksudnya bawa unta perlahan-lahan ,takut isteri baginda jatuh dari atas unta )".hadis riwayat imam Al-Bukhari dan Muslim.

suatu ungkapan yang mengusik isteri-isteri baginda tentang betapa berharganya mereka dihati Nabi SAW .inilah bentuk keintiman seorang suami yang ikhlas mencintai isteri walau apa pun kedudukannya dan siapapun dia.bukankah Rasulullah saw adalah pemimpin teragung dan panglima tentera tertinggi yang menguruskan hal ehwal umat manusia,melancarkan jihad dan dakwah tanpa mengenal masa?

takkanlah hanya kerana suami menguruskan bisnes sampai tiasa masa langsung untuk keluarga,isteri pula sibuk dengan urusan sendiri hingga tak terasa kemesraan itu semakin pudar.banyakkanlah ketawa bersama suami,anak-anak dan ahli keluarga yang lain sebagai tanda keintiman dan kasih sayang itu masih hidup di jiwa anda semua........

sekian untuk hari ni.....;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~