Tips Mendidik Anak Untuk Bebas Lampin
-------------------------------------------------------
Lampin adalah keperluan dalam kehidupan bayi sehinggalah usianya menjangkau kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa hari ini memilih menggunakan lampin pakai buang sebagai salah satu cara mudah untuk memastikan bahagian sulit si manja berada dalam keadaan bersih dan kering. Bagaimanapun ia akan menjadi ‘masalah’ apabila ibu bapa tidak tahu cara terbaik untuk menghentikan penggunaan lampin ini pada anak.
‘Bercerai lampin’...Itulah perkataan yang selalu kita gunakan bagi merujuk usaha ibu bapa untuk menghentikan kebergantungan anak terhadap lampin. Ada yang anaknya sudah berusia enam tahun tetapi masih memakai lampin terutamanya pada sebelah malam. Jadi, ramai ibu bapa yang mencari jalan bagaimana untuk melatih si kecil ini agar ‘bercerai lampin’ seawal yang boleh. Namun tidak kurang juga, ada yang cepat berputus asa apabila usahanya itu menemui kegagalan. Apa yang pasti, ini bukanlah satu tugas yang mudah. Masa dan kesabaran sangat diperlukan dalam memastikan usaha tersebut berhasil.
Berikut adalah pendekatan yang boleh digunakan dan dipraktikkan dalam mendidik anak untuk bebas lampin..
✓ Bila masa sesuai untuk bermula?
Apabila si kecil mula boleh berjalan dan bercakap. Ketika usia 2 tahun ke atas kebiasaannya si kecil sudah mula belajar untuk berdikari. Ketika ini anda sudah boleh melatihnya membuang air kecil dan air besar di bilik air.
✓ Latih si kecil memberi isyarat atau memberitahu anda apabila ingin membuang air kecil atau air besar. Misalnya,'nak shi-shi atau pee' untuk buang air kecil.
✓ Untuk permulaan cuba hentikan pemakaian lampin pakai buang pada 2-3 jam pertama di waktu pagi. Ini dilakukan sama ada anda sendiri atau minta bantuan dari penjaganya.
✓ Bawa si kecil ke bilik air setiap 5-10 minit sekali. Untuk permulaan anda hanya perlu membiasakan dirinya tanpa lampin pakai buang. Jarak masa 5-10 minit penting kerana dalam usia ini biasanya si kecil akan kerap kencing.
✓ Setelah seminggu ke dua minggu,latih untuk masa yang lebih lama daripada biasa. Sentiasa ingatkan atau bertanya sama ada dia ingin ke bilik air atau tidak.
✓ Jangan marah atau kecewa apabila si kecil terkencing tanpa sempat memberitahu anda. Pada peringkat permulaan,ia adalah perkara biasa kerana si kecil belum tahu atau sedar cara mengawal pundi kencingnya. Ia akan menjadi kebiasaan lama-kelamaan.
✓ Apabila mencecah usia 3 tahun ke atas,si kecil biasanya sudah boleh bercakap dengan jelas dan tahu bila masa ingin membuang air kecil. Bagaimanapun anda masih perlu mengingatkannya dari semasa ke semasa. Ini kerana anak kecil mudah terleka terutama apabila sedang bermain.
✓ Menjelang usia 4 tahun,si kecil biasanya sudah tidak mempunyai masalah untuk ke bilik air sendiri. Mereka sudah boleh mengawal pundi kencing. Bagaimanapun ada kanak-kanak pada usia ini masih perlu dipakaikan lampin pakai buang ataupun dialas dengan tikar kalis air ketika tidur malam.
✓ Pada usia 4 tahun ke atas,anda boleh melatih anak supaya ke tandas terlebih dahulu sebelum tidur. Kemudian kejutkan dia dalam tempoh 2 atau 3 jam untuk ke bilik air. Usaha anda pasti tidak akan mengecewakan apabila si kecil sudah boleh bangun sendiri untuk ke bilik air apabila terasa ingin membuang air kecil.
saya masih teringat lagi ada satu ketika saya cuba bagi ainul tidak ber pampes saya dah bgtau kalau nak kencing bgtau mama ye.. dia angguk ..hihihi...apa yang lucu ialah bila dia dah terkencing baru dia bgtau saya yang dia "cing.. mama cing.." huhuhu..
Semoga kita memperoleh manfaat daripada perkongsian ini.
Insha 'Allah..
Hai,
ReplyDeleteNice entry..
Mungkin pelapik tilam kalis air boleh membantu senangkan ibu untuk mengurus dan melatih anak bercerai lampin pada waktu malam..
http://kapasutera.blogspot.com/2014/09/bila-anak-kencing-malam.html
tq