Pages

Thursday 25 April 2013

TIPS MEMBINA KELUARGA BAHAGIA ~KELUARGA SAKINAH KELUARGA DIREDHAI ALLAH~

Assalmmualaikum....alhamdulillah malam ni dapat ugak update blog sebelum balik pergi mengundi hiihh...jom kita mengundi jom hihi jangan lupe tu tanggungjawab kita sebagai pengundi dan semestinya undilah pemimpin yang beriman dan yang adil....kali ni sy nak share tips 8 "P" keluarga bahagia....
1~p yang pertama ialah "puji" iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakkan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan( ehemm ehem jadi para suami rajin-rajinlah tolong isteri dkt dapur kalu nak isteri puji)

2~p kedua peluk ialah yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.(orang kata kalau isteri selalu peluk isteri umur suami jadi panjangggg hihi yela mesti lah panjang sebab happy sokmo :)

3~p ketiga ialah penghargaan di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4~p keempat ialah perhatian yang mesti di ambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa di abaikan.

5~p kelima mewakili persefahaman kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6~p keenam membawa maksu pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing2 dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas,menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7~p ketujuh adalah percutian di mana seseorang itu perlu merancang berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukkan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8~p yang terakhir ialah permohonan iaitu doa kepada allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokkan dunia.

Ustazah siti nur bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-imran ayar ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah yang sama.

beliau berkata kunci kebahagian rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkkan diri dengan Allah.katanya apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama,dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"ketika kita jauh daripada Allah ,iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga"katanya.

oleh sebab itu jom kita sama-sama mendekatkan diri pada Allah swt kerana segala sumber kebahagian,kedamaian dan kesejahteraan hanya akan diperolehi daripadaNYA....









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~