Assalammualaikum....anak adalah anugerah yang paling bernilai dalam kehidupan ibu bapa.ramai di antara kita yang mahu memberikan yang terbaik kepada si manja agar dia dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
seorang kanak-kanak si berani mempamerkan sifat berdikari dan berupaya menyelesaikan masalah sendiri mahupun membantu menyelesaikan masalah orang lain.potensi si berani terbahagi kepada si berani berinisiatif dan si berani berinovatif.
kanak-kanak si berani berinisiatif cenderung menggunakan fakta dan hasil penyelidikan untuk menyelesaikan masalah .mereka lazimnya mempamerkan keupayaan yang menyokong dan meminati bidang sains.contohnya dia akan cenderung terhadap sesuatu yang banyak melibatkan penyelidikan dan penganalisaan maklumat ataupun yang memerlukan penaakulan yang sistematik.
kanak-kanak si berani yang inovatif mampu menyerlah apabila bekerja dalam satu kumpulan di mana dia bebas melahirkan idea yang kreatif.misalnya dia lebih cenderung dalam bidang yang menekankan kerjasama kumpulan dalam mereka cipta produk baru ataupun menghasilkan pelan baru yang kreatif.
petua membimbing kanak-kanak si berani oleh pakar perkembangan dan pendidikan kanak2 dan pembantu profesor dari jabatan psikologi pendidikan dan kaunseling di universiti islam antarabangsa malaysia,Dr.Mastura Badzis.
apabila membimbing anak2 ibubapa perlu sentiasa ingat bahawa anak mereka adalah insan yang tersendiri dan tiada yang serupa dengannya,anak2 tidak harus dibandingkan dengan kanak2 seperti adik-beradik,anak jiran atau kawan, ataupun rakan sekelas.setiap kanak2 berkembang dalam cara yang berlainan.sebagai ibubapa ,yang pentingnya kita harus cuba mengenali potensi anak dengan sebaiknya dan meneroka dan memupuk potensi bakat yang seadanya.
bagi anak yang mempunyai potensi si berani ,ibubapa harus menggalakkan mereka berfikir secar logik dan mencari jalan menyelesaikan masalah.contohnya ,jika anak menumpahkan susu,ibu bapa jangan memarahi anak.jadikan peluang ini untuk membimbing anak dalam cara menyelesaikan masalah kekotoran,ibu bapa juga digalakkan supaya tidak memandang remeh idea anak-anak,kerana mereka sering mempunyai pendekatan yang unik semasa menyelesaikan masalah .ini suatu peluang bagi ibu bapa mendalami corak pemikiran kanak-kanak".
No comments:
Post a Comment