Pages

Thursday, 23 May 2013

TIPS MEMBELI BAJU SI MANJA

Assalammualaikum.....kali ini sy nak share tentang tips memilih pakaian anak-anak kita....biasanya ibu la yang paling teruja dalam bab2 memilih baju anak ni hihi betul tak?
Bagaimana cara nak pilih baju anak ni? adakah nak yang cantik berbunga-bungaan? nak yang simple je? huhu,,,komfem pening lalat ni hihihi....senang je mommys...

lazimnya selepas bayi lahir banyak kenalan menghadiahkan baju bayi buatnya,selalunya baju yang diterima bersaiz kecil berbanding bayi anda yang cepat membesar...jom ikuti tips ketika membeli baju buat si kecil anda ::

MUDAH DIBASUH DAN WARNA TIDAK LUNTUR
dalam tempoh beberapa minggu,saiz baju bayi akan berubah.oleh itu beli  baju yang mudah dibasuh dan fabrik yang selesa.jika beli baju yang berwarna pastikan warna tidak mudah tanggal apabila dibasuh. 

PENGALIRAN UDARA
umum mengetahui lima bulan pertama bayi membesar dengan cepat.keadaan ini membuatkan baju bayi kelihatan baru kerana hanya digunakan beberapa kali shj.cari baju bersaiz besar untuk memberikan keselesaan kepada si kecil ketika memakainya.malah ia membantu pengaliran udara dengan baik dan mampu mengelakkan ruam.

BERSAIZ BESAR
kadang kala sukar mencari saiz baju bayi lelaki yang agak besar berbanding baju bayi perempuan.apabila kesuntukkan masa masa atau tiada pengetahuna mengenai kedai berdekatan,anda terus membeli baju sikecil sekadar "tangkap muat" akibatnya baju si kecil hanya boleh dipakai beberapa bulan shj.sebaiknya beli baju bersaiz besar supaya tahan lama.

MUDAH DIPAKAI DAN DITANGGALKAN 
jenis baju berbutang adalah dicadangkan untuk bayi berusia 5 bulan pertama.baju jenis ini mudah dipakai dan ditanggalkan .bagi bayi pra-matang pastikan baju yang ddibeli dilengkapi topi untuk melindungi kepalanya daripada udara sejuk.

MASIH BOLEH DIPAKAI
jika anda merancang untuk memiliki bayi lagi baju bayi yang tidak muat dan masih elok perlu disimpan di tempat yang kering dan dibungkus dengan kemas untuk mengelakkan daripada gigitan tikus .jika perlu letakkan pewangi supaya baju tidak berbau ketika dalam simpanan anda.

AKHIR SEKALI PILIH KAIN KAPAS
kulit bayi lembut dan sensitif.pemilihan jenis fabrik iaitu 100% kapas membantu mengelakkan daripada masalah kulit kepada bayi.jenis kain kapas yang mudah menyerap peluh memberi rasa nyaman kepada si kecil.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~