Assalammualaikum...Anda ibu yang sedang hamil??? ada mengidam tak? hihihi..orang kata ibu mengidam ni tak leh di biarkan nanti anak meleleh air liur...hihi orang kata bukan sy ye ;).....
pengalaman kehamilan setiap orang berbeza mcm sy tak pernah pulak mengidam yang pelik-pelik mcm nak makan kapur ke apa hihi...jom baca apa penyebab mengidam masa mengandung ni? bahaya tak ??
mengidam adalah satu pengalaman yang biasa di alami oleh kebanyakkan wanita mengandung.mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.ada yang mengejutkan bukan hanya mengidam makanan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah.mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak,merupakan subjek yang paling popular .mengidam di alami mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita.
Mengidam sesuatau makanan dan memakan makanan tersebut secara berlebihan dan tiada kepelbagaian adalah tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan wanita mengandung serta kandungannya.walau bagaimanapun mengidam bukanlah suatu kesalahan dan tidak membahayakan jika dapat mengawalnya.walau sekuat mana anda mengidam sesuatu makanan pastikan anda berfikiran waras.fikirkan kesihata anda dan bayi dalam kandungan.
antara senarai makanan yang perlu di ambil perhatian dan elakkan semasa anda hamil :
~makanan laut termasuk ikan,telur dan produk hasil daging,ayam yang mentah atau tidak di masak secara sempurna.
~susu dan produk tenusu seperti keju yang tidak dipasteur.
~alkohol
~sayuran berakar yang tidak di basuh.
sebenarnya penyebab berlakunya mengidam atau penolakkan sesuatu jenis makanan semasa hamil masih tidak diketahui.terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam .menurut Siobhan Dolan ada yang berpendapat mengidam atau penolakkan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan walapun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini..
perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukkan janin merupakan alasan mengapa ini berlaku walau bagaimana pun ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa hamil turut memberi kesan kepada deria bau,ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
mengidam sesuatu jenis makanan semasa hamil turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien,sebagai contoh seseorang wanita hamil yang mengidan susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium,manakala mengidam makanan yang manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.
bagi suami yang mempunyai isteri yang mengidam semasa mengandung ni bersabar lah kerana dia sedang mengandung anak anda jugak layan aje lah tapi jangan sampai termengidam benda bukan-bukan ye...
hihihi.....bak kata ustaz azhar idrus ni .......jangan marah :)))))
No comments:
Post a Comment