Assalamualaikum.....sebagai ibu anda seharusnya peka terhadap pemakanan anak-anak .anda perlu tahu bahawa waktu anak-anak mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah dan semakin rapat dengan rakan baru akan ada perubahan dalam pilihan makanan dan tabiat makannya.sebagai contoh mereka mungkin enggan makan,makan terlalu sedikit atau banyak makan gula-gula atau makanan ringan yang kurang berkhasiat.
mungkin anda tidak menyedarinya tetapi punca perubahan ini berpunca daripada lebih kebebasan dan berdikari yang dirasai oleh kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan.ramai ibu bapa merasakan bahawa oleh kerana anak-anak mereka sudah cukup "besar" untuk pergi ke sekolah ,,mereka juga telah cukup matang untuk memilih makanan sendiri.di sinilah masalah bermula....
BERMULA DARI RUMAH
anak-anak yang bersekolah berada dalam peringkat umur yang mudah dipengaruhi .mereka meluangkan lebih banyak masa bersama rakan di sekolah dan terlibat dalam aktiviti luar kurikulum.tv dan komputer menjadi teman setia apabila mereka pulang ke rumah.besar kemungkinan inilah sumber utama yang mempengaruhi mereka,bukan orang yang paling penting dalam hidup pada masa ini-iaitu anda -.namun demikian anak masih menjadikan anda sebagai suri teladan mereka.gunakan kelebihan ini untuk mengajar mereka di rumah tentang kebaikkan dan khasiat pemakanan,tabiat makan yang sihat dan aktiviti fizikal.
dengan berbuat demikian anda mempengaruhi pilihan pemakanan mereka apabila mereka berada di luar.lebih penting lagi ,anda juga mempengaruhi plihan makanan mereka pada masa hadapan.anda boleh memperkasakan anak-anak anda untuk membuat pilihan yang bijak dalam soal makanan dengan ::::::
1~MEMPERKASAKAN DIRI ANDA
dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan/pakar diet/atau doktor keluarga anda bagi memperkasa diri anda dengan pengetahuan mengenai asas pemakanan yang sihat dan cara terbaik untuk memberi anak anda makan.anda juga boleh membaca tentang pemakanan yang sihat untuk melengkapkan diri anda dengan maklumat yang betul.anda akan lebih berkeupayaan untuk mengajar dan memperkasa anak-anak anda bila anda sendiri yakin dengan pengetahuan yang diperolehi.
2~MENJADI SURI TELADAN
oleh kerana anak mudah terpengaruh anda perlu berusaha untuk menjadi contoh yang baik dalam soal pemakanan dan cara hidup yang sihat ,gaya hidup aktif dan menjaga kebersihan diri.contohnya apabila anda makan sayur pastikan anda tidak lupa untuk memberitahunya betapa lazat dan sihatnya sayur yang anda makan.besar kemungkinan anak anda akan mengikut jejak anda dan mula makan sayur.
3~MULAKAN DARI KECIL
anda perlu mula menyemai tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda sejak dari mereka kecil lagi.mulakan dengan sesuatu yang mudah tetapi penting ,misalnya pastikan dia mengambil sarapan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.anda juga boleh menyediakan makanan dengan cara yang sihat supaya dia boleh mengamalkan tabiat makan yang sihat.atau anda boleh menjelaskan kepadanya tentang pentingnya makanan dan snek.
beritahu bahawa makanan harian ini akan bermanfaat kesihatan dan akan membolehkannya membesar dan menjadi seorang budak yang yang kuat dan pintar.ini akan meningkatkan kemungkinan anak untuk mengamalkan tabiat makan yang sihat dan membuat pilihan makanan yang bijak bukan shj di sekolah tetapi juga sepanjang hayatnya.
4~JANGAN PUTUS ASA
salah satu cara penting untuk menyemai pengetahuan tentang pemakanan yang baik ialah dengan bersabar.jangan putus asa jika anak anda masih tidak mahu makan sayuran walapun sudah lima kali diminta.
bersabarlah dan terus mencuba lagi ..lama-kelamaan ,selepas dipujuk mereka pasti akan makan sayur yang anda sediakan ,ini pasti merupakan satu kejayaan bagi anda berdua......
**MORAL THE STORY KITA SEBAGAI IBU BAPA JANGAN MUDAH MENGALAH DALAM MENYEDIAKAN MAKANAN YANG TERBAIK BUAT ANAK-ANAK KITA...SELAMAT BERJAYA MOMMYS SEMUA ALL THE BEST **
No comments:
Post a Comment