Pages

Tuesday, 9 July 2013

KELEBIHAN UNTUK ORANG YANG BERPUASA RAMADHAN

Assalammualaikum alhamdulillah kita bertemu lagi dengan bulan ramadhan pada tahun ini moga kali ini menjadi lebih baik lagi ye....sy sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh ummat islam di muka bumi ALLAH SWT ini.....buat yang bukan beragama islam selamat juga untuk anda :-)


sayyid muhammad bin alwi al maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan ALLAH SWT di antaranya:::

1~Allah swt memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang di namai AL RAYYAN .pintu syurga AL rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.

kata Nabi dalam haditsnya pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang -orang berpuasa bukan untuk lainnya.bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh rombongan ahli puasa ramadhan maka tiada lagi yang boleh masuk ke dalamnya (HR.Ahmad dan Bukhari-Muslim).

2~Allah swt mengfungsikan puasa umat nabi muhammad saw sebagai benteng yang kukuh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu.dalam hal ini Rasul bersabda "puasa (Ramadhan )merupakan perisai dan benteng yang kukuh dari siksa api neraka"(HR.Ahmad  dan Al Baihaqi).

3~Allah swt memberikan keistimewaan dua kebahagian ahli puasa iaitu menjadikan bau mulutnya it lebih harumm dari minyak misik(haruman kasturi),sehingga Rasul bertutur demikian "sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi ALLAH dari bau minyak misik".

4~Allah swt memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa iaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu ALLAH kelak.orang yang berpuasa dalam santapan bukannya meluapkan rasa syukurnya di mana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan zikir .syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi keampunan oleh ALLAH untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji yang besar dari NYA."orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan iaitu berbahagia di kala berbuka dan dikala bertemu ALLAH" sabda rasul dalam hadits riwayat muslim.
5~puasa telah dijadikan oleh ALLAH sebagai medan untuk menjaga kesihatan dan sembuh dari pelbagai penyakit"berpuasalah kalian ,nescaya kalian akan sihat"(HR.ibnu sunni dan Abu Nu'aim).

6~keutamaan berikutnya ALLAH berikan kepada orang yang berpuasa adalah dengan menjauhkan wajahnya  dari siksa api neraka.matanya tidak akan sampai melihat marak api neraka dalam bentuk apapun juga.Rasullullah saw bersabda demikian "barang siapa berpuasa satu hari demi di jalan ALLAH .djauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak)tujuh pulu musim' (HR. Ahmad Bukhiari-Muslim dan Nasa'i).

7~dalam al-quran Allah berfirman yang bermaksud"mereka itu ialah) orang2 yang bertaubat yang beribadat yang memuji allah yang mengembara (untuk menutut ilmu dan mengembangkan islam) yang rukuk.yang sujud yang menyuruh, berbuat kebaikkna dan yang melarang daripada kejahatan serta yang menjafa batas-batas hukum Allah .dan gembirakanlah orang2 yang beriman(yang bersifat demikian) (QS. Attaubah :122).

8~di saat puasa inilah Allah swt memberikan keistimewaan dengan menjadikan segala aktivit orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada NYA kerananya  orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya bertujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan NYA jugalah ibadah.

9~di antara cara yang ALLAH  swt kenakan dalam memuliakan orang yang berpuassa bahawa ALLAH swt menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama dengan orang yang berpuasa itu sendiri meskipun walaupun dengan sepotong roti atau seteguk air. 


10~orang yang berpuasa dengan berjemaah demi melihat keagungan puasa maka para malaikat akan berselawat (meminta ampunan baginya).


##apa lagi jom kita berpuasa hanya kerana ALLAH SWT##

selamat berpuasa semua we love you <3<3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~