Assalammualaikum....kita dah semakin menghampiri pertengahan ramadhan sekarang ni..alhamdulillah....mommy's semua ada tak yang mengalami bengkak susu???? yup!!! sakit kan sampai ada yang demam tau,,,huhu masih sy teringat masa dalam berpantang sy juga mengalami bengkak susu tapi tidak lama pun...
tips jika terjadi bengkak susu::-->.>
bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu akan kesakitan yang perlu ditanggung.
biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu,cara mengepam payudara tidak dapat menyelesaikan masalah,seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar.hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda.masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta(hormon susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
cuba amalkan berikut jika ibu mengalami bengkak susu-->
-->>pakailah col menyusu yang memberi sokongan termasuk pada waktu malam.pastikan ia benar2 padan dan tidak terlalu ketat.
-->>susukan bayi anda dengan kerap iaitu setiap 2-3 jam walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.pastikan bayi menyusu daripada kedua2 belah payudara pada setiap penyusuan.cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi.pada sesi penyusuan yang berikutnya mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
-->>mungkin sukar untuk bayi melekap pada payudara ibu apabila areola iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting sangat keras.untuk memastikan bayi melekap dengan betul,perah dengan tangan atau pum susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada atau pun mandi dengan air suam sebelum memerah.air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola.ini mungkin memakan masa ...tapi sabarlah dan teruskan mencuba!!!
-->>semasa bayi sedang menyusu,urut payudara yang sedang dihisap perlahan-lahan.ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
-->>jika payudara terlalu penuh dengan susu,menggunakan pum sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah lebih elok dan tidak akan memburukan keadaan.penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
-->>menyikat payudara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
--->>sesetengah wanita mendapati meletakkan daun kobis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan walaupun tiada bukti untuk menyokongnya.daun kobis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien(buat sesekali sahaja kerana jika di amalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
--->>ambil cuka makan dan campurkan dengan air dalam piring.ambil kapas celup dan sapu pada sekeliling payudara,jangan sampai terkena bahagian puting.lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
-->>ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan.layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk .tekap pada payudara bila daun agak2 suam.selain daripa melancarkan pengeluaran susu,ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
--->>urut payudara sedikit sebelum mengepam.buat urutan membulat seperti pemeriksaan payudara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.jika anda tidak dapat menahan sakit,anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat dari doktor.
cara-cara sy mengatasi bengkak susu adalah dengan:
-->>kerapkan penyusuan tanpa mengira masa sehingga bayi betul2 kenyang!!!
-->>percaya atau tidak LECITHIN juga amat membantu sy bila sy mengalami masalah bengkak susu!!!!!..
selain itu kosongkan breast dan tandem nursing!!!!!
***chayokkkchayokk mommy's**
No comments:
Post a Comment