Pages

Friday, 23 August 2013

11 TIPS PERCEPATKAN LUKA BERSALIN SECARA CAZER CEPAT SEMBUH

Assalammualaikum...saat yang paling teruja bagi seorang wanita yang sudah berkahwin adalah ketika mengandung dan seterusnya melahirkan zuriat...namun adakalanya kita tidak boleh terlepas dari komplikasi semasa kelahiran menyebabkan sesetengah ibu terpaksa bersalin  melalui kaedah cazer/pembedahan.

jom share 11 tips percepatkan penyembuhan luka bersalin cazer--->>

1~bergerak awal
menurut kajian,sebarang pergerakkan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku.anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku.pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakkan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2~makan makanan berzat dan seimbang
anda kehilangan bendalir tubuh ,mineral dan protein dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih.makan makanan yang mengandungi banyak protein seperti ayam,daging,ikan dan buah-buahan kerana ia kaya dengan mineral.manakala sayur-sayuran pula kaya dengan vitamin.jangan terpedaya dengan cakap orang tentang maknana sejuk dan panas,kerana ia tiada dalam istilah sains,sebagai contoh bayam,lobak merah mengandungi antioxcidant berupaya membuang toksin dalam tubuh ,brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.



3~minum air secukupnya
air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya pada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang.kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses perkumuhan.ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit.minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

4~elak daripada mengambil ubat tradisional
tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak.ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan pada buah pinggang anda.pastikan anda mendapatkan nasihat doctor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga.


5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda. 

6~makan pil penahan sakit
sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak.dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.



7~menyusu badan secara eksklusif
menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat.setiap kali menyusu,badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah .terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital.anda juga boleh mendapatkan tips menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8~pastikan luka kering dan bersih
biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu.jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doctor.ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9~pakai bengkung
anda boleh menggunakan "binder" atau bengkung sekiranya mahu.ia selamat dan digalakan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk atau  bersin.perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus.ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda.pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain.elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10~elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit.oleh itu elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11~dapatkan bantuan dari ahli keluarga
sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang.mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar.anda tidak boleh lakukannya sendirian.


suami memainkan peranan yang besar dalam soal penyembuhan isteri yang telah bersalin oleh itu suami2 berilah perhatian lebih pada isteri2 anda yang sedang hamil atau sudah melahirkan ;-)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~