Pages

Friday, 30 August 2013

KECANTIKKAN DALAMAN PERLU DIPELIHARA ~~~

Assalammualaikum...selamat malam semua dan sempena hari kemerdekaan ini sy ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 56 tahun....
menjadi seorang wanita tidak terkecuali dari sejumlah cabaran.selain diharapkan menjadi seorang isteri dan ibu yang sempurna,tanggapan di tempat kerja juga tinggi dan dalam masa yang sama golongan hawa sentiasa diharapkan tampil cantik dan jelita.
faktor kecantikkan sememangnya sangat sinonim dengan wanita.sementalahan,setiap hari wanita didedahkan dengan banyak pengaruh persekitaran berkaitan keindahan dan kecantikkan .selain lambakkan majalah yang berkisarkan kecantikkan ,kalangan teman sepejabat yang sentiasa tampil anggun dan jelita membuatkan ada ketika anda berasa rendah diri dan tidak mampu berdiri sama tinggi dengan mereka.
dalam pada itu ,tidak dinafikan kita hidup dalam dunia yang penuh dengan pandangan sinis terhadap penampilan dan kecantikkan seseorang wanita itu.tidak kira tinggi mana pun kedudukan dan pangkat anda,apabila berkaitan penampilan dan kecantikkan ,akan sentiasa saja ada cacat celanya.

ya,kecantikkan merupakan sebahagian dari kehidupan,namun kebanyakkan kita lebih nampak kecantikkan luaran sahaja sehingga lupa akan kecantikkan dari dalam.seorang wanita yang meletakkan kecantikkan dirinya di takuk yang sama,selamanya akan dilihat tidak menarik.seorang ibu biasa yang kurang percaya diri mungkin lupa,kecantikkannya boleh datang dalam bentuk curahan kasih sayang dan kesabaran yang menyinar pada  dirinya sekalipun tanpa berdandan.
untuk itu mulai sekarang,biarkan kecantikkan dalaman anda bersinar.senyumlah dengan minda yang lapang.kecantikkan anda akan terserlah walaupun anda hanya mengenakan secalit pengilat bibir.
melengkapkan lagi kecantikkan semula jadi,kesihatan kulit sangat penting.kulit halus ,mulus,dan bersinar akan "berbicara" dengan semua orang sebagai tanda anda memiliki kualiti kesihatan dan kecantikkan sebenar.kesihatan kulit yang baik adalah solekakn terbaik yang anda guna tidak kira ke mana jua anda pergi,nikmati tanpa ragu.
pada peringkat usia matang,kolagen dan serat anjal yang menyokong kulit semakin berkurangan sehingga menyebabkan kulit menjadi kering,berkedut,kusam dan tidak rata.walaupun anda cuba menggunakan pelembab,ia tidak membantu mengembalikan kulit ke bentuk asal.
apa yang anda perlukan adalah meningkat penambahan protein kolagen untuk menjaga kesihatan kulit anda di samping vitamin c dan vitamin E yang merupakan antioksidan kuat melawan radikal bebas dan mencegah penuaan......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~