Pages

Tuesday, 21 January 2014

TIDAK CUKUP KENE INDUCE.....KENE VAKUM LAGI,,,,PENGALAMAN BERSALIN ~~~~~

Assalammualaikum...hai mommy's semua!!! ramai kawan-kawan sy yang akan bersalin tahun ni huhu....semoga semua berjalan lancar.......

ok kali ini sy nak share pengalaman bersalin anak sulung tahun 2012 baru-baru ini.....semua orang mempunyai pengalaman bersalin lain-lain kan....tak sama cuma yang sama adalah rasa sakit itu,,,,,,....

kalau dapat di ulang semula saat bersalin itu..sy inginkan kaedah yang normal tanpa induce,,,,ye betul induce membantu mempercepatkan proses kelahiran tapi kesannya sangat menyakitkan,,,,huhuhu,,,dua kali sy kene induce,,,aduh,,,,,seksanya selama 12 jam menunggu jalan buka,,,,,sy terpaksa di incuce kerana terlewat due....tarikh asal 16/4 di jangka bersalin,,,tapi nampaknya ainul belum nak keuar lagi....terlebih due 12 hari,,,,huhu amik kau!!!! kene induce jugakkkkkkkk!!!!! masa itu kandungan dah 43 week........

apa itu induce?
Apakah ’induction’? Induce labor 

Secara ringkasnya……..satu kaedah memulakan proses bersalin apabila difikirkan melanjutkan kandungan tersebut boleh atau akan memudaratkan kesihatan / keselamatan si ibu atau /dan bayi terbabit…..

Secara lengkapnya …………juga dengan tujuan untuk berjaya bersalin secara biasa (vaginal) dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Bilakah induce semasa bersalin diperlukan?

Air ketuban anda pecah tetapi tidak mempunyai kontrasi pengecutan rahim lagi.
Kehamilan berpanjangan melebihi 42 minggu.
Ada masalah dengan plasenta dimana uri anda telah matang dan kurang membekalkan nutrien dan oksigen kepada bayi anda.
Tidak mempunyai cecair air ketuban yang mencukupi. (Oligohydramnion)
Anda mempunyai faktor risiko kehamilan tertentu seperti diabetes gestasi atau tekanan darah tinggi).
Terdapat jangkitan dalam rahim yang dikenali sebagai chorioamnionitis.
Bayi anda tidak membesar dengan sepatutnya.

Bagaimana Induce semasa bersalin dilakukan?
Induce semasa bersalin  boleh dilakukan oleh kaedah yang berikut:

1. Ubat-ubatan:
Prostaglandin: Suppositories dimasukkan ke dalam faraj pada sebelah petang. Ini akan melembutkan servik anda dan akan mencetuskan kelahiran bayi pada hari kemudian menjelang pagi.
Oxytocin: hormon oxytocin akan disuntik ke dalam badan ibu untuk merangsang pengecutan rahim dimana mempercepatkan proses kelahiran. Dos yang rendah akan diberikan kepada ibu hamil.
Kesan ubat-ubatan: Jika pengecutan rahim dirangsang terlalu kuat, ia menyebabkan ibu tidak boleh menahan kesakitan yang terlalu kuat tanpa ubat penahan sakit. Oxytocin perlu dihentikan jika kontraksi pengecutan rahim menjadi terlalu kuat.

2. Amniotomi/ Artificial rupture of the membranes (AROM)
Doktor anda mungkin mencadangkan untuk AROM atau memecah air ketuban secara tiruan dengan menggunakan cangkuk nipis, steril dan plastik. Ia digunakan mencetuskan air ketuban pecah menyebabkan kepala bayi bergerak ke dalam servik dan kontraksi akan menjadi lebih kuat.  Ini disebabkan oleh, air ketuban pecah boleh merangsang hormon prostaglandin dan mempercepatkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi.

Kesan amniotomi: Kedudukan bayi mungkin bertukar kepada songsang jika air ketuban pecah sebelum bayi engaged. Tali pusat mungkin terkeluar dahulu. Jangkitan boleh berlaku jika terdapat banyak masa di antara pecah air ketuban dan kelahiran.

3. Merangsang puting payudara

Ia merupakan induced secara semulajadi dimana ia dilakukan secara manual ataupun dengan pam penyusuan elektrik. Ini disebabkan oleh hormon oxytocin akan dihasilkan secara semula jadi apabila puting payudara dirangsang dan akan menyebabkan kontraksi mula berlaku.

adoi!!! tidak cukup dengan kene induce,,kene vakum lagi!!!!!!!!!!.......tak mengapalah demi mu anak!!!!!! akan mama korbankan segalanya!!!!!......

jadi buat ibu-ibu yang bakal bersalin,berbincanglah dengan doc anda sekiranya anda ingin bersalin secara semulajadi..............

lagi satu ........sebelum bersalin mohonlah ampun dari suami,ibu serta keluarga anda andai ada tersilap kata atau bahasa,,kita tidak sedar,,,,,saling memaafkan adalah kemanisan dalam kehidupan .......ok selamat menempuh alam keibubapaan ......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~