Assalamualaikum... anda ibu hamil? sudah bersedia hendak ke hospital bila-bila masa? sudah siapkan barang-barang yang hendak di bawa ke hospital belum? kalau tidak tahu hendak bawak barang mana.. jom ikuti saya ...
~Barang Keperluan Ibu untuk ke Hospital~
~Nursing bra - sekurang-kurangnya 2 atau 3 helai
~Breast pad – penting untuk elakkan bra basah sebab awal kelahiran ni, susu ibu memang banyak dan mudah sangat keluar.
~Tuala wanita – seeloknya sedaiakan tuala wanita yang direka khas untuk wanita bersalin..yang tebal tu..sebab awal kelahiran memang darah nifas banyak keluar dan materialnya yang tebal dan lembut tu sangat selesa untuk ibu.
~Keperluan peribadi -termasuklah tuala, sikat, berus gigi, ubat gigi dan sebagainya.
Stokin – Sekurang-kurangnya 2 pasang. Percaya tak jika saya katakan stokin ni bukan je untuk selepas kelahiran..tapi juga sangat-sangatlah berguna waktu dalam labour room tu. Memang sejuk sangat tau! Silap hari bulan boleh cramp kalau tak pakai stokin tebal.
~Panties 5 helai - Kalau nak senang guna je yang pakai buang jadi anda tak perlu risau kalau kotor nanti :)
~Tudung Ekspress.
~Kain Batik – 1 helai
~Pakaian - Baju tu untuk persediaan pulang ke rumah. Kat hospital takpe..pakai baju hospital je :)
~Bengkung - Lebih mudah jenis bengkung yang strap je tu sebab takdelah perut dibiarkan menggeleber sementara nak tunggu keluar wad kan :) Kat rumah nanti barulah pakai yang lilit-lilit.
~Handphone & pengecas
~Minyak urut - bolehlah digunakan untuk sapu dekat betis or tapak kaki lepas dah bersalin. Saya prefer minyak panas.
~Buku Merah – Buku rawatan mengandung ibu
~Baju Sejuk - 1 Helai
~Selipar – Senang nak keluar masuk bilik air
Makanan & Minuman ringan – Milo/Air minera/ Roti/Kurma/Biskut dll.
Surah-surah Al-Quran/Majalah/Buku – Sementara menunggu tu takdelah bosan..dan insya Allah dengan baca ayat2 suci Al-Quran, dapat tenangkan hati dan fikiran. Majalah dengan buku tu maybe berguna selepas bersalin kot..sebab kalau menunggu waktu contraction, takde masa nak layan sebab dah sakit.
~Plastik – yang ni pun penting untuk letak baju2 yang dah pakai.
~Pam susu – incase kalau baby kena tahan or tak dapat nak minum direct.
~YAng ni penting hihi saya bawak set berpantang....boleh di ambil terus lepas bersalin...
~KEPERLUAN BARANG BABY~
~Beg bayi
~Pampers/Lampin/Cloth Diapers – Kalau beg muat, letaklah dalam sedozen..hehe..kalau saya just letak dalam 6-7 keping je sebab lepas bersalin baru minta tolong suami topup.
~Baju – 3 or 4 pasang
~Minyak telon/bayi untuk elakkan kembung perut
~Tuala Mandi – 1 helai
~Tuala kecil
~Booties & Mittens – 3 or 4 pasang
~Peralatan Mandian
~Baby Wipes/Wet tissue
~Selimut/Bedung
~Barut
~Topi
~Plastik untuk letak baju kotor/wet tissue yang dah digunakan.
sediakan barang-barang ni seawal usia 7 bulan sebab kita tidak tahu baby ni nak keluar awal ke lewat,,, tidaklah nanti kelam-kabut kalau baby terkeluar awal kan... selamat bersalin untuk ibu-ibu yang bakal bersalin kelak... jangan takut,,baca ayat kursi banyak2.. IN sha Allah semua akan selamat...
~nak tips mudahkan bersalin ? KLIK SINI.
No comments:
Post a Comment