Pages

Tuesday 17 September 2013

JOM KETAHUI TIPS MUDAH BERSALIN

Assalammualaikum....ramai kawan-kawan sy yang nak dekat bersalin...terasa nak share pulak tips mudah bersalin,,walaupun dah ramai yang tahu cara-cara mudah bersalin ni hihi...


Alhamdulillah pengalaman sy bersalin tahun lepas surah al-anbiya' ayat 87 ni juga banyak membantu....disamping tangan suami ku kene ku tarik-tarik hihihi...

Antara tips mudahkan hamil-->>

1~Amalkan minum air kelapa semasa mengandung(ayah sy selalu pesan suruh minum)lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan.

2~boleh gunakan teknik hypnorbirthing sepanjang kehamilan.berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah bersalin.

3~dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan.

4~bagi suami,maafkan semua dosa isteri.

5~sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6~bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7~banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin,selagi mampu..bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan.pergerakkan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8~baca ayat2 al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi..paling mudah ucapkan subhanallah  berulang-ulang.

9~cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10~gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.sala satunya seperti di bawah;;;

1~baringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka
2~Angkat kepala ,dagu cecah dada
3~mata pandang perut(digalakkan tutup mata)
4~tangan pegang buku lali kaki
5~masa teran jangan keluarkan suara
6~masa teran jangan sesekali angkat punggung
7~baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran
8~tarik nafas dalam-dalam,tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada bayi).
9~akhir sekali teran sekuat hati......

sy doakan agar anda semua selamat melahirkan anak dan semoga anak-anak kita membesar menjadi khalifah ALLAH di atas muka bumi ini..bukannya menjadi pengikut K-POP ye.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~