Pages

Showing posts with label INFO KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label INFO KEHAMILAN. Show all posts

Sunday, 17 August 2014

PETUA MENDAPATKAN ANAK KEMBAR

Assalamualaikum... selamat pagi semua followerku.... semoga sihat selalu di samping keluarga.... dah sarapan ke belum? kalau belum cepat-cepat sarapan ye bagi kekalkan tenaga supaya ada lemak yang mesti di bakar baru badan sihat.... 

Ade tak mummys kat sini yang teringin nak dapatkan anak kembar? dulu saya selalu berangan nak anak kembar ... In sha allah Jika Allah izinkan.....

PETUA HAMIL ANAK KEMBAR

mesti ramai yang teringin anak kembar yang comel kan. Ni saya kongsi petua nya. 


1. Genetik
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur 
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.


3. Bilangan Anak
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian 
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet 
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. Pengambilan Ubat Kesuburan
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.


8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. 
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

9. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:

ii) Surah As-Syura ayat 50:

~Anda ada masalah sukar hamil? period tidak teratur?
JOM KLIK SINI..

Saturday, 17 May 2014

AMALAN UNTUK IBU-IBU HAMIL

Assalammualaikum ..... anda baru hamil? akan hamil? atau sedang menanti kelahiran? jom baca sikit ye..

amalan semasa hamil 

Bagi seorang ibu perasaan sangat teruja bila mengetahui diri hamil. Mula merencanakan itu dan ini untuk bayi yang di dalam kandungan. Begitu juga dengan si ayah. Kadang tu si ayah lagi terlebih terujanya. Dlam Islam telah menyarankan byk amalan semasa ibu hamil. 



Allah SWT memerintahkan wanita hamil untuk mengerjakan sesuatu yang diperintah agar supaya wanita memahami akan hakikat kehidupan manusia agar menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. 

Firman Allah SWT : 
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati atau berasal dari Tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh (Rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dgn daging. Kemudian kami jadikan makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah. Pencipta Yang Paling Baik".

Di antara amalan-amalan yang baik ketika mengandung iaitu: 
A) Banyak Bertaubat
Memperbanyakkan bertaubat kepada Allah SWT atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan. Agar zuriat yang akan dilahirkan nanti menjadi insan yang berguna. 



B) Menutup Aurat
Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam agar hidup menjadi berkat dan diredhai Allah SWT.

C) Banyak membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran
1) membaca surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi
2) Membaca Surah Yassin Hingga Akhir
3) Membaca Surah At-taubah hingga akhir
4) Membaca Surah Yusof hingga akhir, agar memperoleh anak yang soleh, sihat cantik dan sempurna
5) Membaca Surah Lukman hingga akhir, agar memperolehi anak yang taat.
6) membaca Surah Maryam hingga akhir, untuk memperoleh anak yang sabar dan taat
7) Membaca Surah An-Nahl ayat 78.
8) Membaca Surah Al-A'raf ayat 189



D) Membaca Doa. Doa doa tersebut termasuklah :
1) Doa agar anak dalam kandungan dipelihara.
2) Doa ingin memperolehi anak lelaki
3) Membaca Sayyidul Istighfar(untuk pengampunan)
4) Doa mohon rahmat
5) Doa mendapat zuriat yang soleh
6) Doa agar anak tetap mengerjakan solat
7) Doa untuk pelindung diri
8) Doa memperolehi kejayaan hidup 
Doa-doa ini bolehlah anda google ataupun merujuk di dalam buku Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi. 

semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua. Insyaallah.


JOM SHARE UNTUK KAWAN-KAWAN YANG SEDANG HAMIL 

Monday, 7 April 2014

CARA MENINGKATKAN PELUANG KEHAMILAN ~~~~~

Assalammualaikum...

Setelah lama mencuba, anda masih juga tidak hamil. Usah gusar ataupun berputus asa. Mungkin ada perkara penting yang anda terlepas pandang. Mari kita bincangkan bersama beberapa perkara penting tentang bagaimana meningkatkan peluang kehamilan.

Mendapatkan zuriat menjadi sebahagian daripada tujuan kita berkahwin. Namun, sesetengah daripada kita tidak hamil dengan mudah dan menyebabkan kekecewaan. Jujurlah dengan pasangan tentang kekecewaan kita. Kongsikan dan usahakan bersama-sama. Luahkan perasaan dan bincangkannya secara terbuka. Ini menjadikan perjalanan kita untuk hamil lebih mudah dan tidak bersendiri.


Kenali diri

Sedar atau tidak, peluang untuk hamil sebenarnya bermula daripada diri masing-masing. Ia terkait dengan kesihatan dan cara hidup. Perhatikan fakta-fakta berikut:

1. Hindari tekanan dan carilah cara untuk melepaskan tekanan. Lebih baik lagi jika dilakukan bersama-sama. Bersukan, bersenam, akupuntur dan sesi kaunseling dapat membantu mengurangkan hormon penyebab tekanan.

2. Sayangi tubuh badan. Elakkan diet radikal dan pengurangan berat badan mendadak. Pastikan badan berada dalam julat berat yang sihat (BMI) dengan melakukan senaman.

3. Amalkan pemakanan sihat. Kekalkan pemakanan seimbang yang merangkumi semua kumpulan makanan dan meminum air dengan banyak.

4. Amalkan pengambilan vitamin termasuk zat besi, kalsium dan asid folik untuk wanita serta zat besi dan selenium untuk lelaki. Makanan yang tinggi antioksidan juga baik untuk diambil.

5. Elakkan sama sekali rokok, dadah dan alkohol. Bagi lelaki, elakkan haba yang keterlaluan kepada testis seperti memakai seluar ketat, berbasikal yang terlalu lama dan tub panas.

7. Masa yang tepat adalah penting dalam meningkatkan peluang kehamilan. Jangan bergantung kepada kalendar atau carta kesuburan semata-mata tetapi gunakanlah kit ramalan ovulasi. Perhatikan juga cairan servik. Jika kelihatan seperti putih telur, ia menunjukkan ovulasi sedang berlaku.
8. Lakukan persetubuhan sebelum ovulasi. Adalah lebih baik jika sperma telah tersedia dalam rahim sebelum telur dilepaskan melalui proses ovulasi. Telur hanya bertahan selama 24 jam manakala sperma dapat bertahan selama 3-5 hari. Lakukan persetubuhan 2 atau 3 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi untuk meningkatkan lagi peluang persenyawaan. Persetubuhan 3 kali seminggu juga dapat membantu.

9. Elakkan ejakulsi sperma beberapa hari sebelum hari subur. Ini dapat membantu meningkatkan bilangan sperma pada hari yang diperlukan.

10. Sebelum anda mencuba untuk hamil, jumpalah pakar OBGYN bagi memastikan anda berdua sihat sepenuhnya. Infeksi yang tidak dirawat, STD atau keadaan kesihatan yang kurang baik mengurangkan peluang untuk hamil.



Panduan ketika bersama 

Melalui pembacaan, rata-rata tidak ada satu-satu posisi yang telah terbukti lebih baik berbanding yang lain serta dapat meningkatkan peluang untuk hamil. Justeru, adalah lebih baik jika kita teliti beberapa panduan berkaitan peluang kehamilan ketika bersama.

1. Kurangkan pergerakan selepas persetubuhan. Berdiri selepas melakukannya boleh menyebabkan air mani keluar. Tunggu lebih kurang 20 minit sebelum bangun dan bergerak.


2. Cuba kekalkan sperma dalam faraj selama mungkin. Letakkan bantal di bawah pelvis bagi memudahkan sperma bergerak ke bahagian atas dan kekalkan kedudukan tersebut selama 20-30 minit selepas persetubuhan.
3. Jadikanlah saat bersama sesuatu yang menyeronokkan dan bukan sekadar rutin. Pastikan anda berdua mencapai klimak. Bagi isteri ia dapat membantu menarik sperma ke dalam uterus dan tiub fallopio manakala rembesan alkali dalam uterus dan faraj meningkatkan jangkahayat sperma. Bagi suami, klimaks dapat meningkatkan bilangan dan kualiti sperma.

Dengan mematuhi teori graviti, posisi yang terbaik adalah posisi yang dapat merembeskan sperma sedekat mungkin ke servik. Beberapa posisi yang memenuhi perkara ini adalah:
Posisi ‘missionary’ atau isteri di bawah dan suami di atas adalah posisi yang terbaik. Posisi ini dapat dibantu dengan meletakkan bantal dibawah pelvis isteri.
Posisi ‘rear entry’ atau lelaki menyetubuhi isteri daripada belakang. Posisi ini juga membolehkan sperma dirembeskan dekat dengan servik.
Posisi ‘spooning’ atau pasangan berbaring sebelah-menyebelah dan suami menyetubuhi isteri daripada belakang. Posisi ini lebih selesa bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami sakit belakang.

Elakkan posisi yang menyukarkan sperma bergerak ke servik seperti isteri berada di atas, berdiri atau duduk kerana sperma bergerak melawan graviti. Elakkan juga penggunaan gel pelincir kerana ia menjejaskan jangkahayat sperma..

SELAMAT MENCUBA,,,SELAIN ITU JANGAN LUPA BERDOA PADA ALLAH SWT.....JANGAN BERPUTUS ASA.....

Berminat nak dapatkan set kesuburan suami/isteri ??
pm/add fb:Ain naina atau sms/whatsapp 0129773915 ;-)


Friday, 28 March 2014

BAHAYA BERAT BADAN BERLEBIHAN SEWAKTU HAMIL? (BERAT BADAN IDEAL WAKKTU HAMIL)

Assalammualaikum..hai bertemu lagi kita di hari jumaat penuh barakah....ok kali ini sy nak share tips memiliki berat badan ideal semasa hamil....huhuhu...sy pasti semua ibu-ibu yang sedang hamil atau baru hamil pasti terbayangkan bila perut semakin membesar maka badan kita pun semakin "membesar" huhuhu....pengambilan makanan yang betul dan sihat amat penting..

berat badan yang sesuai untuk wanita sebenarnya bergantung kepada berat badan sebelum di sahkan hamil dan bagaimana berat badan itu bersesuaian dengan ketinggian.hubung kait antara ketinggian dan berat dinyatakan dalam kiraan body mass index atau BMI..

Panduan mengenai berat badan sewaktu hamil pernah dijelaskan oleh institut perubatan di amerika syarikat ...antara penjelasannya ::

sekiranya berat badan wanita yang ingin hamil berada dalam keadaan yang ideal dengan kiraan BMI antara 18.5 ke-24.9,wanita tersebut perlu mencapai berat badan antara 11-15 kg.wanita itu perlu memperolehi antara 500 gram ke 2 kg pada trimester pertama dan kira--kira 500 gram setiap minggu.kiraan ini bagi memastikan perkembangan positif dan bayi sihat dalam kandungan.

sekiranya berat badan anda sewaktu hamil tidak bersesuaian dengan ketinggian iaitu antara BMI bawah 18.9,anda perlu meningkatkan berat badan sebanyak 13 ke 18 kg.sebaliknya jika berat badan anda berlebihan dan tidak bersesuaian dengan ketinggian iaitu kiraan BMI25 ke 29.9 anda perlu meningkatkannya sekadar 7 ke 11 kg sahaja.jika annda tergolong dalam kumpulan obes iaitu kiraan BMI 30 ke atas anda hanya perlu meningkatkan berat badan antara 5-9 kg sahaja.

sekiranya anda sedang hamil anak kembar ,sekurang-kurangnya berat badan anda perlu mencapai jumlah 17 ke 25 kg untuk mendapatkan kehamilan yang sihat.manakala 14 ke 23 kg untuk wanita yang berlebihan berat dan 11 ke 19 kg untuk wanita yang obes...anda boleh juga menggunakan anggaran kiraan berat badan sewaktu hamil (berdasarkan ketinggian dan berat sewaktu pra-kehamilan) dan ketahui bagaimana jumlah berat ini membantu kehamilan anda...

Mengapa menjaga berat badan penting untuk wanita hamil? sewaktu hamil,wanita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat.jika tidak pasti mengenai menunya rujuk kepada doktor untuk membantu anda mendapatkan satu program kesihatan yang terbaik untuk anda. makan untuk dua oorang tidak bermakna ibu hamil perlu makan sebanyak-banyaknya,sebenarnya anda hanya perlu lebihan 300 kalori sehari untuk mendapatkan kehamilan yang sihat malah sewaktu di awal kehamilan jumlah kalori yang diperlukan hanyalah sedikit sahaja.

**BERPOTENSI UNTUK KEKAL**

Kajian menunjukkan wanita hamil yang memperolehi berat badan yang berlebihan sewaktu hamil berisiko tinggi untuk melalui proses kelahiran secara pembedahan..mereka juga berpotensi untuk kekal berlebihan berat badan walaupun selepas melalui proses kelahiran malah sekiranya mereka hamil semula ,berkemungkinan mereka akan mengalami masalah berat badan berlebihan.
hal ini akan memberi masalah kepada wanita hamil tersebut kerana mereka juga berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi lain seperti darah tinggi dan pre-eklampsia.


Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang berlebihan berat badan juga berkemungkinan lebih besar sewaktu dilahirkan .jumlah berat bayi ini boleh menyebabkan komplikasi kepada ibu malah bayi sewaktu proses kelahiran.bayi yang dilahirkan oleh ibu yang berlebihan berat badan atau obes juga berpotensi untuk mengalami keadaan ini sepanjang tumbesarannya kelak.

Manakala wanita yang berlebihan berat badan sebelum hamil mungkin mengalami masalah untuk memulakan dan meneruskan penyusuan ibu.pakar menjelaskan antara sebabnya adalah penghasilan susu ibu yang lemah,sukar mendapatkan kedudukan bayi yang tepat sewaktu penyusuan dan masalah ini akan berlanjutan sekiranya wanita tersebut tidak cuba untuk mengawal berat badannya.

wanita yang mengalami kurang berat berat badan sewaktu di awal kehamilan dan sepanjang kehamilannya juga amat berisiko untuk melahirkan bayi pra matang atau bayi kurang berat badan.bayi yang dilahirkan secara pra matang boleh mendatangkan pelbagai masalah malah ia boleh menyebabkan kematian bayi sekiranya dilahirkan terlalu awal.

**TANGANI PERUBAHAN EMOSI**

Peningkatan berat badan ada kalanya sukar untuk diterima oleh sesetengah wanita hamil.terutama bagi wanita yang begitu menjaga berat badannya sebelum ini.tidak salah jika  anda mengalami emosi sebegini ,namun cuba ingatkan diri bahawa setiap pertambahan berat badan adalah amat penting untuk perkembangan kehamilan yang sihat malah berat yang bertambah dapat dikurangkan selepas proses kelahiran.
Melalui proses berpantang yang betuk sama ada anda bersalin normal atau pembedahan,mampu mengembalikan bentuk badan asal anda seperti sewaktu sebelum mengandung .biasanya enam minggu selepas proses bersalin ,ibu akan hilang separuh dari berat badannya.perlu diingatkan sewaktu berpantang ibu perlu ambil makanan yang bernutrisi untuk tubuhnya dan keperluan penyusuan bayinya.jangan pula terus-menerus mengambil makanan yang tinggi kalori.

Pengambilan makanan yang sihat dan supplement juga membantu ibu kekal cergas dan bayi sihat perkembangannya...macam yang di katakan oleh DR.hamid arshat::;;

Jadi pastikan supplement juga dari yang semulajadi bukan sintetik ye........

ingin dapatkan set kehamilan ibu sihat ???

pm/add fb sy:Ain naina boleh terus chat dengan sy ....

Monday, 23 December 2013

KENALI 7 KOMPLIKASI KEHAMILAN

Assalammualaikum....harap semua dalam keadaan sihat,,,,buat mommy's yang sedang hamil jagalah kesihatan anda sebaik mungkin..elakkan perkara yang akan membawa kemudaratan pada diri dan kandungan anda okkk!!!!
Kenali 7 Komplikasi Hamil

Bukan semua kehamilan akan berakhir dengan kegembiraan menyambut kelahiran bayi. Sepanjang sembilan bulan kehamilan, wanita terdedah kepada banyak risiko komplikasi.

►Keguguran
Ia merupakan kehilangan kandungan ketika 20 minggu pertama kehamilan. Lebih 80 peratus keguguran berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Kebanyakan keguguran pada trimester pertama dipercayai berpunca daripada ketidaknormalan kromosom dalam telur yang menghlang embrio daripada berkembang. Pendarahan adalah tanda awal keguguran janin.

►Kelahiran pramatang
Jika anda mula merasai sakit kontraksi sebelum kandungan masuk usia 37 minggu, anda berisiko melahirkan bayi pramatang. Apabila bayi dilahirkan sebelum 37 minggu, ia dipanggil bayi pramatang.

►Praeklampsia
Anda disahkan mendapat praeklampsia jika tekanan darah dan kandungan protein dalan air kencing terlalu tinggi selepas 20 minggu kehamilan. Severe pra eklampsia boleh memberi kesan kepada banyak organ dan menyebabkan masalah serius termasuk mengancam nyawa. Wanita yang menghidap praeklampsia teruk perlu melahirkan bayi dengan cepat.



►Air ketuban kurang (oligohydramnios)
Sarung ketuban dipenuhi air yang dapat melindungi dan menyokong bayi yang membesar. Apabila kurang air ketuban, ia dikenalisebagai masalah oligohydramnios. Biasanyaia berlaku dalam trimester ketiga. Jika ia terjadi di akhir kehamilan, doktor akan melakukan induce ke atas bakal ibu untuk mempercepatkan kelahiran. 

►Gestational diabetes/Diabetis kehamilan
Jika anda disahkan menghidap diabetis ketika hamil, doktor akan memantau perkembangan ibu dan bayi. Ramai wanita dapat mengawal paras gula dalam darah dengan diet dan senaman serta melahirkan bayi yang sihat. Tetapi masalah diabetis yang tidak dikawal membawa masalah serius kepada bayi. Ibu yang mendapat diabetis ketika hamil berisiko sebanyak 25 hingga 50 peratus peluang mendapat diabetis jenis 2 di kemudian hari jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat.

►Kehamilan ektopik
Apabila telur disenyawakan di luar rahim, ia akan berlaku kandungan ektopik. Kandungan ini perlu dikesan dengan cepat kerana embrio yang membesar boleh memecahkan tiub Fallopio ibu dan menyebabkan pendarahan dalaman yang boleh membawa maut. oleh kerana tiada cara untuk memindahkan kandungan ini ke dalam rahim, menamatkan kandungan adalah jalan terbaik.

►Placenta previa
Jika anda mempunyai masalah placenta previa, uri anda biasanya berada di bawah rahim, berhampiran atau menutup serviks. Ia bukan masalah di awal kehamilan. Tetapi jika plasenta kekal di bawah bila kandungan terus membesar, ia boleh menyebabkan pendarahan yang menyebabkan lain-lain komplikasi dan mungkin memerlukan ibu bersalin awal. Wanita yang terus mempunyai masalah uri di bawah sehingga detik melahirkan, perlu bersalin secara pembedahan caesarean.


Apapun yang berlaku berjumpalah dengan doktor anda segera untuk dapatkan kepastian tentang masalah yang dihadapi. Disamping berdoa dan berserah kepada Allah agar diselamatkan kandungan anda daripada perkara yang tidak diingini. Insha Allah.

Saturday, 2 November 2013

AMALAN-AMALAN YANG HARUS DI AMALKAN OLEH IBU MENGANDUNG

Assalammualaikum..anda ibu mengandung? jom baca dan share jika ia bermanfaat ;-).

Amalan-amalan wanita semasa mengandung menurut islam.apabila pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga sudah pasti akan dikurniakan cahaya mata oleh ALLAH SWT.sebagai seorang yang akan bergelar ibu mestilah sentiasa menjaga kesihatan luaran dan juga dalaman.

Antara amalan yang disarankan ialah;;;

1)Banyakkan bertaubat--memohon ampun akan dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini,semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.


2)menutup aurat -sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran islam.agar hidup mendapat keberkatan.

3)Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-quran seperti;

~surah al-fatihah
~surah yaasin
~surah taubat
~surah maryam (untuk mudah bersalin,anak soleh dan taat).
~surah yusof (untuk memperolehi anak yg cantik ,kacak,sihat dan sempurna).
~suurah Luqman (untuk mendapatkan anak yang taat).
~surah An-nahl ayat 78.
~suraah Al-'araaf ayat 189.

semoga amalan-amalan ini dapat memberikan kesenangan kepada ibu yang bakal melahirkan cahaya mata.


pssst::bukan hanya isteri sahaja kene amalkan ,,suami juga mesti amalkan kerana itu zuriat anda berdua ;-).


Wednesday, 22 May 2013

SIMPTOM KEHAMILAN YANG ANDA TIDAK BOLEH ABAIKAN

Assalammualaikum...semua mommys yang sedang hamil atau sudah hamil atau merancang untuk hamil lagi jom kita share 16 simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan ....
tidak kira berapa banyak yang telah anda baca atau bincangkan dengan ibu2 lain mengenai kehamilan anda,masih lagi sukar untuk anda mengetahui samaada apa yang anda alami semasa hamil ini adalah normal atau pun tidak.

berikut adalah simptom-simptom yaang perlu anda risaukan,jika anda sedang mengalami salah satu daripada masalah berikut,hubungilah doktor anda dengan segera.

sakit bahagian abdomen
sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian abdomen atau atas perut,sama ada disertai loya atau muntah atau pun tidak,boleh jadi merupakan petanda bagi beberapa perkara .anda mungkin mengalami:
~ketakcernaan yang teruk
~jangkitan virus dalam perut
~keracunan makanan.
sekiranya anda kin dalam separuh masa kedua kehamilan ,kesakitan ini mungkin juga menandakan praeklampsia iaitu satu masalah serius yang memerlukan rawatan segera.


sakit bahagian bawah perut

sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara.ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda:
~kehamilan ektopik
~keguguran
~kelahiran pramatang
~fibroid menyusut dan berdarah. 

demam
jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah c tetapi tanpa simptom flu atau selesema ,hubungi doktor anda pada hari yang sama.
jika suhu melebihi 39 darjah c,hubungi doktor anda dengan segera.anda mungkin mempunyai jangkitan .doktor anda akan memberikan antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat.jika suhu anda melebihi 39 darjah c bagi jangka masa yang lama,ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.


Gangguan penglihatan
hubungilah doktor anda sekiranya dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami:
~penglihatan berganda
~penglihatan kabur
~penglihatan malap
~ternampak tompok2 bersinar
~ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada dua jam.simptom2 tersebut boleh jadi tanda-tanda praeklampsia.

Bengkak tangan dan tapak kaki
ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakkan kes ,ini tidak perlu dirisaukan,tetapi jika simptom ini teruk atau berlaku tiba2 dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan ia mungkin simptom praeklampsia.

Sakit kepala yang teruk dan tidak hilang-hilang
 jika anda mengalami sakit kepala yang lebih dari dua atau tiga jam ,bersama dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang berlaku tiba2 pada tangan ,muka dan mata anda,anda mungkin mengalami praeklampsia.

Pendarahan faraj
pendarahan ringan(spotting)tanpa kesakitan mungkin normal proses implantasi iaitu apabila emboria melekat pada uterus pada awal kehamilan ataupun pendarahan penebusan (breakthrough bleeding) namun anda masih perlu menghubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh jadi menunjukkan komplikasi yang serius.
~pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda(lebih banyak atau sedikit dan berwarna gelap) disertai kesakitan teruk pada satu sisi abdomen boleh jadi tanda kehamilan ektopik(kehamilan di luar rahim).
~pendarahan yang banyak terutamanya apabila disertai sakit belakang atau abdomen boleh dikaitkan dengan keguguran atau berpotensi untuk gugur.
~dalam peringkat akhir kehamilan ,pendarahan menunjukkan plasenta praevia,koyakan plasenta atau kelahiran pramatang ( kelahiran yang bermula sebelum minggu ke 37).

keluar cecair daripada faraj
keluarnya cecair daripada faraj sebelum minggu ke 37 bermakna membran anda telah pecah awal .doktor anda pasti mahu anda dimasukkan ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang.

selepas 37 minggu ,anda mungkin akan mula proses pelahiran.hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika pelahiran tidak bermula dalam 24 jam.
Peningkatan rasa dahaga
jika anda tiba2 dahaga tetapi kurang membuang air kecil ,ini mungkin tanda penyahhidratan atau diabetis kehamilan (diabetis gestasi) keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda.

Sakit semasa membuang air kecil
sakit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi,menggigil dan sakit belakang mungkin tanda2 jangkitan saluran kencing.jumpalah doctor anda akan dirawat dengan antibiotik.

Muntah yang teruk 
muntah lebih daripada dua hingga tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda tanpa membahayakan bayi anda.anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan(hiperemesis gravidarum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital.

Pengsan atau pening
ini mungkin tanda yang nada tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah.ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan.jika pengsan hubungilah doctor anda selepas sedar semula untuk memastikan tiada masalah.

Pergerakkan bayi semakin perlahan
tiada pergerakkan atau pergerakkan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke 21 mungkin petanda yang bayi anda tertekan.jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa ,hubungikah doktor anda.
KEgatalan seluruh badan pada peringkat akhir kehamilan 
simptom2 ini menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis .jika anda mengalami obstetrik kolestasis,anda mungkin juga mengalami jaundis,dengan kencing berwarna gelap dan najis yang pucat.

kegatalan adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar tetapi lebih baik jika anda membuat pemeriksaan ,terutamanya jika kegatalan itu teruk pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda.

Anda jatuh atau terhentak pada perut
jatuh tidak selalunya membawa bahaya tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku.jika anda tergelincir ditangga dan tulang punggung anda tercedara,anda tidak perlu risau bayi anda selamat dilindungi oleh uterus dan cecair amnion.

walaubagaimanapun ,komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes.jika anda mengalami kontraksi,rembesan cecair atau sebarang pendarahan ,hubungilah doktor dengan segera atau pergi ke hospital terdekat.

Anda rasa "tidak begitu sihat"
jika anda tidak pasti mengenai satu simptom,tidak berasa seperti biasa atau tidak selesa,percayalah dengan perasaan anda dan hubungilah doktor anda.jika terdapat masalah anda akan dirawat dengan segera,jika tiada masalah anda akan berasa lega.

berbual dan berkongsi lah kebimbangan anda dengan wanita-wanita lain yang dalam peringkat kehamilan yang sama dengan anda.....

berukhuwah itu banyak hikmah nye ;)


Monday, 4 March 2013

KENAPA SEMASA HAMIL KERAP RASA NAK KENCING??

Assalammualaikum...mengupas mengenai tajuk malam ni kenapa semasa hamil kerap kencing? bagi ibu yang pernah mengalami saat kehamilan anda pasti tahu jawapannya kan? :).......

kerap membuang air kecil adalah ciri-ciri utama kehamilan.ini biasa berlaku terutamanya dalam trimester pertama dan ketiga.malah ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda kehamilan yang biasa.ia adalah sebahagian daripada perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda.

apabila bayi dalam kandungan anda semakin membesar,badan anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing,tetapi pundi kencing anda pula semakin mengecut.oleh itu walaupun pundi kencing anda kosong ,tekanan yang diterimanya akan membuatkan anda merasa ia penuh.anda akan mengalami perkara ini terutamanya pada hujung kehamilan apabila kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir.

anda juga  mungkin mempunyai masalah mengosongkan pundi kencing ,menyebabkan anda terpaksa  pergi ke tandas berulang kali.

jangan pula ibu mengurangkan pengambilan air seharian kerana air amat penting buat tubuh ibu hamil.

masalah ini akan berkurangan tidak lama selepas bayi anda dilahirkan.dalam tempoh beberapa hari selepas melahirkan,anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing dan lebih kerap .ketika ini badan anda sedang membuang segala cecair tambahan yang terkandung dalam sistem darah anda semasa hamil.


bagi ibu-ibu hamil atau di dalam pantang yang tidak ingin sembelit terjadi sy syorkan anda minum air banyak dan jangan lupa mengambil ostematrik vitamin terbaik buat anda!!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~