Pages

Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts
Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts

Thursday, 14 August 2014

KESIHATAN ADALAH TENAGA,KECERGASAN DAN KESEJAHTERAAN

Assalamualaikum... alhamdulillah semalam 13/8/20014 saya berkesempatan menghadiri kelas healthy wallnes talk yang di anjurkan oleh pihak shaklee... ni yang buat saya bertambah  jatuh cinta kat shaklee... bukan sahaja income dapat ilmu pun dapat.... free je joint...


Antara topik yang di kupas adalah tentang kesuburan lelaki dan wanita... umum mengetahui kesuburan di malaysia semakin menurun antara faktor penyebabnya adalah pemakan,cara hidup dan gaya hidup....

pemakannya adalah selalu mengambil makanan yang tidak berkhasiat seperti kfc,MCd ,segala macam makanan ringan..

Gaya hidup pulak seperti sentiasa strees, kelam kabut,sentiasa sibuk dengan kerja.

Merokok juga salah satu faktornya,,, selain itu penyakit yang ada dalam diri juga boleh menjadi penyebab kesuburan menurun...


Lagi antara yang di kupas kan adalah mana-mana wanita yang ingin berkahwin di saran mengambil asid folid @ vitamin B 3 bulan sebelum hamil jadi jika anda nak ambil sebelum kahwin pun boleh amat digalakkan sebab asid folid bukan sahaja penting untuk ibu hamil tetapi juga penting untuk orang biasa...





ANTARA SEBAB KENAPA SEL KITA ROSAK

1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar

Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, agen penyebab kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.

2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien

Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat kritikal bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.
3 - Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar

Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat

Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!


Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS

STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI

Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa

Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!
Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.

6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan

Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.
7 - Kehilangan nutrien dalam makanan


Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia 7 sebab yang perlu anda renung2kan Bagi saya,saya dah memilih yang terbaik.. Supplemen dari jenama Shaklee, 50tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplemen... Anda bagaimana?

"Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."~Shaklee website

Sebab ituuuu sebab ituuuuu kesuburan rakyat malaysia semakin menurun!!!!! 

Antara vitamin-vitamin yang digalakkan ambil jika anda ingin hamil ......

~VIVIX shaklee ... membaiki sel-sel yang rosak tadi.

~ESP SOY protein..Bantu kuatkan otot dan dinding rahim.

~GLA COMPLEX..regular kan period,elak senggugut.

~VITAMIN B COMPLEX..Wajib di ambil 3 bulan sebelum merancang ingin hamil untuk elakkan kekurangan asid folid.

~PHYTOKOL-ST ... untuk kurangkan jumlah kolesterol jahat,melindungi hati kita.

~ZINC COMPLEX  ...untuk pekatkan air mani suami.

Jadi kesimpulannya kesuburan tidak mengira usia ataupun jantina....

PASTIKAN ANDA MENDAPAT CONSULT DARI DR anda terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana supplement ye....

✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸
***✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 012-9773915 SEKARANG JUGA!!!
=========================================
boleh juga PM/inbox sy.. Ain naina

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan

✔ Terbukti Berkesan


KHASIAT BUAH BETIK

Assalamualaikum.... apa khabar semua? harap semua sihat-sihat ye.... ada makan buah-buahan tak hari ini? kalau belum makan lah papaya atau betik... 

Khasiat betik amatlah banyak.... nak tahu jom teruskan baca ....

Betik atau nama saintifiknya Carica papaya ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika yang mengandungi khasiat yang amat tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh badan manusia.



Khasiat buah Betik yang kaya dengan vitamin A dan berbagai jenis zat vitamin B seperti Riboflavin, zat folate dan cryptoxanthin. Zat ini adalah sejenis carotene yang menghasilkan warna bagi isi buah betik. Unsur ini amat penting sekali bagi kesihatan jantung kita kerana ia dapat melindunginya daripada kerosakan.

Buah Betik juga kaya dengan zat vitamin C. Malah kandungan vitamin C dalam buah betik adalah lebih tinggi dari yang terdapat di dalam buah limau. Setengah biji buah betik yang sederhana saiznya dapat membekalkan kita 100% keperluan vitamin C dalam sehari.


Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.


Selain vitamin, khasiat buah betik juga mengandungi kalium, kalsium, serat, zat besi, protein, tiamin, niasin dan enzim papain. Enzim papain adalah unsur yang amat berkesan dalam proses penghadaman makanan.


Antara Khasiat Dan Kebaikan Buah Betik

1. Buah Betik Sebagai Tonik Tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

2. Buah Betik Ubat Bagi Sembelit Dan Penyakit Buasir


Jika mengalami sembelit eloklah memakan betik. Khasiat buah Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan buah betik, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan malah dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

3. Buah Betik Mencegah Batu karang Di Dalam Pundi Kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu karang pada pundi kencing kita.

4. Buah Betik Membantu Peredaran Haid Yang Teratur

Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.


5. Buah Betik Merawat Penyakit Tekak

Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.

6. Buah Betik Merawat Tumit Pecah

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Satu daripada rawatan tradisonal bagi mengubati masalah ini adalah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah. Namun begitu elakkan daripada terkena mata kerana getah muda ini akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga.


Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.Untuk mendapatkan lebih kenikmatan makanlah buah betik yang telah disejukkan sedikit, pastinya menyelerakan.

berminat nak dapatkan supplement sihat semulajadi?
boleh pm/sms/whatsapp saya 0129773915 atau Add fb saya Ain naina...

Monday, 12 May 2014

PARABEN ITU APA?

Assalammualaikum... anda suka beli barang-barang alat solek?gincu? syampoo? tapi adakah semua itu BEBAS PARABEN? hm...... mmungkin ada yang tidak kisah,,,tapi kadang-kadang yang remeh itulah kita kene ambil tahu....

APA ITU PARABEN?

Apa itu Paraben?

Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang digunakan dalam pemprosesan membuat bahan-bahan kosmetik. Ia juga boleh didapati di dalam beberapa bahan makanan yang diproses selain bahan farmaseutikal (ubat-ubatan).

Di dalam hubungan di atas, pengawet Paraben memang terdapat di dalam kebanyakan produk kecantikan seperti deodoran, syampu, losen badan serta mandian.

Jika diteliti betul-betul pada label produk, ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti Methylparaben, Ethylparaben, Propylparaben, Butylparaben, Isobutylparaben atau E216.

Tugas utama pengawet Paraben adalah untuk membunuh dan mengelakkan pertumbuhan kuman. Oleh itu, ia juga boleh didapati di dalam banyak bahan makanan proses dan ubat-

ubatan.

3. Kajian saintifik

Beberapa penyelidikan mendapati, jenis-

jenis Paraben tertentu boleh merangsang tindak balas seperti estrogen iaitu, hormon wanita yang lemah.

Bagaimanapun, ia melibatkan kajian di makmal haiwan dan kultur tisu (pembiakan tisu).

Walau bagaimanapun, tiada kaitan secara langsung di antara kehadiran pengawet Paraben pada tisu kulit dengan pembentukan kanser payudara.

Kajian tersebut hanya menunjukkan kehadiran Paraben di tisu kulit tetapi tidak dapat dipastikan sumber yang jelas sama ada ia berpunca daripada sapuan atau semburan deodoran, atau produk-produk kecantikan yang lain.

Kajian lebih terperinci dan lanjut perlu dilakukan untuk menentukan kesahihan hubungan pengawet Paraben dan kanser payudara.

Justeru, apakah yang perlu anda lakukan?

Sebagai pengguna, kita mempunyai pilihan untuk mengguna pakai atau tidak deodoran mahupun produk-produk kecantikan yang berada di pasaran, yang menggunakan pengawet Paraben.

Bagi mereka yang berhati-hati bolehlah memakai produk kecantikan yang menggunakan pengawet semula jadi.



Artikel Penuh: SUMBER

Mengapa shaklee terbaik? kerana setiap produk yang dikeluarkan shaklee akan menjalani ujian klinikal..... memastikan tahap kebersihan dan semulajadinya sentiasa kekal....sebab itu moto shaklee :ALWAYS GREEN ..

ini adalah syampoo shaklee yang sy amalkan ..memang terbaik!!!! berminat boleh pm/sms/whatsapp sy :-)

jangan bimbang syampoo shaklee adalah FREE PARABEN ..

Saturday, 3 May 2014

5 AMALAN SIHAT YANG SALAH??

Assalammualaikum.. hai apa khabar? macam dah lama tak menjenguk blog ku ini...huhuhu...biasanya orang sharing tentang perkara baik tapi kali ini sy nk share tentang sesuatu yang lain huhuhu.....

tidak semua usaha dan amalan sihat yang anda lakukan selama ini merupakan cara yang tepat.terdapat beberapa amalan sihat yang sering diamalkan didapati salah dan boleh membahayakan kesihatan ..... eh macam na tuuu???

~ MENGHINDARI MATAHARI ~
Tubuh memerlukan vitamin D untuk membuat tulang agar tetap sihat dan mencegah penyakit(alaa mcm ostematrik yang kaya vitamin D tu).. dengan meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita.satu-satunya cara untuk mendapatkan vitamin D adalah melalui pendedahan terhadap cahaya matahari...jadi jika surirumah macam sy nak dapatkan vitamin D ni mudah aje...rajin-rajinlah keluar duk luar rumah time tu huhu sambil jemur pakaian ke membasuh ke...huhuhu..

~MENGGUNAKAN SABUN ANTIBAKTERIA~
Sabun dan gel antibakteria memang praktikal untuk dibawa di dalam beg tangan atau kenderaan anda,namun jangan terlalu taksub dengan sanitasi kerana ia boleh melemahkan kemampuan tubuh untuk melawan bakteria.sebenarnya mencuci tangan dengan air hangat dan sabun 20 saat juga mampu melindungi anda daripada bakteria.

~BERGANTUNG PADA PENGHAWA DINGIN~
Setelah keluar berpanas di luar rumah ,pastinya lebih menyamankan bila dapat berehat di ruang yang mempunyai penyaman udara.tetapi jangan hanya duduk seharian di ruang berhawa dingin ,ini kerana ruang berhawa dingin mengandungi semua jenis partikel debu.
 oleh itu setiap beberapa jam ,cubalah matikan penghawa dingin anda dan buka tingkap untuk menikmati udara segar.cuba berjalan-jalan di luar dan menghirup udara segar.jika anda bekerja di pejabat yang tiada tingkap ,bawalah baju hangat untuk menjaga suhu tubuh ketika keluar dari pejabat.

~MAKAN MAKANAN ORGANIK~
Makanan organik seperti buah-buahan dan sayur-sayuran memang mahal.namun makanan ini sebenarnya juga belum benar-benar masak.tidak perlu makan makanan organik untuk menjadi sihat,anda boleh nikmati buah-buahan sederhana seperti rendah gula,natrium dan karbohidrat olahan.


~OLAHRAGA BERLEBIHAN~
Tubuh dan fikiran tidak memerlukan lebih dari 3-4 kali latihan kardio selama 30 hingga 45 minit seminggu.tiidak perlu olahraga yang berat ,tetapi anda boleh juga pelbagaikan olahraga versi santai ,ringan dan menyenangkan seperti renang,tenis,golf ataupun aerobik.

~SUMBER~
selamat mencuba,,,walau apapun kita lakukan ,,,lakukan lah dengan cara sederhana ;-)

Monday, 7 April 2014

CARA MENINGKATKAN PELUANG KEHAMILAN ~~~~~

Assalammualaikum...

Setelah lama mencuba, anda masih juga tidak hamil. Usah gusar ataupun berputus asa. Mungkin ada perkara penting yang anda terlepas pandang. Mari kita bincangkan bersama beberapa perkara penting tentang bagaimana meningkatkan peluang kehamilan.

Mendapatkan zuriat menjadi sebahagian daripada tujuan kita berkahwin. Namun, sesetengah daripada kita tidak hamil dengan mudah dan menyebabkan kekecewaan. Jujurlah dengan pasangan tentang kekecewaan kita. Kongsikan dan usahakan bersama-sama. Luahkan perasaan dan bincangkannya secara terbuka. Ini menjadikan perjalanan kita untuk hamil lebih mudah dan tidak bersendiri.


Kenali diri

Sedar atau tidak, peluang untuk hamil sebenarnya bermula daripada diri masing-masing. Ia terkait dengan kesihatan dan cara hidup. Perhatikan fakta-fakta berikut:

1. Hindari tekanan dan carilah cara untuk melepaskan tekanan. Lebih baik lagi jika dilakukan bersama-sama. Bersukan, bersenam, akupuntur dan sesi kaunseling dapat membantu mengurangkan hormon penyebab tekanan.

2. Sayangi tubuh badan. Elakkan diet radikal dan pengurangan berat badan mendadak. Pastikan badan berada dalam julat berat yang sihat (BMI) dengan melakukan senaman.

3. Amalkan pemakanan sihat. Kekalkan pemakanan seimbang yang merangkumi semua kumpulan makanan dan meminum air dengan banyak.

4. Amalkan pengambilan vitamin termasuk zat besi, kalsium dan asid folik untuk wanita serta zat besi dan selenium untuk lelaki. Makanan yang tinggi antioksidan juga baik untuk diambil.

5. Elakkan sama sekali rokok, dadah dan alkohol. Bagi lelaki, elakkan haba yang keterlaluan kepada testis seperti memakai seluar ketat, berbasikal yang terlalu lama dan tub panas.

7. Masa yang tepat adalah penting dalam meningkatkan peluang kehamilan. Jangan bergantung kepada kalendar atau carta kesuburan semata-mata tetapi gunakanlah kit ramalan ovulasi. Perhatikan juga cairan servik. Jika kelihatan seperti putih telur, ia menunjukkan ovulasi sedang berlaku.
8. Lakukan persetubuhan sebelum ovulasi. Adalah lebih baik jika sperma telah tersedia dalam rahim sebelum telur dilepaskan melalui proses ovulasi. Telur hanya bertahan selama 24 jam manakala sperma dapat bertahan selama 3-5 hari. Lakukan persetubuhan 2 atau 3 hari sebelum ovulasi dan pada hari ovulasi untuk meningkatkan lagi peluang persenyawaan. Persetubuhan 3 kali seminggu juga dapat membantu.

9. Elakkan ejakulsi sperma beberapa hari sebelum hari subur. Ini dapat membantu meningkatkan bilangan sperma pada hari yang diperlukan.

10. Sebelum anda mencuba untuk hamil, jumpalah pakar OBGYN bagi memastikan anda berdua sihat sepenuhnya. Infeksi yang tidak dirawat, STD atau keadaan kesihatan yang kurang baik mengurangkan peluang untuk hamil.



Panduan ketika bersama 

Melalui pembacaan, rata-rata tidak ada satu-satu posisi yang telah terbukti lebih baik berbanding yang lain serta dapat meningkatkan peluang untuk hamil. Justeru, adalah lebih baik jika kita teliti beberapa panduan berkaitan peluang kehamilan ketika bersama.

1. Kurangkan pergerakan selepas persetubuhan. Berdiri selepas melakukannya boleh menyebabkan air mani keluar. Tunggu lebih kurang 20 minit sebelum bangun dan bergerak.


2. Cuba kekalkan sperma dalam faraj selama mungkin. Letakkan bantal di bawah pelvis bagi memudahkan sperma bergerak ke bahagian atas dan kekalkan kedudukan tersebut selama 20-30 minit selepas persetubuhan.
3. Jadikanlah saat bersama sesuatu yang menyeronokkan dan bukan sekadar rutin. Pastikan anda berdua mencapai klimak. Bagi isteri ia dapat membantu menarik sperma ke dalam uterus dan tiub fallopio manakala rembesan alkali dalam uterus dan faraj meningkatkan jangkahayat sperma. Bagi suami, klimaks dapat meningkatkan bilangan dan kualiti sperma.

Dengan mematuhi teori graviti, posisi yang terbaik adalah posisi yang dapat merembeskan sperma sedekat mungkin ke servik. Beberapa posisi yang memenuhi perkara ini adalah:
Posisi ‘missionary’ atau isteri di bawah dan suami di atas adalah posisi yang terbaik. Posisi ini dapat dibantu dengan meletakkan bantal dibawah pelvis isteri.
Posisi ‘rear entry’ atau lelaki menyetubuhi isteri daripada belakang. Posisi ini juga membolehkan sperma dirembeskan dekat dengan servik.
Posisi ‘spooning’ atau pasangan berbaring sebelah-menyebelah dan suami menyetubuhi isteri daripada belakang. Posisi ini lebih selesa bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami sakit belakang.

Elakkan posisi yang menyukarkan sperma bergerak ke servik seperti isteri berada di atas, berdiri atau duduk kerana sperma bergerak melawan graviti. Elakkan juga penggunaan gel pelincir kerana ia menjejaskan jangkahayat sperma..

SELAMAT MENCUBA,,,SELAIN ITU JANGAN LUPA BERDOA PADA ALLAH SWT.....JANGAN BERPUTUS ASA.....

Berminat nak dapatkan set kesuburan suami/isteri ??
pm/add fb:Ain naina atau sms/whatsapp 0129773915 ;-)


Tuesday, 1 April 2014

TIPS KEKAL LANGSING WALAUPUN ANDA TIDAK BEKERJA

Assalammualaikum.....
anda suri rumah atau ibu /wanita yang berkerjaya ?? jom meh baca sekejap ye ;-)

kesibukkan wanita kerjaya membolehkan sedikit sebanyak tubuh anda bergerak,malah bagi yang memang selalu punya tugasan di luar ketika bekerja ini juga menjadi alasan untuk tidak bersenam.kalau sudah selalu bergegas ke sana ke mari secara tidak langsung itu juga satu bentuk senaman untuk tubuh.

Tapi bagaimana jika suami minta anda menumpukan perhatian pada anak dan keluarga sekaligus berhenti kerja.ini bermakna ,selain harus melepaskan kerjaya ,tubuh anda juga tidak lagi secergas seperti ketika anda bekerja.

jika dulu rutin anda memang penuh,bangun awal pagi menyediakan sarapan dan mungkin makanan tengahhari untuk suami dan anak-anak ke sekolah ,sebelum bergegas ke bersiap ke pejabat.di pejabat ,sibuk meniliti jadual  kerja,menyiapkan tugasan-tugasan ,membentangkan kertas kerja,mesyuarat dan sebagainya.

pulang ke rumah pula,perlu menyediakan makan malam,mengemas rumah dan melihat anak-anak menyiapkan kerja sekolah.lewat malam barulah dapat berehat melelapkan mata.rutin serupa itu akan berulang kembali keesokkan harinya .jadi di mana masa untuk bersenang-lenang tanpa sebarang aktiviti kecuali di hari cuti?
sebab itu ada di antara wanita dan isteri agak bingung memikirkan kesudahan mereka apabila terpaksa berhenti kerja.sebahagian daripada gaya hidup aktif mereka tidak lagi berjalan seperti biasa ,memungkinkan bentuk tubuh tidak lagi kelihatan menarik dan langsing seperti sebelum ini.bagi anda yang agak buntu memikirkan cara yang baik untuk mengatasinya ,panduan berikut sedikit sebanyak boleh membantu anda ...jom ikuti tips di bawah --->>

-->> SEDIAKAN JADUAL LATIHAN GERAK~~
jika sudah terbiasa aktif ,jangan bimbang,sediakan jadual latihan gerak ini.pasti mudah untuk anda ikuti memandangkan anda sememang sedia aktif sebelum ini.lakukan latihan ini setiap hari dengan tempoh masa tertentu,tetapi pastikan anda sudah mula menyediakan jadualnya sebelum berhenti bekerja lagi.

pastikan juga anda tidak berehat terlalu lama selepas berhenti kerja.cuba mulakan latihan ini dua atau tiga hari selepas anda berhenti kerja supaya gerak kerja anda yang aktif sebelum ini tidak merosot.fokus untuk terus kekal sihat dan cergas demi kelangsingan serta kesihatan tubuh badan.

-->>MEMASAK MAKANAN SEGAR~~
pastinya ini bukan lagi masalah untuk anda.anda kini menjadi suri rumah sepenuh masa.kekalkan rutin anda yang satu ini .jika di lihat dari sudut positif ,kini anda lebih mempunyai banyak masa menyediakan makanan yang lebih segar dan menyihatkan.mungkin ketika anda bekerja dahulu anda terpaksa menyediakan makanan yang segera  contohnya tepung penkek segera sebagai menu sarapan pagi anda sekeluarga.kini anda punya banyak masa untuk menyediakan menu sarapan yang lebih menyihatkan bukan? tentu lebih segar dan enak dinikmati bersama keluarga.


--->>BERGAUL~~
sesekali ambil masa terluang anda untuk bergaul dengan rakan-rakan atau jiran-jiran terdekat.tetapi pastikan jiran yang dimaksudkan adalah jiran yang baik.bukan sekadar jiran  yang tahu bergosip sahaja.bergaul di kalangan jiran dan rakan yang turut mementingkan penampilan dan penjagaan kesihatan adalah lebih baik.jangan pula nanti apabila sudah tidak bekerja ,penampilan berubah sehingga tidak lagi dijaga rapi .inilah masa terbaik untuk anda menjaga diri ,kesihatan dan kelangsingan tubuh badan ,masa anda begitu banyak terluang bukan? ajak rakan-rakan dan jiran sama-sama melakukan aktiviti seperti senaman,aerobik dan sebagainya.

-->>LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL 
Di waktu petang,ambil masa untuk beriadah bersama anak-anak .didik anak-anak duduk di rumah dan lakukan aktiviti bersama seperti berbasikal,berjoging di taman permainan atau padang bola atau mungkin boleh juga berkebun di halaman rumah.pelbagaikan aktiviti supaya anak-anak lebih seronok untuk meluangkan masa di rumah berbanding bermain di luar.lebih menyeronokkan bukan? anak-anak tidak terbiar dan berpeleseran di luar,malah dalam masa yang sama anda dapat membakar kalori untuk kekal langsing....best kan? 

Nak dapatkan set slimming terbaik dan semulajadi ? KLIK SINI..

Anda suri rumah tapi nak bantu suami tambah pendapatan?? KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~