Pages

Showing posts with label SET IBU HAMIL. Show all posts
Showing posts with label SET IBU HAMIL. Show all posts

Sunday, 14 December 2014

PENDARAHAN SEMASA HAMIL? NORMAL KE?

Assalamualaikum..... saya selalu menerima pm/sms/whatsapp dari ibu-ibu yang mengalami masalah pendarahan semasa awal kehamilan ini... Ok ada maklumat sedikit yang boleh saya kongsikan buat ibu-ibu semua  yang mana bermanfaat kita pakat sharing ye...


Apa itu pendarahan ringan dan adakah ia normal?

Spotting ialah pendarahan ringan dari faraj. Ia serupa dengan haid, tetapi ringan sedikit. Warna darahnya pula berbeza, dari merah hingga ke coklat.


Adalah normal bagi anda merasa bimbang jika ternampak ada pendarahan berlaku. Sebenarnya, pendarahan yang berlaku dalam minggu-minggu awal kehamilan biasa berlaku. Satu perempat daripada wanita hamil mengalami pendarahan dalam trimester pertama.

Anda lebih berkemungkinan untuk mengalami pendarahan ringan jika anda telah menjalani IVF atau rawatan lain yang serupa untuk membantu anda hamil. Ini mungkin disebabkan oleh cara bagaimana bayi anda disenyawakan. Dua embrio mungkin diletakkan ke dalam uterus (rahim) dan kedua-duanya mungkin lekat, tetapi salah satu daripadanya tidak kekal. Ini dipanggil kembar yang hilang, dan ia boleh menyebabkan pendarahan.

Namun kadangkala pendarahan juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius seperti keguguran. Sebab itulah lebih baik bagi anda mendapatkan pemeriksaan doktor. 
Apakah punca utama pendarahan faraj semasa hamil?

Dalam fasa awal kehamilan, pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ia biasanya berlaku sekitar waktu anda biasanya datang haid dan berlangsung selama satu atau dua hari. Anda mungkin hanya menyedarinya ketika membuang air kecil.

Walaupun pakar-pakar tidak pasti apakah puncanya, namun ia mungkin disebabkan oleh:
Hormon yang mengawal kitaran haid anda mencetuskan pendarahan apabila sampai waktu anda sepatutnya datang haid. Ini dipanggil pendarahan "penebusan" (breakthrough). Anda mungkin mengalaminya lebih daripada sekali.
Pelekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda menyebabkan pendarahan. Ini dipanggil pendarahan implantasi. Ini lebih jarang berlaku berbanding pendarahan penebusan.
Apakah punca-punca lain yang boleh menyebabkan pendarahan faraj semasa hamil?

Mungkin ada perkara-perkara lain yang sedang berlaku dalam badan anda yang menyebabkan pendarahan ini:
Pintu masuk ke uterus anda iaitu serviks mungkin terengsa. Hormon kehamilan boleh mengubah permukaan serviks membuatkan ia cenderung untuk berdarah. Contohnya, anda mungkin berdarah sedikit selepas hubungan seks.
Anda mungkin mempunyai fibroid. Fibroid ialah ketumbuhan pada dinding rahim. Jangan bimbang, fibroid bukannya kanser. Kadang-kala plasenta melekat di mana terdapatnya fibroid.
Mungkin terdapat ketumbuhan kecil pada serviks anda. Ini dipanggil polip serviks (cervical polyp) dan ia tidak membahayakan.
Anda mungkin mengalami jangkitan serviks atau jangkitan faraj.
Anda mungkin menghidap penyakit keturunan seperti penyakit Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.


Apakah punca yang lebih serius yang mengakibatkan pendarahan semasa kehamilan?

Malangnya, pendarahan pada awal kehamilan mungkin merupakan tanda keguguran atau kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim). Dalam kedua-dua kes ini, anda juga biasanya akan mengalami sakit perut dan kekejangan.


Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. Pendarahan daripada keguguran beransur-ansur menjadi banyak. Keguguran awal memang menyedihkan, tetapi malangnya, ia sangat biasa berlaku. Malah, sesetengah wanita mengalami keguguran sebelum mereka tahu bahawa mereka hamil dan menganggap mereka hanya datang haid.

Kehamilan ektopik pula berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada bahagian luar uterus. Jika anda mengalami kehamilan ektopik, pendarahan mungkin berlaku tanpa henti dan darahnya berwarna gelap dan cair seperti jus prun. Kehamilan ektopik boleh membuatkan anda sakit teruk, oleh itu ia perlu ditamatkan segera.

Punca pendarahan yang lebih jarang berlaku ialah kehamilan molar. Ia menjejaskan kira-kira satu dalam 700 kehamilan. Kehamilan molar berlaku apabila embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal. Kehamilan molar perlu digugurkan dengan segera. 

Kemungkinan juga pukulan kepada perut, contohnya jika anda terjatuh, menyebabkan pendarahan. 
Apa yang harus saya lakukan jika saya mengalami pendarahan semasa hamil?

Hubungi doktor atau hospital , walaupun sekiranya pendarahan itu akhirnya berhenti sendiri. Anda masih perlu pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor anda mungkin memeriksa bahagian dalam faraj, atau dia mungkin menasihatkan anda supaya membuat imbasan ultrasound. Imbasan boleh mengetepikan kehamilan di luar rahim dan memeriksa keadaan bayi. 

Doktor anda mungkin mahu membuat beberapa ujian rutin. Darah dan air kencing anda mungkin diuji untuk melihat tahap hormon kehamilan anda. Ujian untuk memeriksa kumpulan darah dan status resus anda juga mungkin akan dijalankan.
Adakah bayi saya akan selamat?

Kemungkinan besar bayi anda dalam keadaan selamat kerana pendarahan ringan biasanya tidak membahayakan. Ramai wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan dapat meneruskan kehamilan dengan sihat.

Jika pendarahan itu menandakan keguguran, anda akan turut mengalami kekejangan perut, dan pendarahan itu biasanya akan menjadi lebih teruk. Pendarahan ringan atau spotting biasanya berhenti sendiri. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita hamil yang mendapatkan bantuan perubatan kerana pendarahan awal dapat meneruskan kehamilan mereka.

Jika anda mengalami spotting atau pendarahan semasa hamil, bincanglah dengan doktor anda, walaupun jika pendarahan itu berhenti. Ini untuk memastikan tiada simptom-simptom lain yang mungkin menunjukkan sebarang masalah.

Mengapa tidak anda mengamalkan set kehamilan shaklee? 

Demi kesihatan anak yang dikandung dan juga ibu ..

set yang menjadi pilihan semasa kini ....

testimoni 1

*Sebelum mengandung, ibu-ibu harus memastikan mereka mendapatkan semua Nutrisi Yang diperlukan seperti Zat asid folid, zat besi, kalsium dan vitamin- vitamin bagi menyiapkan badan mereka untuk melahirkan anak yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan disebabkan kekurangan sesetengah Zat.

*Semasa mengandung pula Sangat penting untuk anda mengambil sumber makanan yang mengandungi lemak yang baik dan protein .ini kerana hampir 60% daripada otak bayi dibuat daripada lemak dan selebihnya memerlukan protein.


Anda tidak perlu mengambil kesemuanya... boleh pilih yang penting seperti multivitamin vitalea,vitamin b,vitamin c dan ostematrik!!!


✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸
***✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 0105332416  SEKARANG JUGA!!!
=========================================
boleh juga PM/inbox sy.. Ain naina

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan

Jemput Like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi best dan harga diskaun!!!

Boleh Emelkan kepada:ainnaina1@gmail.com



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, 12 October 2014

MASALAH DIABETES/KENCING MANIS KETIKA HAMIL

Assalamualaikum.... tentunya ibu risau jika di sahkan ada diabetic atau kencing manis ketika hamil... lebih-lebih lagi jika hamil anak pertama... alhamdulillah ketika saya hamil ainul dulu memang tiada masalah ini... ada yang kata ia dari keturunan saya pun tidak pasti.. jika ada yang tahu plez share ye ;-)... mak saya pun pernah hamil 12 orang anak semuanya tiada masalah... 



Peningkatan hormon tertentu semasa hamil boleh menghalang insulin , iaitu hormon yang mengawal paras glukosa dalam darah untuk berfungsi dengan betul, mengakibatkan kencing manis ketika hamil yang di panggil Diabetes Gestasi Melitus @ GDM.


Ibu hamil yang mengalami diabetes haruslah mengamalkan diet yang seimbang dan bersenam tetapi haruslah dibawah seliaan doctor. 





Untuk trimester 2-3 ~

tambah OMEGA GUARD SHAKLEE~

ღ Omega Guard

****Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. 

✎Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. 
✎Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

Take Note : 
Kencing manis ketika hamil boleh membawa risiko kelahiran pra-matang malah ibu dan bayi berisiko tinggi untuk menghidap kencing manis. Jadi sebaiknya cegah dari awal tetapi jika sudah terkena rawatlah dengan cepat. 


Belum cuba belum tahu...sudah cuba baru tau kesan positif shaklee ni. Anda pasti tidak menyesal. Jom la order sekarang, harga istimewa, konsultasi free, jadual pengambilan yg betul semuanya untuk anda. .jangan ketinggalan yer...

testimoni 
wt6


✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸
***✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 012-9773915 SEKARANG JUGA!!!
=========================================
boleh juga PM/inbox sy..Ain naina...boleh chat terus dengan saya ;-)

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan

✔ Terbukti Berkesan

Jemput Like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga best..

**segala testimoni/penulisan tentang produk yang di kongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit**

Sunday, 28 September 2014

NAK ANAK BIJAK? (SET IBU HAMIL SIHAT)

Assalamualaikum.... Dah lama tak cerita pasal kesihatan ibu-ibu mengandung... oh bukan bermakna saya lupakan ibu mengandung ye cuma nak ikut susun atur kerja... jangan bimbang dari semasa ke semasa saya akan update lagi nutrisi untuk ibu hamiL,penjagaan ibu dalam berpantang... anda jangan lupa follow saya ye... 

Ok,,, malam ni nak share lagi tentang set untuk ibu hamil supaya sentiasa kelihatan sihat dan bertenaga... teringat masa hamil ainul ...dah overdue 41 minggu tapi tetap gagah berjalan  keliling hospital  walaupun dah kene induce...... bawak perut besar tu... huhuh kaki dah macam kaki gajah... huh.. gara-gara bershaklee sepanjang kehamilan lah ni....

~PANDUAN IBU MENGANDUNG~


Untuk mendapatkan anak yang cerdik , masih ada yang boleh anda lakukan semasa mereka masih dalam kandungan.paling penting pastikan anda mengambil pemakanan yang seimbang dari sebelum hamil sehinggalah sebelum waktu melahirkan anak.

*Sebelum mengandung, ibu-ibu harus memastikan mereka mendapatkan semua Nutrisi Yang diperlukan seperti Zat asid folid, zat besi, kalsium dan vitamin- vitamin bagi menyiapkan badan mereka untuk melahirkan anak yang sihat dan tidak mempunyai kecacatan disebabkan kekurangan sesetengah Zat.


*Semasa mengandung pula Sangat penting untuk anda mengambil sumber makanan yang mengandungi lemak yang baik dan protein .ini kerana hampir 60% daripada otak bayi dibuat daripada lemak dan selebihnya memerlukan protein.

*Selain daripada itu,DHA dan AA juga merupakan salah satu jenis lemak yang bagus.sumber makanan yang mengandungi lemak tinggi dengan DHA dan AA penting untuk perkembangan otak bayi  dalam kandungan.untuk memastikan ibu-ibu mendapatkan anak-anak yang cerdik,anda mestilah mendapatkan DHA dan AA yang secukupnya.


*Dengan memastikan pemakanan yang sihat dan seimbang ,ibu-ibu dapat melahirkan anak-anak yang sihat .ini disebabkan apa yang ibu-ibu makan akan terus menjejaskan kandungan mereka.selain daripada itu ,ibu-ibu juga digalakkan untuk menyusukan bayi mereka kerana susu ibu merupakan sumber yang paling penting untuk mendapatkan nutrisi yang baik dan seimbang selain susu formula.

*Cara hidup dan pemakanan yang sihat menyumbang kepada kecerdikkan seseorang kanak-kanak.oleh itu adalah sangat penting bagi ibubapa mereka mempunyai cara hidup dan pemakanan yang sihat .  "YOU ARE WHAT YOU EAT"...
Apa yang ibu makan itulah yang akan membentuk tumbesaran bayi... Jadi nak dapatkan NUtrisi secukupnya boleh ambil Set ibu hamil shaklee... 

Apa yang best set ini?

HB low?
Sering kelesuan/tak bertenaga?
Alami alahan yg teruk?
Stress?
Tidur malam tak selesa?
Selalu kejang/kebas?

Kebaikan:
★mengandungi nutrisi lengkap serta asid folik.
★bantu cergaskan tubuh badan.
★kurangkan risiko kecacatan pd janin.
★redakan alahan.
★kurangkan sakit bersalin.
★kuatkan tulang.
★perbaiki kekejangan/kebas.
★ringankan stress.
★tidur malam lebih selesa.
★bantu perkembangan otak bayi.

Set ini amat menjimatkan... kenapa?
sebab boleh di sambung lagi pengambilannya ketika berpantang,, boleh di ambil sejurus selepas bersalin tidak kira bayi anda kuning,anda bersalin normal atau cazer... 

testimoni 1

testimoni 2

Sebab itu orang panggil set kehamilan shaklee paling TIP TOPPP!!!...

amat menjimatkan!!! tahan berbulan-bulan tau...


✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸

***✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 012-9773915 SEKARANG JUGA!!!
=========================================

 boleh juga PM/inbox sy.. Add fb saya:Ain naina

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan

✔ Terbukti Berkesan

Jemput Like Page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga best!!!

Boleh juGA emelkan kepada:ainnaina1@gmail.com


**segala testimoni/penulisan tentang produk yang di kongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendignos apa jua penyakit**

Monday, 12 May 2014

TIPS UNTUK IBU HAMIL YANG MENGALAMI MABUK/LOYA

Assalammualaikum...alhamdulillah dengar khabar semalam pelakon muda liyana jasmay selamat melahirkan bayi perempuan,,,tahniah untuk mereka berdua !!!! 

Buat mommy's  yang sedang mengalami alahan atau mabuk semasa hamil ni boleh amalkan tips di bawah ini ye>>>

Ramai doktor menganggap mabuk kehamilan adalah keadaan yang tidak serius. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kadang-kala mereka menganggar kurang kesannya ke atas wanita hamil. Kajian telah menunjukkan bahawa sesetengah wanita merasakan loya adalah lebih teruk daripada muntah, sebab jika anda muntah, anda akan berasa lega buat sementara. 



Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda. Anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrient. Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk atau dimasukkan ke hospital untuk hiperemesis. 

Jika anda sedang mempertimbangkan kehamilan lagi dan anda menderita teruk sebelum ini, rawatan awal boleh membantu mengelakkannya dari berlaku lagi.

TIPS UNTUK MENGURANGKAN LOYA/MABUK~~>>

Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh: 

~Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya.

~ Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

~Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

~Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.

~Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

~Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.



~Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil. SUMBER.

Alhamdulillah sejak dari hamil ainul 2 tahun lepas..sy hanya amalkan set ibu hamil shaklee sebab shaklee adalah semulajadi,bukan sintetik ye,,,, amat2 membantu ketika alami alahan yang teruk... 

TESTIMONI KLIK SINI ;-)

Apakah kelebihan Set Kehamilan Shaklee untuk Ibu Mengandung?
------------

~~>> Vitalea - Multivitamin yang hebat, membantu meningkatkan Hb darah ibu. 
Hilang selera makan semasa mengandung boleh menyebabkan Hb ibu menjadi rendah.

~~>> B-Complex - Nutrien perlu bagi ibu mengandung, malah dikira wajib bagi perkembangan bayi.

~~>> Ostematrix - Penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi, ia juga membekalkan kalsium pada ibu kerana banyak kalsium ibu telah diserap oleh bayi.

~~>> Vitamin C - Meningkatkan sistem imun ibu dan mengelakkan ibu mudah jatuh sakit kerana sistem imun terpaksa menampung untuk dua orang.

~~>> Omega Guard - Penting untuk perkembangan otak bayi dan membentuk tumbesaran bayi yang cergas dan bijak.

~~>> ESP - Membekalkan protein dan tenaga untuk ibu mengandung, apa lagi ibu mengandung yang bekerja, pasti selalu letih dan lesu kan.


***✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 012-9773915 SEKARANG JUGA!!!

Berminat boleh pm/add fb :AIN NAINA boleh terus chat dengan sy...setiap pembelian dari mamasihatbabyceria akan mendapat konsulltasi percuma dan penghantaran segera hari bekerja.

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga menarikkkk..

emelkan kepada:ainnaina1@gmail.com.

*segala testi/penulisan tentang produk yang di kongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*

Tuesday, 4 February 2014

TAHNIAH APEX KHAIRUL FAHMI DAN LEUNIEY ATAS KELAHIRAN CAHAYA MATA ~~~~

Assalammualaikum...alhamdulillhah  Tahniah diucapkan kepada pasangan Apex dan Leuniey Natasha yang baru sahaja menyambut kelahiran sulung bayi girl mereka pada jam 2.55 petang semalam (3/2/2014)  dengan berat 2.75kg.





Menerusi perkembangan terkini juga, difahamkan Leuniey dan baby girlnya kini telah pun dibenarkan pulang kerumah. Semoga rumahtangga Apex dan isteri akan bertambah ceria dan meriah setelah diserikan dengan kehadiran baby K ini.


Alhamdulillah tahniah sekali lagi buat pemain bola sepak khairul fahmi che mat dan leuniey...

buat anda yang masih tidak tahu,leuniey juga mengamalkan vitamin shaklee semasa hamil,berpantang dan untuk kurus nanti !!!!!



Antara supplement yang di ambil leuniey adalah~~~~~~

Vitalea iron formula~Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

Vitamin C sustained ~~Vitamin C merupakan vitamin larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran. Badan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Jika berlebihan di dalam badan pula, vitamin C akan disalurkan keluar melalui urin. Kita memerlukan bekalan vitamin C secara berterusan di dalam badan. Pengambilan vitamin C secara berterusan membantu mencegah jangkitan dan selesema. 

Vitamin B complex~~ antara fungsinya  ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein, Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Ostematrik ~~ Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

OMega guard~~ 

DHA atau nama saintifiknya, Docosahexaenoic, adalah sejenis asid lemak omega-3 poli tak tepu yang berantai panjang, dijumpai dalam setiap sel dalam badan. DHA adalah penting untuk perkembangan dan kefungsian otak, mata dan sistem saraf pusat. Semasa mengandung, janin yang sedang membesar bergantung kepada ibunya untuk mendapat DHA yang diperlukan. Ini kerana DHA diperolehi daripada makanan yang dimakan, maka kandungan DHA dalam diet seseorang ibu menentukan sebanyak mana DHA yang dapat disalurkan kepada janin.

Alfalfa~~♥ Membantu memperbanyakkan susu ibu dan telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai penambah susu dinegara barat
♥ Dengan pengambilan alfalfa yang konsisten berserta minum air yang cukup, breast akan cepat rasa penuh dan berat.

Lecithin~~ - memecahkan lemak dan kolesterol dalam badan. Ini yang bestnya, bila makan je, mana-mana lemak yang tidak diingini akan dibuang oleh lecihtin ni. Macam penyerap lemak gitu, dan best nya, ia menghalang lemak baru untuk melekat semula pada badan. Terutama tang perut yang menyimpan lemak tu, kalau anda nampak terserlah buncitnya, memang sangat sesuai ambil lecitin ni.

Zinz complex~~  Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat kpd makanan tersebut.
* Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Memabntu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

Berminat jugak nak dapatkan set bersalin,set penyusuan,set slimming,set kehamilan,set kesuburan,set kecantikkan,set kesihatan???

jangan segan pm atau sms/whatsapp sy 0129773915..harga boleh di runding dan terbaik untuk custemer sy ;-)

pm/add fb:Ain naina boleh chat terus dengan sy atau dapatkan sendiri dari branch shaklee terdekat dengan menggunakan ID 874853 sy noraini harun...

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga best!!!!

emelkan kepada:ainnaina1@gmail.com....


*segala testi/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~