Pages

Showing posts with label KELUARGA SAKINAH. Show all posts
Showing posts with label KELUARGA SAKINAH. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

TIPS MENDIDIK ANAK MENGIKUT CARA RASULALLAH SAW

Assalammualaikum semua ....buat ibubapa yang bakal menimang cahaya mata sy ucapkan tahniah...semoga dapat menjadi ibubapa yang cemerlang....bercakap soal cemerlang ni sebenarnya "hasil" tuaian dari didikan kita.....hmmmm mcmna nak didik anak bagi cemerlang??
ye pendidikan sejak dari hamil lagi sangat penting untuk membentuk peribadi yang sempurna....ok sy nak kongsi tips dan cara mendidik anak mengikut cara junjungan besar kita NABI MUHAMMAD SAW...

4 tahap mendidik anak cara rasulullah saw
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tahap pertama:
( 0-6 tahun)
~sayangi dengan sepenuh hati
~belai dengan penuh kasih sayang
~ajak bermain dan bergurau

tahap ke dua:
(7-14 tahun)
~didik dengan kasih sayang TAPI tegas dengan arahan
~displin&beri mereka tanggungjawab(cnth basuh kasut sekolah)
~didik tentang solat,puasa dan ibadah yang lain.


sekadar gambar hiasan
mcm ainul juga ni tiap kali mama solat dia buat mcm ni
tahap ke tiga:
(15-21 tahun)
~didik dengan cara berkawan
~tukar pendapat,kongsi cerita
~hormati pendapat,pandangan peribadi mereka asal tidak melanggar syariat.



tahap ke empat
(21 tahun ke atas)
~beri kebebasan bertindak asal tidak melanggar syariat
~ibubapa bertindak sebagai penasihat supaya tindakkan mereka terkawal.

ANAK ADALAH TANGGUNGJAWAB ALLAH PADA KITA,BUKAN HAK MILIK .SAMA2 KITA PELAJARI &PERBAIKAI DIRI DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK KITA. :)

Thursday, 25 April 2013

TIPS MEMBINA KELUARGA BAHAGIA ~KELUARGA SAKINAH KELUARGA DIREDHAI ALLAH~

Assalmmualaikum....alhamdulillah malam ni dapat ugak update blog sebelum balik pergi mengundi hiihh...jom kita mengundi jom hihi jangan lupe tu tanggungjawab kita sebagai pengundi dan semestinya undilah pemimpin yang beriman dan yang adil....kali ni sy nak share tips 8 "P" keluarga bahagia....
1~p yang pertama ialah "puji" iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakkan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan( ehemm ehem jadi para suami rajin-rajinlah tolong isteri dkt dapur kalu nak isteri puji)

2~p kedua peluk ialah yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.(orang kata kalau isteri selalu peluk isteri umur suami jadi panjangggg hihi yela mesti lah panjang sebab happy sokmo :)

3~p ketiga ialah penghargaan di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4~p keempat ialah perhatian yang mesti di ambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa di abaikan.

5~p kelima mewakili persefahaman kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6~p keenam membawa maksu pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing2 dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas,menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7~p ketujuh adalah percutian di mana seseorang itu perlu merancang berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukkan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8~p yang terakhir ialah permohonan iaitu doa kepada allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokkan dunia.

Ustazah siti nur bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-imran ayar ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah yang sama.

beliau berkata kunci kebahagian rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkkan diri dengan Allah.katanya apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama,dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"ketika kita jauh daripada Allah ,iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga"katanya.

oleh sebab itu jom kita sama-sama mendekatkan diri pada Allah swt kerana segala sumber kebahagian,kedamaian dan kesejahteraan hanya akan diperolehi daripadaNYA....









Tuesday, 22 January 2013

BERHATI-HATI JIKA BERLAKU PENDARAHAN SEMASA HAMIL

assalammulaikum,,,,
selamat malam semua mommy's kt luar harap dalam keadaan sihat selalu,,,bagi yang ingin maklumat kesihatan ibu hamil atau ibu berpantang boleh terus follow blog sy ye  ;).
malam ni nak cerita tentang jika berlaku pendarahn semasa hamil dan apa panduan yang perlu dilakukan,,,,

pendarahan ketika hamil pasti menimbul perasaan bimbang bagi wanita yang baru pertama kali mengalaminya.ada ketikanya juga ia mengundang perasaan panik.bimbang ia akan menjejaskan keselamatan janin dalam kandungan.bagaimana pun ,bukan semua pendarahan yang di alami semasa trimester pertama mengundang bahaya kepada kehamilan anda.

namun bakal ibu perlu lebih berhati-hati sekiranya pendarahan berlaku pada trimester kedua atau ke 3.kira-kira 20-30 peratus wanita hamil akan mengalami pendarahan semasa hamil dan kira-kira 70-80 peratus daripadanya boleh menjalani kehamilan yang selamat sehingga waktu bersalin.manakala,cuma tiga peratus shj yang akan mengalami keguguran akibat pendarahan yang di alami.
 terdapat beberapa punca yang menyebabkan pendarahan berlaku kepada wanita hamil semasa kehamilannya mencecah usia trimester kedua dan ketiga.

antaranya adalah:
uri di bawah (plasentaprevia) iaitu kedudukan uri yang menghalang laluan kelahiran.sekitar 70 peratus wanita hamil mengalami pendarahan dari vagina tanpa disertakan rasa sakit atau pedih.manakala 20 peratus lagi mengakui mengalami kekejangan pada bahagian perut dan selebihnya mengalaminya secara tiba-tiba tanpa disertakan tanda pendarahan.

uri terlepas juga boleh menjadi punca pendarahan.kira-kira 80 peratus wanita hamil yang berhadapan dengan situasi ini akan mengalami pendarahan berwarna merah gelap.manakala 20 peratus lagi wanita hamil akan mengalaminya tanpa tanda pendarahan.

uri di bawah


rahim terkoyak .tanda yang dialami oleh wanita adalah pedih perut yang berterusan,pendarahan pada vagina sedikit demi sedikit dan diikuti dengan pendarahan yang besar.rata-rata berlaku pada bekas luka pembedahan.

 tanda berlakunya kelahiran pramatang.biasanya pendarahan yang berlaku adalah beberapa minggu sebelum sebelum hari kelahiran yang ditetapkan oleh doktor.tandanya boleh dilihat menerusi kesan darah yang keluar dengan lendir yang pekat.

 jangkitan kuman pada saluran air kencing juga boleh menyebabkan pendarahan berlaku dengan keluarnya darah berwarna merah muda.biasanya diikuti dengan tanda gatal-gatal di kawasan tersebut.
 pelebaran pembuluh darah di vagina boleh juga terjadi. ia ditandai dengan gejala pendarahan.


jenis-jenis pendarahan
~~~~~~~~~~~~~~~~~

pada kehamilan di trimester pertama terdapat 4 jenis pendarahan yang biasa berlaku.

~Abortusiminiens iaitu pendarahan pada rahim yang menyebabkan keluarnya sedikit darah.biasanya janin masih selamat dan selesa.

~Abortusinsipiens adalah pendarahan yang lebih banyak diikuti dengan keadaan memulas di bahagian perut.janin masih selamat namun berlaku bukaan rahim.

kehamilan luar rahim


~Abortusin komplet ialah pendarahan yang amat banyak .boleh menyebabkan keguguran walaupun masih ada sisa yang tertinggal di rahim.
 hamil ektopik yang juga disebut sebagai kehamilan luar rahim.95 peratus daripada kes yang dikesan janin menempel pada tiub falopio.


kaedah pencegahan
~~~~~~~~~~~~~~~

 sehingga ke hari ini belum ada lagi kaedah berkesan dan efektif untuk mencegah pendarahan.bagaimanapun,wanita hamil yang mengalami pendarahan perlu mengatasinya dengan cara berikut::::

~bertenang dan tidak panik .pastikan diri tidak terus tertekan dengan pendarahan yang di alami.

~berbaring dengan posisi kaki lebih tinggi daripada bahu.

~berehat sehingga pendarahan berkurangan.

~berhenti dari melakukan aktiviti berat seperti mengangkat bebanan.
hubungi doktor apabila darah keluar dengan begitu banyak agar segera dirawat.

~elakkan dari melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.


*ketahui warna darah yang keluar dari vagina untuk memastikan apakah ia mengundang tanda bahaya atau sebaliknya.dalami ilmu berkaitan kehamilan dengan banyakkan membaca .cara itu bakal ibu boleh mengatasi masalah yang dihadapi dengan tenang.*


~ketahui bagaimana ibu hamil mahu kekal cergas?klik sini.

~ketahui apa senarai keperluan wanita hamil?klik sini.


ingin dapatkan maklumat lanjut sila:

pm/add fb sy :Ain naina.

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi lagi.

no telefon:0129773915.

Saturday, 12 January 2013

HADIAH TANPA BAJET ERATKAN CINTA SUAMI &ISTERI~~

Ada 9 hadiah yang akan membuat pasangan gembira,,,"hadiahnya" tersangat indah,,,,
hadiah ini merupakan tanda cinta pasangan tersebut,,jom kita amalkan ,,,,,

~hadiah mendengar~
ini merupakan hadiah yang mudah diberi dan diperolehi,berikan shj kepada yang memerluka dan anda pula hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikataknnya.seelok-eloknya jangan mencelah ketika pasangan sedang berbicara ,lebih-lebih lagi jika ia membabitkan hal serius.


~hadiah tanda kasih~
hadiah ini lebih istimewa kerana ia lebih membabitkan sentuhan.secara peribadi sentuhan memainkan peranan penting dalam merapatkan satu-satu hubungan .bagi anda jangan kedekut untuk memberikan pelukkan,ciuman dan ramasan tangan terhadap pasangan anda.



~hadiah sehelai nota~
nota ringkas seperti "saya sayang awak" atau sesuatu 
yang kreatif seperti sebuah puisi.kalau boleh letakkan nota ini ditempat yang tidak disangka oleh pasangan kita seperti dipoket baju ,depan cermin kereta atau dalam kasut.ia adalah cara terbaik untuk menunjukkan kasih sayang anda padanya.


~hadiah ketawa~
hadiah ketawa paling mudah dilakukan namun anda harus pandai membuat pasangan anda ketawa jangan tersilap sehingga dia menganggap seperti lawak bodoh.berikan kepadanya sesuatu yang lucu seperti gambar kartun atau artikel lucu.


~hadiah puji-pujian~
puji-pujian merupakan satu perkara yang sangat senang diberi tetapi jarang dilakukan oleh pasangan.tidak kira suami atau isteri amat sukar memuji pasangannya.tidak biasa alasan yang diberi,cuba praktik sekarang dan ia akan menjadi amalan harian anda.



~hadiah bantuan~
hadiah ini paling disukai oleh isteri terutamanya.bantulah pasangan di rumah jika ada kelapangan.memang mereka tidak meminta tetapi lebih elok hulurkan shj bantuan yang memang sangat diperlukan.



~hadiah bersendirian~
ada ketikanya kita tidak mahu diganggu dan mahu bersendirian.anda perlu peka dengan situasi ini dan biarkan dia bersendirian seketika.jika emosinya tidak bagus,jangan diganggu dan mempertikaikan mengapa dirinya tidak dapat melayan anda.


~hadiah keceriaan~
ia adalah hubungan yang sangat perlu dalam rumah tangga,tanpa keceriaan,perhubungan akan hambar dan tidak ceria.cubalah sentiasa ceria bersama orang yang dikasihi.


~hadiah doa~
anda jiga digalakkan memberi hadiah doa kepada pasangan .tidak kira di mana jua pasangan berada dan doakan agar dia berada dalam kesejahteraan,ini adalah hadiah paling bernilai dan penting dari hadiah lain.


**berikan cinta dan hadiah yang terbaik buat pasangan kita**


maklumat lanjut sila ke page>>MAMA sihat baby ceria


Friday, 11 January 2013

PANDUAN DIDIK ANAK MENJADI SOLEH/SOLEHAH~~


assalammualaikum,,,
kita bertemu lagi pada pagi sabtu ni,,,,moga ibu-ibu ceria di hari minggu sebegini,,,tentu ramai yang ingin meluangkan masa bersama keluarga terutama bersama anak-anak kan?setiap hari bekerja dan hanya hujung minggu sebegini dapat bermesra dengan mereka jadi hargailah setiap detik ini,,,,,

dalam pada kita nak anak yang soleh/solehah ni kita sendiri pun kene soleh/solehah juga ye hihi,,,sy hairan lihat kebanyakkan ibubapa sekarang nak anak jadi "soleh" tetapi ibubapa sendiri tidak dapat menjadi "soleh" lagi,,,oleh itu jom kita sama-sama jadikan diri kita "soleh" dulu baru lah anak-anak akan mencontohi kita kerana mereka merupakan pengikut setia kita,,,,dalam setiap langkah kita mereka memerhatikan,,,,

ok di sini sy nak kongsikan tips panduan dalam mendidik anak,,jom share agar manfaat yang diperolehi sedikit sebanyak dalam usaha membentuk sebuah keluarga yang diredhai allah swt.

1-jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2-jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita,nanti anak jadi bertambah degil dan nakal.

3-rotan/pukul anak ditelapak kakinya,secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsangke bahagian otak.

  sabda rasulullah s.a.w
"berguraulah dengan anak mu kala usianya satu hingga tujuh tahun,berseronok dengan mereka,bergurau hingga naik atas belakang pun tidak apa,jika suka geletek,kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.lepas tujuh tahun hingga 14 tahun kita didik dan ajar anak,kalau salah pukullah dia(sebagai pengajaran)"

4-mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri,(dalam islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5-berikan anak anda pelukkan setiap hari .(kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai IQ lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6-pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengn persekitaran).

7-berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikkan.(berilah pujian,pelukkan,ciuman,hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikkan yang dilakukannya).

8-janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9-apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga ,pilihlah keluarga (seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar,masa itu terus berlalu dan tidak akan kembali).

10-di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak ,janganlah tuan/puan mengeluh.keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11-dengarlah cerita anak anda ,cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajarkan anak anda tentang giliran untuk bercakap).

12-tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13-tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .mereka akan menirunya.

14-buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.keunikkan akan membuatkan anak anda belajar menghargai.(anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15-kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan kali pertama belajar.mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih dairpada sekali.


16-luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,peganglah tangan anak-anak anda apabila berjalan dengan mereka.mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17-dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18-hargailah permainan kesayangan anak anda.mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19-janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20-terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.

21-janganlah selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22-anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.bagaimanapun dengarilah mereka ,dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah terasa sunyi,anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.




"ANAK -ANAK IBARAT KAIN PUTIH.IBUBAPA LAH YANG MENCORAKKNNYA MENJADI YAHUDI,NASRANI ATAU MAJUSI"

~ketahui 8 tips didik anak makan secara sihat klik sini...

~anda sudah bergelar atau bakal bergelar ibubapa klik sini


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~