Assalamualaikum... saya terjumpa kata-kata dari salah seorang SID juga... saya suka dengan kata-kata beliau... tidak kira apa pun kita wajib bersyukur atas nikmat yang Allah swt beri..
Tubuh badan semua orang tak sama.
Ada yg tak makan apa2 pun sihat.
Ada yg makan mcm2 utk sihat.
Ada yg ambil suplemen utk kesihatan.
Ada yg ambil suplemen utk penyakit yg dihadapi.
Ada yg kena berubat dgn perubatan moden.
Ada yg sihat dgn perubatan tradisional.
Ada yg sihat dgn petua2 org tua aje (makan itu, minum ini)
Ada yg sihat dgn perubatan alternatif yg lain.
Ada yg berubat dgn macam2 cara utk sihat.
Apa yg penting, BERSYUKUR la kalau Allah bg kita sihat.
Jgn sampai SOMBONG & BONGKAK, kalau kita tak perlukan makanan tambahan/ suplemen, tak perlu perubatan moden dll... kerana semuanya pun drp Allah....
Allah tak suka orang yg sombong.
Pd sy kewujudan mcm2 jenis kaedah menjaga kesihatan & perubatan MENGUNTUNGKAN kita sbg pengguna/ sbg manusia.
Kita ada banyak pilihan selagi tak melanggar apa yg Allah tetapkan.
Showing posts with label BERSYUKURKAH KITA?. Show all posts
Showing posts with label BERSYUKURKAH KITA?. Show all posts
Tuesday, 15 July 2014
Thursday, 15 May 2014
KURANG KASIH SAYANG MENYEBABKAN OTAK KECIL?
ASsalammualaikum!!! selamat berhujung minggu dan bersolat jumaat untuk para bapa ye... oh sebelum terlupa sempena hari guru ini sy ingin ucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru di seluruh dunia...terutamanya ustaz-ustazah sy yang pernah mendidik sy hingga sy menjadi manusia... jasa kalian tidak akan di lupakan.... begitu juga untuk guru-guruku yang banyak membantu sy dalam membina empayar shaklee ni juga terima kasih untuk anda.... hihihi.. sama ada yang terlibat secara lansung ataupun secara tidak langsung... keeps smile alwaysss!!!
hari ini nak tentang otakkk!!! yesss otak anak-anak kita dipengaruhi oleh ibubapa...macamana tu?
Kesan kasih sayang seorang ibu kepada size otak anak berumur 3 tahun (lihat gambar)
Menurut pakar neurologis, perbezaan pada size otak kanak-kanak berkenaan adalah berpunca daripada perbezaan tahap layanan ibu mereka kepada anak itu. Sebelah kiri dilayan dengan kasih sayang mana kala sebelah kanan kurang kasih sayang. Otak kanak-kanak di sebelah kiri jauh lebih besar, kurang memilik tompokan dan kurang kawasan hitam berbanding otak di sebelah kanan.
Kesan kepada masa depan anak-anak:-
1. Kanak-kanak yang memiliki otak sebelah kiri adalah lebih bijak dan berkeupayan untuk berinteraksi dengan lebih baik dengan masyarakat dan memiliki lebih sifat emphati. Manakala kanak disebelah kanan akan cenderung kepada dadah dan jenayah selain kemungkinan gagal memiliki pekerjaan.
2. Apabila kanak-kanak itu tidak memiliki otak yang berkembang sepenuhnya, seperti mana ibu mereka, akan juga memiliki kecenderungan untuk mengabaikan anak-anak mereka sendiri apabila mereka berkeluarga nanti.
3. Umur yang sangat kritikal adalah semasa bayi berumur di bawah 2 tahun. Jika sudah terlepas tempoh ini ia mungkin tidak dapat dibaiki lagi sampai bila-bila.
Dalam Al Quran, ibu sendiri digalakkan menyempurnakan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun.
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu;......." -Al Baqarah : 233.
Jadi jika kita mampu memberi yang terbaik untuk anak-anak kita apa salahnya terus berusaha lagi ...macam contoh soal penyusuan...tentu ada ibu yang berkata "sy tidak ada susu,susu tidak keluar, ada yang bagi alasan sebab kerja jadi tidak sempat kumpul stok susu... semuanya terpulang pada diri kita..jika kita tanamkan azam,cekal tempuh segala dugaan in sha allah kita akan berjaya memberi yang terbaik untuk si manja....
SUMBER...

Posted by
Unknown
Labels:
BERSYUKURKAH KITA?,
INFO ANAK SIHAT,
INFO PENYUSUAN,
OMEGA
Saturday, 16 March 2013
BERSYUKUR KAH KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH
segala syukur dan puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai.
Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya Syaitan, dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.
Setiap bulan pelbagai jenis bil akan menghiasi ruang hidup kita. Bil air, elektrik, insurans, kereta, cukai dan sebagainya. Kenapa perlu membayar bil?
Bil dibayar kerana kita telah mengunakan sumber atau perkhidmatan daripada pihak tertentu. Setiap perkhidmatan yang kita gunakan sudah tentu perlu dibayar.
Pembekal dan pengguna. Kitarannya adalah sama setiap masa.
Namun, sedarkah kita bahawa ada suatu perkhidmatan yang kita guna tanpa sebarang bayaran dari pembekalnya? Perkhidmatan itu ialah nikmat daripada Allah s.w.t. Segala macam nikmat yang diberikan Allah kepada kita, tanpa kita mengeluarkan satu sen pun.
Semuanya percuma. Ya, segala nikmat itu percuma maka sebab itulah kita semua jarang sekali bersyukur.
Cuba kita mengambil jalan untuk menghitung nikmat Allah. Pasti suatu yang mustahil kerana nikmat Allah itu sungguh luas dan tidak terkira banyaknya.
Firman Allah s.w.t :
"Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia tidak akan terhitung." [brahim:34]
Ini adalah antara nikmat Allah s.w.t kepada kita tanpa bayaran. Mari berfikir bersama-sama.
Nikmat Tubuh Badan
1. Mata
2. Telinga
3. Hidung
4. Tangan
5. Otak
6. Perut
7. Kaki dan anggota lain
8. Bernafas
9. Melihat
10. Mendengar
11. Merasa
12. Bau
2. Telinga
3. Hidung
4. Tangan
5. Otak
6. Perut
7. Kaki dan anggota lain
8. Bernafas
9. Melihat
10. Mendengar
11. Merasa
12. Bau
Nikmat Pada Alam Untuk Manusia
1. Haiwan dan tumbuhan untuk makanan
2. Oksigen untuk pernafasan
3. Matahari untuk sumber cahaya
4. Air sebagai minuman
5. Tanah sebagai kediaman dan nikmat yang lainnya
2. Oksigen untuk pernafasan
3. Matahari untuk sumber cahaya
4. Air sebagai minuman
5. Tanah sebagai kediaman dan nikmat yang lainnya
Jadi cuba kita renungkan sebentar, antara nikmat yang disenaraikan di atas, yang mana satu kita keluarkan bayaran kepada Allah s.w.t.?
Tiada suatu pun yang kita bayar. Semuanya diberikan Allah untuk kita secara percuma namun mengapa sedikit sekali kita bersyukur.
Firman Allah s.w.t :
"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." [As-Sajdah:9]
Andai Allah s.w.t mengenakan bayaran di atas setiap nikmat yang diberikan pasti tiada siapa mampu membayarnya, hatta jutawan terkaya di dunia sekalipun. Sifirnya mudah sahaja, andaikan setiap nafas yang disedut dikenakan bayaran RM1.00 atau mungkin lebih rendah, RM0.10.
Dalam satu jam berapa kali anda bernafas? Satu bulan? Satu tahun? Selama hayat? Kajian menunjukkan manusia bernafas 18-30 ribu kali sehari. Itu hanyalah pernafasan.
Andaikan nikmat yang lain juga dibayar dengan kadar yang sama sahaja, kita tidak akan mampu membayarnya.
Allah berfirman dalam surah Yassin :
"Dan mereka memperoleh berbagai manfaat dan minuman darinya. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?" [Yassin:73]
Bayangkan pula jika bil yang Allah keluarkan tidak mampu kita bayar, dan tertunggak seperti bil air atau elektrik. Suatu masa bil amaran akan dikeluarkan untuk pemotongan.
Jika Allah melakukan sedemikian rupa, iaitu dengan memotong atau memberhentikan pemberian nikmat yang kita tidak bayar, bukankah kita pasti dalam ketakutan yang tidak dapat digambarkan?
Allah menggambarkan mereka yang tidak bersyukur adalah orang yang ingkar dan zalim dalam firman-Nya:
"Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."[Ibrahim:34]
Nikmat yang tidak dibayar ini menjadikan kita lupa dan lalai. Bersyukurlah wahai diriku dan sekalian saudaraku.
Sekurang-kurangnya lafazkan ucapan Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) yang dinyatakan dalam al-Quran hampir 21 kali.
Taatlah pada perintah-Nya dan tinggalkanlah apa yang dilarang. Itu adalah tanda syukur kita selain daripada ungkapan Alhamdulillah.
Moga redha Allah sentiasa bersama kita semua, hamba yang alpa lagi penuh noda.
Posted by
Unknown
Labels:
BERSYUKURKAH KITA?
Subscribe to:
Posts (Atom)
RAHSIA WANITA DI SINI~~

.jpg)