Pages

Showing posts with label HOME. Show all posts
Showing posts with label HOME. Show all posts

Wednesday, 9 January 2013

SENTUHAN SEMARAKKAN KASIH IBU~~~

sempena tahun baru ini,pasti yang impiannya anda mahu menjadi ibubapa yang hebat terutama bagi yang baru mendapat cahayamata pertama.sesungguhnya untuk melakukan penjagaan bayi yang baru lahir bukan sesuatu yang mudah kerana badannya masih kecil,kulit yang sensitif,risiko mendapat kolik dan tangisannya yang membuatkan anda cemas...tapi jangan bimbang malam ni sy nak share 6 panduan asas  penjagaan bayi yang mesti anda tahu untuk memastikan bayi anda membesar dengan sihat dan selamat.

1)memegang bayi baru lahir~
menyokong bahu dan kepala bayi.pegang kepala bayi apabila hendak mengangkat atau membaringkannya.jangan menggoncangkan bayi baru lahir walaupun sedang bermain dan menangis.jika terlalu kuat akan mengakibatkan pendarahan dalam otak dan risiko kematian.jika mahu membangunkan bayi ,jangan menggoncangkan badannya.sebaliknya sentuh dengan lembut kaki atau dagunya.

2)sentuhan~
sentuhan adalah aspek penjagaan untuk bayi yang amat penting untuk satu jam pertama dan selepas kelahirannya.sentuhan ini mampu memberi kesan emosi yang menenangkan bayi anda.mulakan sentuhan dengan memegang tangan,mengusap badannya dan kepalanya.biarlah bayi di riba anda atau dalam dakapan anda.kajian mendapati sentuhan secara urutan mampu menolong bayi membesar.dapatkan cara urutan yang betul untuk bayi kerana kulit sensitif dan tulang bayi masih tidak kuat seperti orang dewasa.

3)memakai lampin~
apa jua pilihan sama ada menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden,anda harus pastikan ia sesuai dengan kulit bayi anda.semasa memakai lampin anda perlukan perkara berikut:
-lampin yang bersih
-ubat anti ruam(jika bayi alami ruam)
-bekas berisi air suam
-bebola kapas
-minyak anti kolik(untuk mengelak perut bayi kembung)
-kain bersih untuk mengelap
-jika ruam lampin berlaku,ia biasanya terdapat kesan merah pada bahagian kulit bayi.jadi mandi menggunakan air suam,sapu dengan sedikit krim anti ruam dan sentiasalah menukar lampin bayi anda.

4)memandikan bayi~~
bagi bayi yang baru lahir,cukup memandikan bayi dua kali sehari iaitu pagi dan petang.ketika memandikan bayi pastikan udara bilik tidak terlalu panas atau sejuk.tanggalkan baju dan lampin,kemudian lap muka bayi dan bersihkan hidung dan telinganya.seterusnya basuh kepalanya dengan air bersih.jika perlu gunakan syampu bayi untuk membersihkan kepalanya.gunakan kapas bagi membersihkan bahagian yang berlipat seperti belakang telinga,bawah ketiak,keliling leher,betis,tangan dan kemaluannya.bagi bayi baru lahir yang masih belum tanggal lagi tali pusat,sapukan bahagian itu menggunakan sedikit cecair pembersih alkohol setiap kali menukar lampin atau selepas mandi sehinggalah tali pusat gugur dengan sendirinya.



5)penyusuan dan sendawakan bayi~~
penyusuan susu ibu amat penting untuk bayi membesar dengan sihat.secara umumnya bayi akan menunjukkan reaksi menangis,memasukkan jari dalam mulut atau membuat bising jika lapar.bayi yang baru lahir memerlukan tempoh antara 2 atau 3 jam untuk menyusu.jika menyusu susu ibu ,bayi memerlukan 10 hingga 20 minit untuk setiap kali penyusuan.selepas menyusu bayi perlu disendawakan untuk mengelak mengalami kolik(perut kembung).ini kerana bayi yang menyusu akan membawa bersama udara ke dalam badannya yang membuatkan bayi berasa tidak selesa .jadi selepas penyusuan ,sendawakan bayi anda.terdapat beberapa jenis teknik untuk sendawakan bayi anda:

~pegang bayi dan sandarkan kepala bayi pada bahu anda.sokong bahagian belakangnya sambil mengusap dengan lembut belakangnya.
~dudukkan bayi diriba anda.pegang dada dan kepalanya dengan sebelah tangan.kemudian usap secara lembut belakangnya.
~meniarapkan bayi ke bawah di paha anda dan usapkan bahagian belakangnya.jika bayi masih belum sendawa selepas beberapa minit,cuba teknik ini sehingga 10 sehingga 15 minit.pastikan dia sendawa dan bayi anda akan tidur dengan lena.

6)menidurkan bayi~~
tempoh masa tidur bagi bayi yang baru lahir ialah sehingga 16jam sehari atau lebih.bayi yang baru lahir biasanya akan tidur 3hingga 4 jam dalam satu masa.jika bayi tidak bangun dalam tempoh itu,bangunkan bayi untuk menyusu.ia mengelakkan perut bayi masuk angin.
semasa tidur terutamanya malam ,alihkan posisi kepala bayi iaitu mula ke kanan,kemudian ke kiri dan seterusnya .ia untuk mengelakkan kepala bayi leper sebelah.
 semasa tidur sentiasalah melihatnya keadaannya untuk memastikan bayi tidur dengan selamat.ia juga untuk mengelakkan risiko sindrom kematian mengejut(SIDS).jika bayi baru habis menyusu,masih belum sendawa dan terus tertidur,jangan tinggalkan bayi terus bersendirian.tunggu seketika kerana bayi mungkin berisiko memuntahkan susu kembali.jika perlu tidurkan bayi dalam posisi baring mengiring dengan bantal sedikit tinggi.


*******************************************************************************
      TAHUKAH ANDA????

bayi biasanya akan kehilangan lima hingga tujuh peratus berat badan yang asal beberapa hari selepas dilahirkan.kehilangan berat badan berpunca kehilangan air dan proses penyesuaian bayi terhadap persekitaran yang baru.penambahan berat badan akan bertambah selepas beberapa hari apabila bayi mula menyusu susu ibu.saiz badan bayi lelaki biasanya lebih besar berbanding dengan bayi perempuan.


jangan biarkan bayi menangis terlalu lama.bayi menangis disebabkan oleh lapar,mengantuk,ingin sendawa,memberitahu ada  sesuatu yang tidak kene dengan dirinya seperti bayi merasa sakit atau kerana tidak sihat dan tidak selesa lampin basah juga bayi menangis hanya kerana ingin dipegang,di dukung,di belai atau di beri perhatian.

untuk ketahui maklumat lanjut sila like page ini>>MAMA sihat baby ceria ;)....


selepas bersalin ramai ibu-ibu yang tidak mengambil berat tentang lantai pelvis sila kliksini untuk ketahui cara menjaga lantai pelvis.




kredit by:Ain naina

Sunday, 6 January 2013

TINGGALKAN ISTERI KERANA TERMAKAN BUDI~~

tidak mudah untuk membalas jasa orang setelah termakan budi baik .bak kata pepatah "diluah mati mak,di telan mati bapa".bukan sahaja kasih sayang menjadi korban,adakala nya terpaksa melakukan sesuatu di luar kehendak hati semata-mata tidak mahu dianggap kacang lupakan kulit.

inilah yang dilalui oleh ahmad kamal yang terpaksa menerima sherina ,anak majikannya kerana ingin membalas jasa majikannya yang melihat potensi kamal dalam membina karier hingga mencadangkannya untuk meneruskan pengajian di luar negara.malah dia sanggup menanggung kos keseluruhan kos pengajian.kamal mengakui dia tidak berkemampuan unutk membiayai pengajiannya kerana orang tuanya perlu menanggung 5 lagi adiknya yang masih lagi di bangku sekolah.

sekembalinya ke malaysia setelah 4 tahun bertungkus-lumus membuktikan kecemerlangannya,kamal dinaikkan pangkat menjadi pengurus besar dan menjadi harapan majikannya.di sebalik itu,rupanya majikannya telah merancang untuk menyatukan kamal dengan sherina kerana percaya atas kemampuan kamal menguruskan syarikat jika ditaqdirkan umurnya tidak panjang.

ini kerana dia tidak mahu sherina hidup dalam kesusahan kerana anaknya sudah terbiasa dengan kemewahan.kamal pula dirasakan satu-satunya lelaki yang layak menjadi teman hidup anak tunggalnya itu,walaupun dia tahu kamal telah pun beristeri sejak 3 tahun lalu.tap itu tidak menjadi penghalang untuk dia bermenantukan kamal malah dia membenarkan sherina dimadukan.

segalanya tertulis dalam kehidupan farah ,isteri pertama kamal.menangis air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah taqdir.farah sedar suaminya mempunyai isteri kedua dan bukan calang-calang orangnya,anak majikannya sendiri dan sudah tentu mempunyai banyak keistimewaan berbanding dirinya.farah juga bimbang jika kamal tidak boleh berlaku adil dalam rumah tangga.bagi kamal pula dia tidak mampu menolak perkahwinan yang dianggap sebagai membalas jasa ini.namun harapannya perkahwianan kali kedua ini tidak menjejaskan kasih sayang terhadap isteri pertamanya.
 "sy begitu mengharapkan farah bersabar dan memahami kedudukan sy ketika itu.sy sendiri berasa terseksa kerana berada dalam keadaan terpaksa dan serba salah .tidak ada kata lain yang dapat meyakinkan farah melainkan berjanji untuk berlaku adil kepada kedua-dua isteri"itulah luahan kamal.

 namun janji seorang lelaki bagaikan janji kosong.hari-hari yang dilalui farah bagaikan begitu panjang.sepi dan sedih meruntun hati lantaran kamal melupakan tanggungjawab dan sumpahnya.segala kepayahan dan pengorbanan farah semenjak berkahwin langsung tidak dihargai.

"sy alpa dengan kesibukkan setelah menjadi menantu orang kaya.siang malam sibuk bekerja,menghadiri mesyuarat selain seronok bercampur dengan golongan elit ketika acara makan malam.setiap 2 bulan,kami pasti ke luar negara untuk bercuti.keseronokkan diulit kemewahan membuatkan sy lupa farah sehinggalah satu hari dia menghubungi sy meminta untuk kepastian mengenai rumah tangga kami.farah meminta sy melepaskannya jika sy merasakan kami tidak lagi sesuai hidup bersama.dalam sendu ,dia mengadu akan kehilangan kasih sayang dan perhatian seorang suami.terdiam sy ketika itu.memang sukar untuk sy memberi jawapan kerana memang sy akui sy telah banyak berubah terutama setelah berkahwin.dengan hati yang sedih,sy lepaskan farah.

berhadapan dengan sherina kadang-kadang memenatkan sy kerana dia tidak mahu langsung ditinggalkan sehingga sy tidak berpeluang pulang ke rumah isteri pertama walaupun sy sedar,sy telah brjanji untuk berlaku adil sebelum bernikah"luah kamal lagi.

berbeza dengan farah yang memberi layanan kelas pertama kepada kamal,sherina pula banyak mengharap kepada pembantu rumah untuk menyediakan keperluan rumah tangga.makan minum,pakaian sehinggalah ke bilik tidur semuanya diuruskan oleh pembantu rumah.sy cuba untuk berbincang agar sherina lebih bertimbang rasa,sayangnya dia sering kali mengungkit akan jasa bapanya dan memikirkan risiko jika sy kehilangan kerja.kamal sedar apa yang dikatakan sherina itu benar tetapi dia tidak menduga bahawa perkahwinan dengan sherina yang dahulu hanya untuk membalas jasa telah meragut keseluruhan kasih sayangnya terhadap farah.
 kini kata-kata farah telah terbukti .kamal begitu menyesal dengan apa yang di alaminya sekarang.sekurang-kurangnya dahulu dia harus berfikir lebih mendalam sebelum membuat keputusan dan bukannya didorong hawa nafsu.kini kamal tidak dapat berpatah lagi kerana semuanya telah terlambat.sherina tetap tidak mahu mengalah sedangkan farah terus terpinggir..

 kamal memikirkan sesuatu untuk mengembalikan kasih sayang dan kepercayaan farah.jika terpaksa mengorbankan jawatan dan kemewahannya,kamal rela dan akhirnya jatuhlah talak satu pada sherina.dia pasti keputusannya itu tepat kerana sherina tidak sesuai dijadikan isteri kerana rumah tangga memerlukan seorang wanita yang boleh menjadi ister dan ibu yang sejati .kualiti itu hanya ada pada farah.....



***hanya kisah benar dari seorang suami yang masih mengharapkan cinta isterinya****



Thursday, 3 January 2013

AMALAN MEMUDAHKAN HAMIL MENURUT ISLAM

assalammualaikum,,,
islam adalah agama yang sangat sempurna,suci dan menjadi fitrah bagi manusia sebab itu agama islam amat menitik beratkan setiap amalan di dalam kehidupan agar umat manusia sentiasa merasa bersyukur atas KURNIAAN ALLAH SWT.begitu juga dalam soal kehamilan,jika sudah puas mencari jalan untuk hamil secara moden jangan sesekali lupa,,,islam juga ada caranya tersendiri.....

ikhtiar dan usaha yang berterusan adalah perlu dan elakkan rasa tertekan.dekatkanlah diri kepada allah swt menerusi amalan-amalan sunat yang akan mengurangkan tekanan dan menguatkan lagi ketaqwaan padanya.perbanyakkan amal kebajikan seperti sedekah dan puasa sunat semoga dengan cara ini hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan.

 terdapat amalan-amalan yang berlandaskan islam yang boleh di amalkan sebagai salah satu usaha supaya mudah hamil.lakukan rutin harian yang dinyatakan di bawah secara konsisten dan dengan penuh harapan agar dimakbulkan oleh allah swt dan dikurniakan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada allah insyaallah...

SELEPAS TERBIT FAJAR ATAU SESUDAH SOLAT SUBUH
===========================================

~baca bismillah
~berselawat kepada nabi muhammad saw sebanyak tiga kali.
~kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali.
~dalam sujud tersebut mohonlah kepada allah swt akan apa yang dihajati(ya allah kurniakanlah kepada hambaMU ini zuriat atau anak soleh yang engkau berkati di dunia dan akhirat).
~selepas lafaz doa,tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
~selain itu amalkan membaca "ya mutakabbir"(allah yang maha memiliki keagungan) sebanyak 11 kali bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin.
~manakala isteri pula hendaklah membaca "ya awwal"(yang tiada permulaan adaNYA)sebanyak 333 kali setiap hari.
~isteri juga hendaklah membaca setiap hari "ya zaljalaaliwal ikram"(wahai yang memiliki kebesaran dan kemuliaan) sebanyak 11 kali dan tiup di dalam air kemudian air tersebut perlulah diminum.

amalan yang dilakukan secara berterusan selagi usaha belum menunjukkan hasil.janganlah berputus asa kerana sesungguhnya allah swt amat memurkai orang yang mudah berputus asa.semoga usaha yang dilakukan akan membuahkan kejayaan dan dikurniakan anak soleh yang membuka pintu syurga kepada ibubapanya...insyaallah.


HOT POS~~~

~~punca ketidaksuburan klik sini~~
~~vitamin terbaik untuk sakit sendi klik sini~~

Monday, 31 December 2012

JADILAH SUAMI YANG PENYAYANG



Saturday, 29 December 2012

TIPS BERIBADAH SAMBIL BEKERJA

ramai yang leka bekerja sehingga lupa akan tuntutan terhadap agama.ada yang terlalu mengejar kehendak pelanggan hinggakan terlepas untuk menunaikan solat fardhu hingga tanpa disedari kita sudah menjadi hamba duit atau hamba kepada dunia!!!! nauzubillah min zalikk.
orang cerdik pandai ada menyebut letakkan dunia di tangan jangan di hati.ini kerana apabila dunia berada di tangan ia senang untuk dikendalikan tetapi apabila letakkan dunia dihati ia akan dicintai dan dunia yang akan mengawal kehidupan manusia.
 jadi tidak mustahillah kita akan bekerja bermati-matian hingga lupa mati  boleh datang pada bila-bila masa.jadi di sini ada beberapa tips untuk kita bekerja tanpa meninggalkan tuntutan agama.

~~MEMASANG NIAT YANG BETUL~~
pasangkan niat keluar bekerja kerana mencari rezki untuk diri sendiri,keluarga dan juga keluar bekerja kerana ALLAH SWT .jika memasang niat yang betul,hati akan menjadi tenang sepanjang melakukan kerja dan kerja-kerja yang dilakukan dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada rasa tekanan atau pun dengan fikiran yang berserabut.

~~AMANAH KETIKA BEKERJA~~
amanah juga merangkumi jujur terhadap waktu bekerja.seandainya anda sering terdedah dengan waktu kerja di luar elakkan "mencuri" waktu  itu untuk kepentingan peribadi.

~~SENTIASA BEKZIKIR DALAM HATI~~
ketika tangan sibuk mengetuk papan kekunci komputer menyiapkan kerja,tidak salah andai hati dan lidah dibasahkan dengan zikir kepada ALLAH SWT .perkara ini tidak susah untuk dilakukan tetapi ia perlu dibiasakan.





~~JANGAN LENGAHKAN SOLAT FARDHU!~~
solat fardhu adalah tuntutan kepada setiap orang yang beragama islam dan ia juga adalah tiang agama.dalam kesibukkan bekerja ada yang terlepas waktu menunaikan solat dan dek kerana kesibukkan masa solat berlalu begitu saja.jadi kita tidak boleh menunggu hingga selesai semua kerja untuk menunaikan solat kerana kerja itu tidak pernah akan selesai.jadi kita perlu sediakan sekian-sekian waktu adalah untuk menunaikan solat.jangan hanya fikirkan untuk melangsaikan tanggungjawab kepada majikan kerana ALLAH SWT adalah MAJIKAN  kepada seluruh umat manusia.

~~GUNAKAN GAJI ATAU UPAH KE JALAN YANG BETUL~~
belanjakan gaji atau upah yang diterima dengan cara yang sebaik mungkin .manfaatkan pendapatan itu untuk menyara keluarga dan diri sendiri tanpa membazir kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.salurkan sedikit gaji itu untuk ibu bapa dan membayar zakat untuk mendapat lebih keberkatan dan sentiasa berasa tenang dengan wang yang ada.


kredit by ainnaina 

Friday, 28 December 2012

PESANAN LUKMAN HAKIM KEPADA ANAKNYA~~


kita sebagai ibubapa harus mencontohi lukman al-hakim dalam soal mendidik anak-anak,,,,jom kita kongsi kali ini 10 nasihat lukman-alhakim kepada anaknya:

1)hai anakku :ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan dalam yang dalam .banyak manusia yang karam di dalamnya.apabila engkau inginkan selamat ,agar jangan karam layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAQWA isinya ialah IMANdan layarnya ialah TAWAKKAL kepada ALLAH.


2)orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari allah.orang yang insaf dan sedar setelah menerima orang lain,dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari allah juga.

3)hai anakku! orang yang berasa dirinya hina dan rendah dalam beribadat dan taat kpd allah,maka dia tawaduk kepadaNYA,dia akan lebih dekat kpd allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kpd-NYA.

4)jauhkanlah dirimu dari berhutang,kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

5)dan selalulah berharap pada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai allah.takutlah kepada allah dengan SEBENAR-BENAR takut.tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa terhadapNYA.

6)jauhilah bersifat dusta,sebab berdusta itu mudah sekali mengerjakannya,bagaikan memakan daging burung padahal sedikit shj berdusta telah memberikan akibat yang berbahaya.

7)janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu ,alangkah lebih baiknya makanan itu diberikan kepada anjing shj.

8)hai anakku! bukanlah suatu kebaikkan namanya bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak pernah mengamalkannya.hal itu tak ubahnya bagaikan seorang yang mencari kayu bakar,setelah banyak terkumpul maka ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih menambahnya.

9)apabila engkau menemukan kawan sejati maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusahah menginsafkan atau menyedarkan kamu,maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan.bila tidak demikian,maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

10)selalu baiklah tutur kata mu dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu,kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

semoga anak-anak kita mampu mencontohi akhlak di atas amin,,,,,,,,,,,


~~~HOT POSTSSS~~~
~~apa itu vitamin cinta? klik sini
~~nak tahu cara buat air selusuh? klik sini

Thursday, 27 December 2012

PEMAKANAN PERSEDIAAN HAMIL~~~~~

amalan pemakanan sebelum hamil amat penting untuk dititik beratkan .tidak kira sama ada si isteri atau si suami..pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat.jom kita ceklist  tips buat bakal ayah dan ibu ni,,,,,

1)perbaiki gaya pemakanan!
anda dan suamin perlu memperbaiki diet dengan merancang pemakanan.seelok-eloknya makanan itu kurang lemak tetapi banyak serat.amalkan setiap memakan beberapa hidangan buah-buahan ,sayuran,bijiran dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu,yogutr dan keju.kekurangan nutrient dalam tubuh boleh mempengaruhi kitaran haid.dalam pada itu sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin c dan E,zink dan asid folik penting untuk membentuk sperma yang sihat.

2)ambil supplement tambahan!!!
biarpun beranggapan diri telah mendapat zat pemakanan mencukupi menerusi diet yang seimbang,anda tetap disarankan untuk mengambil vitamin tambahan.dengan cara ini ia dapat memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan.

3)makan asid folik!!!
nutrient ini terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida.ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung,kanser dan kencing manis.asid folik merupakan vitamin larut air .jadi tubuh anda akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan.jika memasak sayuran yang kaya dengan asid folik anda perlu menggunakan hanya sedikit air bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air.

4)dapatkan berat badan ideal!!
mengurangkan sedikit berat badan bagi yang bersaiz besar atau menambahkan sedikit berat badan jika anda terlalu kurus sangat penting.ia perlu dilakukan agar kandungan anda nanti tidak bermasalah.golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi komplikasi kehamilan,manakala bagi yang terlalu kurus pula dikhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup bulan atau kelahiran pramatang.

5)hindari tabiat buruk!!!
tinggalkan tabiat meminum alkohol,pengambilan dadah dan ubatan melainkan atas nasihat doktor.kurangkan juga pengambilan minuman berkafein.jauhi drpd rokok atau golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak.

6)pemakanan isteri!!
kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur.jadi ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan:

~ASID FOLIK ia boleh diperolehi drpd sayuran berdaun hijau,buahan sitrus,kekacang,bijiran,beras perang,ayam,telur,susu,keju ,daging kambing,daging lembu .

~ZAT BESI DAN PROTIEN sayur bayam sangat kaya dengan zat besi .manakala protein anda boleh mengambilnya drpd makanan tenusu ,telur dan soya.

~MAKANAN LAIN antara makanan yang dipercayai mampu menggalakkan kesuburan wanita ialah tauge,kacang dal dan kacang botol.

~DIET SUAMI MAKANAN MENGANDUNGI ZINK fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat.zink dapat membantu meningkatkan paras testosteron dan jumlah semen lelaki.jumlah keperluan harian adalah 11mg.contoh makanan yang mengandungi zink ialah strawberi ,kekacang ,makanan laut ,daging merah dan tiram.selain itu terdapat juga vitamin -vitamin yang mengandungi zink.antaranya asid amino,vitamin A,vitamin B6,vitamin B12,vitamin C,vitamin E dan folate.jika suami mengambil supplement zink elakkan dari memakannya serantak bersama kalsium atau susu,ini kerana kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh.

~BETIK ia mengandungi vitamin C ,jadi ia baik untuk meningkatkan kualiti sperma.adalah baik untuk mengamalkan vitamin c untuk pengeluaran sprema yang sihat.

~KOPI ia dipercayai meningkatkan keaktifan sperma.namun jangan mengambilanya secara berlebihan.

***********PERLU DIELAKKAN ***********

~kafein satu kajian di amerika mendapati pengambilan kafien lebih drpd tiga cawan kopi sehari akan mengurangkan peluang kehamilan .

~alkohol cuba elakkan drpd mengambil alkohol untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba hamil.di pihak suami mengambilnya berlebihan akan menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron.(jika anda beragama islam anda adalah dilarang keras dan haram untuk menyentuh arak!!!!)

~rokok perokok selalu dikaitkan dengan kemandulan .satu kajian finland mendapati bahawa 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul!!!!.malah lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila ejakulasi .

~ikan mengandungi merkuri terdapat beberapa jenis ikan mempunyai kandungan yang tinggi.merkuri boleh berkumpul di dalam tubuh dan boleh memudaratkan bayi yang bakal dikandung .elakkan memakan ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi seperti jerung,todak dan mekeral semasa cuba hamil.

~makanan tertentu daging yang diproses(daging dalam tin,rendang segera,daging salai),shushi mentah dan produk tenusu tidak dipasteur(keju lembut)harus di elakkan .ia berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yang mengakibatkan listeriosis.jangkitan ini boleh menyebabkan keguguran dan kelahiran bayi pramatang.


~~vitamin buat suami klik sini
~~vitamin buat isteri klik sini
~~nak slim dan sihat klik sini











Sunday, 23 December 2012

HATI-HATI JIKA PERUT BUNCIT~~~~~


berdiri di depan cermin ,selain wajah yang menjadi tatapan.pasti bahagian perut turut diperhatikan.mana tidaknya lemak-lemak terbonjol ke hadapan mengalahkan wanita mengandung pulak.jika anda memang risau dengan keadaan tersebut,memang patut anda beri perhatian sewajarnya.

ini kerana sebuah kajian terbaru mendapati bahawa mereka yang berperut buncit serta mempunyai lemak berlebihan di bahahgian sekeliling pinggang mempunyai risiko dua kali ganda untuk mati di usia yang muda!!!!

kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan new england ini telah dilakukan terhadap 350 ribu orang  di seluruh eropah.di dalam kajian tersebut mengatakan bahawa lebihan lemak di bahagian perut akan menjejaskan kesihatan walaupun anda mempunyai berat badan normal serta tidak diketegorikan sebagai gemuk.

menurut DR.tobias pischon ketua kajian dari insitut pemakanan manusia jerman,risiko mati ketika di usia muda bukan hanya berpunca drpd kegemukkan shj tetapi juga melibatkan masalah pengedaran lemak di dalam tubuh badan.lemak di bahagian perut bukan shj menyimpan tenaga tetapi merangsang hormon cytokines yang menyumbang kpd serangan penyakit kronik.!!!! takut nyerrr!!!!!

TIPS UNTUK BUNCITKAN PERUT
*makan semangkuk buah-buahan setia hari.serat dan vitamin yang terkandung di dalamnya boleh membantu memperbaiki sel kulit serta melancarkan sistem perkumuhan.

*banyakkan minum air putih untuk melancarkan sistem metabolisme tubuh.

*elakkan minuman beralkohol.

*lakukan kerja-kerja rumah sendiri agar dapat mengeluarkan peluh,dengan melakukan kerja-kerja rumah ,sekurang-kurangnya sebanyak 350 kalori anda akan terbakar.

*latih otot tubuh anda dengan baik,caranya amalkan duduk dengan tegak agar dapat memperbaiki postur tubuh anda.

*amalkan senaman latih tubi di rumah setiap hari!!!!!!


disamping itu shaklee juga menyediakan set slimming untuk mengatasi masalah di atas,,,,,
set terdiri drpd:
*herb-lax
*lecithin
*alfalfa

fungsi ketiga-tiga set tersebut adalah:
*herb-lax -mengandungi daun senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus,jiga sesuai untuk masalah perkumuhan kerana ia bertidak sebagai detox.......sesuai untuk orang yang ada buasir.set ini tidak sesuai untuk ibu menyusu yerr,,,.

*lecithin-untuk mengelakkkan lemak jahat terkumpul di dalam saluran darah atau mana-mana bahagian tubuh kita.lawannya adalah lemak baik,lecithin adalah jenis lemak yang menghalang lemak di dalam makanan dengan menguraikannya atau memecahkan lemak yang tersembunyi!!!.

*alfalfa-sifatnya yang kaya dengan multivitamin membantu untuk badan yang tinggi acid menjadi beralkali.alfalfa juga meneutralkan tokxin dalam badan serta memberi lebih banyak protein tanpa lemak tepu.juga bertindak sebagai detox untuk melawaskan pembuangan disamping itu alfalfa juga salah satu milkbooster ibu menyusu.

pendek kata~~~~~
DETOX DENGAN HERB-LAX+PECAH LEMAK DENGAN LECITHIN+ANGKUT BUANG DENGAN ALFALFA!!!=BADAN LEBIH RINGAN,KURUS SIHAT DAN YANG PENTING PERUT BUNCIT BERKURANGAN!!!!!!!!.

jom tengok apa kata testi kite:)

bukan saje berat turun tapi muka makin berseri-seri!!!!! fewittttt!!!


wow mereka sudah berjaya!!! anda bila lagi????

jom order,,,,,
senang jer,,,,

harga???tentu best price!!!!!

pm fb sy :ain naina jom kita chatting!!!
like fanepage sy untuk informasi hebat dan terkini:mama collection.

emelkan kpd: ainnaina1@gmail.com

sms@cal:0129773915

bank in kpd noraini harun maybank:162405073935.jika anda telah bank in maklumkan sy untuk proses penghantaran .

NO ID 874853: bagi sesiapa yang ingan walk in sendiri ke branch shaklee terdekat anda boleh guna no id sy untuk dapatkan harga istimewa..sila maklumkan sy jika anda telah membeli guna id sy kerana anda layak untuk mendapatkan konsultasi dan cara pemakanan drpd sy :)...


*segala testi/penulisan tentang produk yang di kongsi disini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit.setiap orang akan mendapat kesan berbeza dari hasil penggunaan produk ini*

Wednesday, 19 December 2012

ASMA KETIKA HAMIL

asma sewaktu hamil boleh menjadi serius jika tidak dikawal.lebih menakutkan apabila bayi dalam kandungan turut terkena tempiasnya.asma akan memberi kesan kepada satu hingga empat peratus wanita hamil.secara umumnya lebih kurang 1/3 wanita yang mempunyai asma,merasakan penyakit yang dihidapi menjadi semakin baik ketika hamil.

  kira-kira 1/3 lagi menjadi semakin teruk manakala 1/3 selebihnya tidak mengalami sebarang perubahan.
*maklumat menarik untuk anda ketahui ialah asma biasanya menjadi teruk di antara trimester kedua dan ketiga.,kemudian menjadi bertambah baik beberapa minggu sebelum melahirkan.*
 oleh itu,wanita yang sememangnya menghidap asma perlu mengawal penyakit itu terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk hamil.hal ini dikhuatiri wanita tersebut akan mengalami asma yang lebih teruk setelah sah mengandung.masalah ini biasanya berlaku disebabkan oleh sikap wanita itu sendiri yang takut untuk mengambil sebarang jenis ubat asma sepanjang kehamilannya.alasannya mereka bimbang ubat-ubatan tersebut akan memudaratkan bayi dalam kandungan.
 tanpa disedari sikap sebegini sebenarnya menambahkan lagi masalah yang sedia ada.DIINGATKAN!!!sekiranya wanita hamil menghentikan pengambilan ubat tanpa nasihat doctor sewaktu hamil,asma akan lebih memudaratkan berbanding jika mereka mengambil ubat!!!.

KESAN PADA BAYI
asma yang tidak dikawal ketika hamil boleh memberi kesan kepada ibu dan kandungannya .bagi mana-mana wanita yang mengalami asma tahap teruk,mereka berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi sekaligus mendorongnya melalui kelahiran pramatang.
 malah bagi sesetengah wanita yang mengalami alahan mengandung yang teruk,mereka terdedah kpd risiko pendarahan....lebih teruk jika masalah ini berlaku sewaktu proses bersalin.jika paru-parunya tidak berfungsi dgn baik ,proses bersalin mungkin menjadi kurang lancar...NAUZUBILLAH MIN ZALIK.

kadang-kadang apabila oksigen yang sepatutnya diperolehi oleh bayi tidak mencukupi,tumbesarannya boleh terbantut.walaubagaimana pun ,hal ini tidak melibatkan pembesaran otak.
keadaan seperti ini memungkinkan ibu melahirkan bayi dengan kurang berat badan.masalah ini juga boleh menjadi punca kematian bayi.

NASIHAT BUAT IBU HAMIL YANG MENGIDAP ASMA

1)dapatkan kaunseling daripada doktor anda untuk menguruskan asma sebelum hamil.
2)ukur tahap asma.
3)teknik gune inhaler.
4)ambil ubat~secara umumnya ubatan asma adalah selamat digunakan semasa hamil termasuklah ubat steroid.ada juga ubatan yang tidak boleh diambil oleh ibu hamil antaranya prostaglanding F2 alpha dan ergometrine(ubat kecutkan rahim).
5)maklumkan kepada doktor sebelum bersalin  yang anda ada asma.


untuk memberi kelegaan buat  ibu hamil yang menghidap asma shaklee menawarkan set asma buat ibu hamil yang ada asma....

antara set nya adalah:
~omega
~vita-lea
~VITAMIN B COM
~ostematrik

set ini juga amat digalakan diambil oleh ibu2 yang hamil trimester ke2 dan ke3.



nak order??
pm atau add fb sy ain naina jom kita chating !!!
like fanepage sy mama collection untuk dapat info lagi menarik!!!
emelkan kpd ainnaina1@gmail.com &cal sy 0129773915,,,,,,,
bagi sesiapa yang ingin walk in sendiri ke branch shaklee terdekat boleh gune NO ID sy 874853 untuk dapat harga special,,,tapi bagi yang ingin order dengan sy anda juga akan mendapat harga cukup special,,,,,
bank in kepada noraini harun 162405073935 bank maybank.....jika anda telah bank in maklum kan sy melalui no d atas agar percepatkan proses penghantaran.


set bersalin yang tepat klik sini
ketahui teknik yang betul semasa bersalin klik sini



*segala penulisan/testi yang dikongsi disini bukanlah bertujuan untuk merawat,menyembuh,mendiagnos apajua penyakit*





Tuesday, 11 December 2012

AIR KETUBAN KURANG,,BAHAYAKAH?

dari manakah air ketuban diperolehi?

semasa kandungan mencecah minggu ke 14 air ketuban akan disalurkan ke kantung  ketuban melalui sistem edaran.pada awal trimester kedua,bayi anda akan menelan air tersebut dan menyalurkannnya ke buah pinggang lalu membuangnya sebagai air kencing.kemudian bayi akan menelannya semula dan bayi akan mengitar semula air ketuban dalam jumlah yg besar beberapa jam kemudian.

maka bayi memainkan peranan yg penting untuk mengekalkan jumlah air dalam kantung ketuban.ada kalanya sistem ini tergendala yg mana ia menyebabkan jumlah air menjadi berlebihan atau berkurangan.jika keadaan ini berlaku ia boleh mendatangkan masalah.













BERAPAKAH JUMLAH AIR KETUBAN YANG DIPERLUKAN?

dalam keadaan normal jumlah air ketuban semakin bertambah sehingga anda memasuki peringkat awall trimester ketiga .ia akan memenuhi kantung hampir 1/2 pada minggu ke-34 .selepas itu kandungan air ketuban akan berkurangan sehinggalah tarikh bakal ibu dijangka bersalin.
masalah air ketuban yg berkurangan ini dinamakan oligohydramnios.manakala air ketuban yang berlebihan pula dinamakan hydramnios atau polyhydramnios.

TANDA-TANDA KEKURANGAN AIR KETUBAN

doktar yg memeriksa anda boleh mengesan masalah ini melalui ukuran yang di ambil ppd tahap-tahap tertentu kandungan atau bayi tidak kerap bergerak.langkah berjaga-jaga akan di ambil sekiranya anda pernah mengalami masalah tekanan darah tinggi yg kronik,pre eklamsia,kencing manis ataupun usia kandungan melebihi dari tarikh jangkaan bersalin.
selanjutny doktar akan mengarahkan anda melakukan uijan imbasan ultrasound.ukuran air ketuban akan di ambil dari empat bahagian berbeza yg terdapat di dalam rahim.kemudian kesemuaan kiraan tadi akan dijumlahkan untuk mendapatkan indeks air ketuban.ukuran normal bagi trimester ketiga adalah antara 5 dan 25 sentimeter.ukuran di bawah 5 sentimeter di anggap rendah.

PUNCA AIR KETUBAN BERKURANGAN

bukan semua pakar dapat mencari punca mengapa kurang air ketuban ini berlaku.ia biasanya berlaku pada pd penghujung trimester ketiga dari tarikh jangkaan bersalin antara sebab-sebabnya adalah:
~kebocoran atau pecah selaput ketuban.
~kebocoran kecil kecil pada selaput ketuban boleh menyebabkan cecair terkeluar.ia boleh terjadi pd mana-mana tahap kandungan tetapi kekerapannya adalah sewaktu seseorang ibu menghampiri saat melahirkan .mereka akan sedar air ketuban bocor bila mendapati seluar dalam menjadi basah.
~masalah placenta(uri) gangguan pd placenta menyebabkan gangguan bekalan darah dan nutrisi kpd bayi.keadaan itu menyebabkan kitaran air ketuban tidak dapat berlaku seperti biasa.
~keadaan perubatan tertentu seperti tekanan darah tinggi yg kronik,pre aklamsia,kencing manis dan lupus boleh menyebabkan paras air ketuban berkurangan.
~ibu lebih berisiko mengalami masalah kurang air ketuban sekiranya mengandung kembar atau lebih.
~kecacatan janin yakni sekiranya didapati paras air ketuban berkurangan semasa trimester pertama atau kedua.
~buah pinggang bayi tiada atau tidak berkembang dengan baik atau saluran urin terhalang.


penjagaan luka bersalin kilk ye,,

cara buat air selusuh klik ye..



by ain naina

Friday, 7 December 2012

YANG HANGAT !!!!











jom hangatkan kembali hubungan suami&isteri KLIK SINI

tips mudahkan bersalin KLIK SINI

urutan perineum KLIK SINI

anak susah nak makan? KLIK SINI

buat air selusuh KLIK SINI

jatuh cinta KLIK SINI








Friday, 30 November 2012

8 TIPS LAHIRKAN ANAK SOLEH


anak adalah rezeki daripafa allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan.dalam surah as-syura ayat 49 dan 50 allah swt berfirman yg bermaksud "kepunyaan allahlah kerajaan langit dan bumi.DIA menciptakan apa yg ia kehendaki.DIA memberikan anak perempuan kpd siapa yg DIA kehendaki dan memberikan anak lelaki kpd siapa yg ia kehendaki atau DIA menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan(kpd siapa yg ia kehendaki) .dan DIA menjadikan mandul kpd siapa yg ia kehendaki .sesungguhnya DIALAH yg maha mengetahui lagi maha kuasa".




antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak.dengan demikian,terjalinlah hubungan harmoni dalam keluarga ,lahirlah anak yg taat kepada kedua ibubapanya serta terbentuklah watak anak soleh yg dapat membangunkan agama,bangsa dan negara.

1)Rasulullah saw bersabda yg bermaksud "seseorang wanita itu dinikahi kerana 4 perkara :hartanya,kedudukannya,kecantikkannya dan kerana agamanya.pilihlah wanita yg beragama maka engkau akan beruntung" hadis riwayat al-bukhari.

2)hendaklah membaca doa sebelum berjimak agar agar terhindar drpd gangguan syaitan.rasullallah saw telah mengajar kpd kita seperti dalam satu hadis baginda bersabda "sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya ,maka hendaklah ia membaca ~BISMILLAH ALLAHUMMA JANNIBNAS SYAITAN WAJAANNIBNAS SYAITANA MA RAZAKTANA~...maksudnya dengan nama allah ,ya allah jauhkanlah syaitan drpd kami dan jauhkanlah syaitan drpd apa yg engkau rezekikan kpd kami.

3)mengambil berat bayi yg berada dalam kandungan ibunya.perhatian itu sama ada kesihatan bayi yg dikandungnay mahupun sifat2 akan diturunkan drpd ibu kpd anak.

4)seorang ibu hendaklah sedar apa yg dikerjakannya seharian agar tidak melakukan perkara buruk yg akan berpengaruh kpd bayinya nnti.

5)menerima dengan senang hati bayi yg dilahirkan sama ada perempuan atau lelaki.kerana ada dikalangan pasangan yg tidak suka jika lahir anak perempuan.sikap ini adalah sifat jahilliyyah yg perlu dijauhi.begitu juga kadang2 allah swt menguji ayah dan ibu dengan anak yg kurang sempurna seperti bisu,pekak buta.sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada,maka ia tetap berasa senang.namun sekiranya ibubapa tidak senang menerimanya ia boleh membawa kpd perceraian atau pembunuhan pd anak tersebut.

6)beri nama anak yang baik.sesungguhnya anak berhak untuk diberikan nama yg baik dan bagus didengari.nama itulah yg akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak .oleh itu jangan tersalah beri nama.

7)memberikan anak itu rasa aman dan tenteram drpd hal yg menakutkan dan perkara yg boleh merosakkan akidahnya,jangan suka menakutkan dengan mengatakan kpdnya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

8)memberikan pendidikkan agama yg cukup.....menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.






Tuesday, 13 November 2012

KETAHUI TIPS MUDAH PERJALANAN SELESA BAGI IBU HAMIL

PEJALANAN SELAMAT SAAT HAMIL,,,,
wow citu sekolah sudah bermula tentu ramai yg ingin pulang ke kampung masing-masing,,pasti nye suasana di jalan raya penuh sesak,,,,walau apapun selamat pulang dan selamat kembali,,,,buat ibu -ibu hamil yg akan memulakan perjalanan yg jauh ini sy ingin share tips mudah dan menyelesakan bg ibu hamil dlm kereta....

*pastikan anda memakai pakaian hamil ug selesa dan tidak terlalu ketat ketika menaiki kenderaan.

*letakkan kusyen kecil pada tempat duduk atau bahagian belakang anda ketika duduk dikerusi.pilih kedudukan kusyen mengikut keselesaan anda.

*elakkan mengambil minuman atau makanan yg bergas atau berlemak untuk mengelakkan sakit perut ketika sedang dalam kenderaan.

*pastikan anda memakai kasut atau stoking yg selesa sepanjang berada di dalam kenderaan.

*beg plastik bagi wanita hamil yg mengalami alahan atau "morning sicknees" yang teruk.

*buku nota dan pen untuk mencatat keperluan sepanjang kehamilan .lagipun inilah peluang terbaik untuk anda memikirkan apa yg diperlukan ketika berhadapan dengan saat kelahiran.

*pastikan anda minum banyak air puteh untuk mengelakkan hidrasi dan mengurangkan risiko gumpalan darah pada kaki.

*yang penting sekali baca doa naik kereta dan sentiasa berdoa dan membaca ayat2 alquran semoga allah memberkati dan melindungi kita sepanjang perjalanan itu.


PANDUAN JIKA BERHADAPAN KEMALANGAN
==================================
sekiranya anda terlibat kemalangan dalam baik kemalangan kecil sekalipun segera hubungi doktor .ketika itulah pemeriksaan akan dijalankan untuk melihat degupan jantung janin,ia bagi memastikan anda dan janin dalam keadaan selamat.

 sungguhpun anda merasakan yg anda tidak sakit (selepas kemalangan kecil),anda mungkin berhadapan dgn risiko.wanita hamil yg terlibat dalam kemalangan tanpa rekod kecederaan berkemungkinan berhadapan dgn risiko kelahiran bayi pramatang.

 ianya berkemungkinan ,misalnya apabila uri terpisah sebahagian atau sepenuhnya daripda rahim sebelum janin dilahirkan dan ia boleh menyebabkan wanita hamil mengalami kelahiran bayi pramatang.










kredit by;ainnaina and support to breasfeeding everyday

Thursday, 1 November 2012

KEKAL MENAWAN SAAT HAMIL

kali ini sy ingin kongsikan mcmna ibu2,mama2,mami2 yg tgh hamil untuk kekal menawan saat2 ini,,jangan fikir hanya kerana kita hamil dan perut membesar kita tidak boleh kelihatan menawan,,,itu salah malah orang hamil lebih seksi dari orang tak hamil huhuhu,,
ibu2 hamil boleh tampil menawan di sepanjang kehamilannya namun terlebih dahulu ibu2 perlu mengetahui apa yg perlu dilakukan untuk melindungi diri ibu2 drpd pelbagai gangguan yg menghalang kita untuk tampil menawan di sepanjang kehamilan ni,,,,,jom ketahui gangguan tersebut dan cara mengatasinya:

1)chloasma
keadaan ini juga disebut sebagai melisma atau topeng kehamilan.ia merupakan perubahan pigmentasi pd kulit yg berupa noda coklat tua di pipi antara kening dan bibir di bahagian atas.ia terjadi disebabkan perubahan hormon sewaktu hamil yg meningkatkan kadar penghasilan melanin iaitu hormon pemberi warna pd rambut,kulit dan mata.
jangan bimbang kerana masalah ini ada langkah yg boleh di ambil untuk mengurangkannya,,,
perlindungan terhadap cahaya amat penting sekali .hal ini kerana,sinar ultraungu  akan membuatkan keadaan chloasma jd lebih parah,jadi ibu hamil digalakkan memakai krim pelindung matahari dgn SPF 15 atau yg lebih tinggi,sebaik memakai pelembab ,lindunginya dgn concealer yg berwarna senada dan lebih terang dari kulit anda.

penyelesaian jangka panjang 
;chloasma biasanya hilang beberapa bulan setelah bayi dilahirkan ,sementara itu anda perlu menggunakan perawatan wajah yg mengandungi bahan antioksidan untuk membantu meratakan warna kulit.

2)kulit kering,berminyak dan sensitif
perubahan hormon boleh menyebabkan keadaan ketidakselesaan di sepanjang kehamilan,ini termasuk lah menjadi penyebab kulit berminyak malah menjadi kering dan sensitif.

langkah yg boleh di ambil:
paling penting,jgn berlebihan memakai produk penjagaan kulit.apabila kulit menjadi begitu berminyak ,bersihkan setiap pagi dan malam dgn sabun pembersih berformula lembut.letakkan pelembab yg berasaskan air kemudian pakai masker dua kali seminggu untuk membantu keseimbangan penghasilan sebum.apabila kulit wanita hamil menjadi kering dan sensitif gunakan pembersih berasaskan minyak dan angkat sisa pembersihan dgn kapas lembut dan air hangat.

penyelesaiaan jangka panjang 
;tak perlu berbelanja membeli pelbagai krim mahal krn rahsianya ada pd pola pemakanan seimbang.masukkan makanan berasaskan sayuran dlm menu harian krn ia baik untuk janin anda.minum air sekurng2nya 10 gelas air puteh sehari untuk membersihkan organ2 dalam tubuh anda .

3)kaki bengkak 
wanita hamil yg berdiri terlalu lama boleh meningkatkan tekanan di bahagian kaki sehingga menyebabkan ia membengkak,keadaan ini boleh terjadi disepanjang 9bulan kehamilan namun paling kerap terjadi pd trimester ketiga.

langkah yg boleh di ambil 
rehatkan kaki yg bengkak.angkat kaki ke atas untuk melancarkan peredaran darah,namun apabila kehamilan anda telah memasuki bulan-bulan terakhir  dan perut telah pun menjadi sangat besar,hindari mengangkat kaki dengan cara berbaring dan terlentang.ia boleh menyebabkan pembuluh darah mengalirkan darah ke kaki dan kedudukan ini boleh memepengaruhi keadaan janin.berbaring mengiring dsisi kiri adalah posisi terbaik.urutan lembut pd kaki dan senaman ringan  boleh membantu mengurangkan pembengkakkan.

penyelesaian jangka panjang
pastikan anda memakai kasut atau selipar bertumit rendah dan rata untuk melindungi posisi janin.banyakkan minum air agar ginjal dpt berfungsi secara optimum.makan makanan yg mencegah pengumpulan cecair dlm tubuh.hindari garam dan makanan ringan yg mengandungi banyak bahan pengawet,,juga amalkan vitamin shaklee,,

jika ada pendpat atau petua boleh la dikongsi bersama ye,,jangan segan bagi komen :)

ketahui supplement buat ibu-ibu hamil KLIK SINI

KLIK SINI atasi rambut gugur selepas bersalin....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~