Pages

Tuesday, 11 December 2012

AIR KETUBAN KURANG,,BAHAYAKAH?

dari manakah air ketuban diperolehi?

semasa kandungan mencecah minggu ke 14 air ketuban akan disalurkan ke kantung  ketuban melalui sistem edaran.pada awal trimester kedua,bayi anda akan menelan air tersebut dan menyalurkannnya ke buah pinggang lalu membuangnya sebagai air kencing.kemudian bayi akan menelannya semula dan bayi akan mengitar semula air ketuban dalam jumlah yg besar beberapa jam kemudian.

maka bayi memainkan peranan yg penting untuk mengekalkan jumlah air dalam kantung ketuban.ada kalanya sistem ini tergendala yg mana ia menyebabkan jumlah air menjadi berlebihan atau berkurangan.jika keadaan ini berlaku ia boleh mendatangkan masalah.













BERAPAKAH JUMLAH AIR KETUBAN YANG DIPERLUKAN?

dalam keadaan normal jumlah air ketuban semakin bertambah sehingga anda memasuki peringkat awall trimester ketiga .ia akan memenuhi kantung hampir 1/2 pada minggu ke-34 .selepas itu kandungan air ketuban akan berkurangan sehinggalah tarikh bakal ibu dijangka bersalin.
masalah air ketuban yg berkurangan ini dinamakan oligohydramnios.manakala air ketuban yang berlebihan pula dinamakan hydramnios atau polyhydramnios.

TANDA-TANDA KEKURANGAN AIR KETUBAN

doktar yg memeriksa anda boleh mengesan masalah ini melalui ukuran yang di ambil ppd tahap-tahap tertentu kandungan atau bayi tidak kerap bergerak.langkah berjaga-jaga akan di ambil sekiranya anda pernah mengalami masalah tekanan darah tinggi yg kronik,pre eklamsia,kencing manis ataupun usia kandungan melebihi dari tarikh jangkaan bersalin.
selanjutny doktar akan mengarahkan anda melakukan uijan imbasan ultrasound.ukuran air ketuban akan di ambil dari empat bahagian berbeza yg terdapat di dalam rahim.kemudian kesemuaan kiraan tadi akan dijumlahkan untuk mendapatkan indeks air ketuban.ukuran normal bagi trimester ketiga adalah antara 5 dan 25 sentimeter.ukuran di bawah 5 sentimeter di anggap rendah.

PUNCA AIR KETUBAN BERKURANGAN

bukan semua pakar dapat mencari punca mengapa kurang air ketuban ini berlaku.ia biasanya berlaku pada pd penghujung trimester ketiga dari tarikh jangkaan bersalin antara sebab-sebabnya adalah:
~kebocoran atau pecah selaput ketuban.
~kebocoran kecil kecil pada selaput ketuban boleh menyebabkan cecair terkeluar.ia boleh terjadi pd mana-mana tahap kandungan tetapi kekerapannya adalah sewaktu seseorang ibu menghampiri saat melahirkan .mereka akan sedar air ketuban bocor bila mendapati seluar dalam menjadi basah.
~masalah placenta(uri) gangguan pd placenta menyebabkan gangguan bekalan darah dan nutrisi kpd bayi.keadaan itu menyebabkan kitaran air ketuban tidak dapat berlaku seperti biasa.
~keadaan perubatan tertentu seperti tekanan darah tinggi yg kronik,pre aklamsia,kencing manis dan lupus boleh menyebabkan paras air ketuban berkurangan.
~ibu lebih berisiko mengalami masalah kurang air ketuban sekiranya mengandung kembar atau lebih.
~kecacatan janin yakni sekiranya didapati paras air ketuban berkurangan semasa trimester pertama atau kedua.
~buah pinggang bayi tiada atau tidak berkembang dengan baik atau saluran urin terhalang.


penjagaan luka bersalin kilk ye,,

cara buat air selusuh klik ye..



by ain naina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~