seiring dengan usia perkahwinan sudah pastinya banyak perubahan yang berlaku antara anda dan pasangan.antara perubahan yang selalu diperkatakan malah mungkin anda sendiri mengalaminya adalah aspek seks yang hambar.
namun ada satu lagi perubahan yang anda lewati pada usia perkahwinan yang semakin bertambah.sedarkah anda bahawa anda dan suami semakin kurang menghabiskan masa untuk berbual bersama???
kalau dulu ada saja topik yang hendak diperkatakn tatkala bersama kini anda dan suami lebih rela buat hal sendiri walaupun berdua di ruang tamu yang sama.
malah ada yang malas untuk melayani pasangan untuk berbual.sebagai contoh sewaktu isteri bercerita,suami hanya buat dengar tak dengar je.kalau ada respons sekali pun sekadar mengangguk dan menggeleng padahal satu pun apa pun yang diperkatakan isteri tidak diketahui.
janganlah begitu ,kecil hati pasangan jika perbualan anda malas melayani perbualannya.anda seharusnya jangan sesekali pandang remeh tentang keperluan berbual dengan pasangan.berbual walaupun sekadar berbicara kosong dengan pasangan sebenarnya adalah salah satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
selain untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri ada beberapa lagi sebab mengapa setiap pasangan perlu kerap berbual kosong.info ini mungkin akan mengubah sikap anda yang selama ini mungkin malas melayani pasangan berbual.
1~TIADA BAHAYA~
mengapa malas hendak berbual dengan pasangan sedangkan ia bukanlah sesuatu yang membahayakan .selalunya perkara yang dibualkan membabitkan hanya kegiatan yang dilakukan seharian,persoalan keluarga,anak-anak,jiran tetangga,rakan dan juga keadaan kerja.hal-hal negetif seperti kritikan terhadap pasangan sepatutnya tidak termasuk dalam perbualan ini.
2~LEBIH MENGHAYATI~
berbual ringan ini tidak memerlukan pendapat atau komentar yang ilmiah.sesuai dengan sifatnya yang sambil lalu shj maka suasana akan lebih santai dan keakraban terjamin.
3~KOMUNIKASI~
perbualan dengan pasangan itu sama pentingnya dengan komunikasi.meskipun anda berbicara tentang hal yang ringkas namun ia menggambarkan bahwa anda berdua tiada masalah dalam meluahkan perasaan masing-masing.sebaliknya jika perkara ringkas pun tidak mampu anda luahkan bersama pasangan,petanda ada masalah dalam komunikasi anda suami isteri.
4~KETENANGAN~
sewaktu berbual mesra anda cenderung untuk berbual tentang perkara yang sama.masalah banjir,kesesakkan lalu lintas,persekolahan anak dan sebagainya.meskipun perkara itu sudah pun diketahui namun ia tersembunyi maksud yang mendalam tenang.ia bermakna anda dekat dengan pasangan dan akrab.
5~LAPORAN PENTING~
berbual kosong dengan pasangan bukan bererti anda tidak menyampaikan sesuatu yang tidak penting kpd pasangan,tidak ada satu pun percakapan suami isteri yang boleh diketegorikan tidak membawa makna.
6~MAKIN RAPAT~
cuma ada satu perbualan kosong yang paling bahaya tetapi paling disukai iaitu gosip.seronok kalau sudah bergosip apalagi pasangan kaki gosip.walaupun anda menyukai persamaan yang ada ini tetapi awas gosip ini ada baik dan buruknya.kalau gosip terkena di atas batang hidung sendiri sudah pastilah akan ada yang melenting marah.
*moral of the story rajin-rajinlah berbual jangan duk asyik main sms tak kira suami atau isteri demi keharmonian rumah tangga kita kene berkorban*
hot story hangat!!! klik sini
ketahui tips sihat dari dalam klik sini
No comments:
Post a Comment