Pages

Showing posts with label SUSU IBU TERBAIK. Show all posts
Showing posts with label SUSU IBU TERBAIK. Show all posts

Friday, 27 September 2013

MENGAPA SUSU IBU TERBAIK?

Assalammualaikum...alhamdulillah malam ini sy berkesempatan lagi untuk up-date blog setelah tidurkan my little ainul yang semakin lincah!!!!..syukur pada ALLAH SWT sy masih diberi peluang untuk terus menyusui ainul dan akan diteruskan lagi...sebab itu sy sangat sukakan shaklee!!! menyokong penuh penyusuan susu ibu!!!...

tentunya terutama bakal-bakal ibu muda yang ingin mengetahui penting sangat ke bagi susu ibu ni? susu FM kan banyak?huhu...terpulang pada ibu-ibu sendiri tetapi bagi sy ONLY BREASTFEEDING THE BEST  IN WORLD...
tentunya ada yang akan kata "eleh dia tu susu banyak boleh lah bermegah"..hmm..susu bukan mudah untuk dikeluarkan mcm air paip ye..perlu ada usaha yang gigih....sebab itu sy menyarankan setiap ibu supaya mengambil juga makanan berkhasiat seperti kurma,madu,kismis,,,,seperti sy juga turut mengamalkan makanan sunnah dan supplement shaklee...


Masih tidak yakin dengan set penyusuan terhangat ibu-ibu menyusu shaklee? huhuhu kebaikkannya sudah mendapat tempat di dalam sebuah majalah di malaysia!!!..

Mengapa susu ibu terbaik?
susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda sejak dilahirkan.tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir adalah dengan menyusukan bayi anda.bayi yang diberi susu ibu sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya.susu ibu dapat mencegah penyakit seperti;;;

~gastroenteritis
~pneumonia dan bronkolitis
~jangkitan saluran kencing
~ekzema
~jangkitan telinga.

Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang.satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu ibu ketika bayi mempunyai tekanan darah lebih rendah ,kadar kolsterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap diabetis jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.

Jadi dengan adanya bantuan set penyusuan shaklee ,,anda tidak perlu risau lagi dengan masalah susu merudum terutama ketika period atau ketika anda masih sedang hamil(anak sulung masih menyusu)..tiada masalah andai  kesihatan anda mengizinkan...

Jom dapatkan set bajet penyusuan yang memang superrbb!
set ini menjadi pilihan ibu-ibu seluruh malaysia....

kelebihan set ini;;
~membantu memperbanyakkan susu dan membuat susu lebih pekat.
~membantu ibu kekal bertenaga walaupun seharian bekerja.
~membantu ibu-ibu yang nak kembali slim kerana esp mampu membuat kita kenyang!!!..

tak percaya? jom tengok testimoni ;-)

testimoni 1


testmoni 2

Seandainya kita mampu memberi susu ibu pada anak kita,mengapa kita perlu memberi susu FM yang semakin mahal kini,,,sedangkan set penyusuan shaklee harga lebih jimat dan berbaloi...banyak lagi khasiatnya ..susu ibu tidak perlu dibancuh-bancuh ....nak tengok set penyusuan CLIK SINII...

Berminat nak order set penyusuan shaklee yang terlaris masa kini? jom dapatkan sebelum kehabisan stokk lagi..setiap pembelian dari mamasihatbabyceria akan mendapat konsultasi percuma dan free gift...jika anda ingin walk in sendiri ke branch shaklee terdekat boleh guna ID no 874853 noraini harun  untuk mendapat harga diskaun!!!!.sila maklumkan sy jika anda ingin mendapatkan alamat branch shaklee.

Pm/add fb:Ain naina boleh terus chat dengan sy ;-)

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga diskaun best!!!!.

emelkan kepada:Ainaina1@gmail.com

sms/whatsapp/IG/line/we chat:0129773915 


*segala testimoni/penulisan tentang produk yang di kongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit**

Wednesday, 13 March 2013

SUSU IBU MAMPU MEMBUAT ANAK JADI BIJAK?

Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal.


Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.

Smarter fats
Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya.

Nutrisi
Untuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga.

Kolestrol
Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.
DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.

Smarter sugars
Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung.

Perhubungan bijak
Ketika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya.

Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.

Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.
Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain.

Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.
Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.

Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.


-----------------------------------
Jom berikan susu ibu untuk bayi anda!


dapatkan set brillian untuk anak-anak hari ini pada harga best...bagi yang masih bayi dan menyusu susu ibu ,ibu boleh mengambil omega jugakk..



anda berminat boleh :

pm/add fb:ain naina boleh terus chat dengan sy :).

like page :MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga best.....

emelkan kepada:ainaina1@gmail.com.

sms/whatsapp:0129773915


*segala testi/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~