Pages

Tuesday 28 January 2014

JAUNDIS ATAU KUNING??? ANDA BAKAL IBU BAPA JOM SELAMI APA ITU JAUNDIS ?

Assalammualaikum hai semua!!! sihat?? alhamdulillah......

Pasti ramai ibu dan bakal ibu yang kerisauan bila mana bayi yang dilahirkan mengalami kuning atau dikenali sebagai JAUNDIS.. pelbagai cara yang dilakukan oleh ibu dan ayah semata-mata untuk menghilangkan jaundis yang dialami si kecil..

Ada yang bermula dari hamil lagi sudah mengamalkan pelbagai pemakanan dengan tujuan untuk menggelakkan anak daripada terkena jaundis. Tapi, bila sesudah melahirkan..bayi masih terkena jaundis...aduhai...risau hati dan sayu apabila melihat si kecil terpaksa dicucuk setiap hari di tapak kaki untuk mengambil darah..ada yang sehingga terpaksa diletakkan di bawah lampu untuk menghilangkan jaundis..ada juga yang jaundis sehingga sebulan dua..


Jom ibu dan ayah..selami apa itu jaundis..dah kenali jenis-jenis jaundis..dan apa yang boleh ibu dan ayah lakukan sekiranya si kecil terkena jaundis...terutama jaundis yang berpanjangan.


Apa itu JAUNDIS?

Tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir.

Tahap jaundis adalah tinggi lebih kurang hari keempat dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Ingat, jaundis bukanlah tanda anak anda sakit/tidak normal atau anak anda mengalami penyakit. Ia juga dikenali sebagai PHYSIOLOGICAL JAUNDIS.

Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu. Maknanya di sini bayi kita dibantu oleh si ibu. Namun, selepas bayi lahir, badannya sendiri harus melakukannya. Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Jika kandungan bilirubin dalam badan terlalu tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi. Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa).

Namun, hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning atau jaundice. Jika level bilirubin terlalu tinggi, kebiasaannya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.

Golden rule

Bilirubin hanya boleh disingkirkan melalui najis bayi. adalah dinasihatkan utk menyusu bayi sekerap yang boleh supaya bilirubin boleh disingkirkan dengan cepat oleh najis bayi.

Cara apa bayi boleh membuang najis dgn cepat?

Tentulah susu ibu yang mudah dihadam itu! Bukan susu kambing, air masak atau susu formula.

Faktor bayi mengalami jaundis yang agak lama:

* Bayi lahir pra-matang
* Blood Group Incompatibility – Jika darah bayi berlainan dari ibunya, badan ibu akan mengeluarkan antibodi utk memusnahkan sel darah merah bayinya. Ini akan menyebabkan bilirubin build up dengan segera di dalam darah bayi. Jadi, kuning bayi akan menjadi tinggi dan lebih lama.
* Bayi mengalami BREASTMILK JAUNDIS atau BREASTFEEDING JAUNDIS
* Bayi terkena jangkitan atau penyakit lain.*
Kelenjar tiroid bayi tidak berfungsi dgn baik.*
Bayi mempunyai penyakit hati (jarang berlaku)

Golden rule:

*Kuning berlanjutan selepas 2 minggu untuk bayi cukup bulan dan 21 hari utk bayi pramatang, keadaan ini perlu diambil perhatian.
* Air kencing bayi menunjukkan warna yang tidak sepatutnya – ini harus di ambil perhatian dan tidak kira pada bila umur harinya.

Untuk kepastian, ibu dan ayah boleh melakukan Split bilirubin test – Liver Function test, thyroid function test, ambil urin bayi utk mengetahui samada terkena jangkitan atau tidak.

Jika kesemua ujian adalah normal dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Tepat, bayi anda mengalami breastmilk jaundice.


APA ITU BREASTFEEDING JAUNDIS?

Terdapat juga fenomena kekuningan jaundis disebabkan apabila bayi tidak dapat susu yang mencukupi. Selalunya disebabkan bayi-bayi yang baru dilahirkan ini lambat diberikan susu dan diberikan susu beberapa hari selepas itu, menyebabkan bayi menjadi lebih kekok dan akhirnya tidak pandai menghisap susu dengan baik dari payudara ibunya.

Menghisap susu secukupnya akan menggalakkan pergerakan usus dan menggalakkan bilirubin dikeluarkan dari tubuh melalui najis. Kekuningan ini akan berkurangan apabila bayi mulai menyusu dengan baik.

Oleh itu, jawapan saya adalah “susu ibu tidak merbahaya kepada bayi dan tidak menyebabkan kekuningan jaundice yang serius pada mereka. Penyusuan ibu harus diteruskan, kecuali dengan arahan doktor”Bagi ibu yang mempunyai kekuningan pada bayi mereka, bawalah anak berjumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kandungan bilirubin dalam darah.

Jika tahap kepekatan bilirubin kurang dari 20 miligram, beberapa langkah yang boleh dilakukan, antaranya:*Menambahkan kekerapan menyusukan bayi sehingga 8-12 kali sehari. Apabila penyusuan kerap dilakukan, ini akan menggalakan pergerakan usus dan secara tidak langsung akan pengeluaran bilirubin melalui najis.*Belajar dari jururawat yang mahir tentang penyusuan efektif kerana apabila bayi tidak menghisap puting dengan cara yang betul, ini akan menyebabkan jumlah susu yang diterima akan berkurangan.

Ramai yang memberikan air glucose kepada bayi (petua orang kampung) bagi mengurangkan kekuningan. Sebenarnya petua ini amat berbahaya kerana apabila memberikan air glucose boleh menyebabkan kembung perut dan menyebabkan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.

APA ITU BREAST MILK JAUNDIS?

1- 2% bayi yang menyusu dgn ibunya secara eksklusif akan mengalaminya. Ini mungkin disebabkan terdapat bahan yang terhasil di dalam susu ibunya yang akan menyebabkan paras bilirubin meningkat. Tidak ada siapa yang boleh mengesahkan kandungan apa yang menyebabkan kes breastmilk jaundis, tetapi ada kandungannya yang menyerap semula bilirubin atau mengurangkan proses hati terhadap bilirubin.

Jika ibu mengalami perkara yang sama, jangan diberhentikan penyusuan dan gantikan dgn air masak atau susu formula. Teruskan penyusuan. Yang penting, tahu berapa tahap bilirubin, pantau berat badan anak, sentiasa dapatkan nasihat doktor dan tiak malas utk ke klinik mengetahui perkembangan anak.

Susukan anak on demand- bila2 masa dia mahu, perhatikan aktiviti ‘poo-poo’ nya, suhu badannya dan keadaannya.

Sabar itu sangat penting – bertenang. Ibu harus bertenang dan tidak panik. apa yang penting, pantau keadaan anak. Jgn tak ambil tahu langsung dan terus anggap “anak saya mengalami breastmilk jaundis..”

*Pastikan anak telah jalani ujian. *Susukan sahaja bayi – anytime – lagi banyak dia buang air besar, lagi baik.
* Tiada campurtangan bahan lain dari orang lain – minum susu kambing, bagi banyak air masak, bagi bayi makan anggur muda, bagi makan ini dan itu sedangkan sistem pencernaan bayi masih belum matang utk itu. Bayi hanya perlu susu ibu dan hanya MAHU susu ibu.


Sunday 26 January 2014

MENGEJAR KEBERKATAN REZEKI

Assalammualaikum...selamat berhujung minggu semua...

ALLAH menjamin rezeki makhluknya. “Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allahlah yang akan memberi rezekinya.” (Surah Hud ayat 6).
Sumber rezeki sangatlah luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan kedalaman samudera. Setiap jengkal hamparan bumi dan laut terdapat rezeki yang boleh dicari.

Masalahnya, kerap kali manusia lebih berorientasi menunggu rezeki daripada menjemputnya. Mereka lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki yang mana mahukan sesuatu rezeki itu datang tanpa berusaha mendapatkannya.


Islam menekankan setiap Muslim supaya bekerja keras mencari rezeki dengan menggunakan semua potensi dan kekuatan tulang empat kerat. Elakkan daripada meminta secara haram.
Ambillah iktibar daripada kisah sebuah hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang menceritakan berkenaan Hakim bin Hizam yang sering meminta-minta kepada Rasulullah.
Setiap kali dia meminta kepada Rasulullah, Baginda akan memberikannya. Namun setelah tiga kali dia datang meminta, Baginda bersabda: “Wahai Hakim, sesungguhnya harta di dunia ini memang indah dan manis, barang siapa yang mengambil harta di dunia dengan hati yang lapang yakni tidak bercampur dengan sifat ketamakan, nescaya akan dilimpahkan keberkatan dalam hartanya itu, tetapi barang siapa yang mengambil harta dunia dengan ketamakan, pasti tidak ada keberkatan dalam harta yang diperolehinya itu. Orang yang sedemikian ini adalah ibarat orang yang makan dan tidak pernah kenyang perutnya.
Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah iaitu orang yang menerima pemberian berkenaan.”
Setelah Hakim mendengar akan teguran dan nasihat Rasulullah berkenaan sikapnya yang suka meminta-minta, sejak dari itu dia tidak lagi meminta-minta kepada sesiapa pun meskipun dia berada dalam kekurangan.
Inilah sikap terpuji yang patut dicontohi oleh kita semua. Janganlah kita menjadikan sebab kekurangan hasil pendapatan sebagai alasan untuk meminta-minta bantuan semata-mata bagi memenuhi keperluan hidup yang tidak mencukupi.
Namun apa yang menyedihkan pada masa ini terdapat sebilangan orang yang
meminta-minta wang daripada keluarga, jiran atau rakan, ataupun ke rumah orang yang tidak dikenali.
Ada juga di antara mereka meminta-minta kepada pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan kewangan dan lebih mendukacitakan terdapat juga segelintir orang yang tanpa segan selalu meminta wang daripada orang ramai di tempat awam seperti di kompleks beli-belah atau restoran dengan alasan hasil pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup.
Rezekinya halal tetapi caranya tidak betul. Walaupun seseorang itu ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi orang miskin atau fakir, namun mereka tetap tidak digalakkan untuk meminta-minta.
Ini berdasarkan kepada sabda, dari Imran bin Husin berkata: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-Nya yang beriman yang miskin, yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai.” (Riwayat Ibnu Majah).
Renunglah, betapa orang miskin lagi tidak digalakkan meminta-minta, apatah lagi orang yang berkemampuan. Sebagai hamba Allah kita hendaklah sentiasa bersyukur dan reda ke atas rezeki yang dikurniakan Allah.
Allah melarang kita daripada bersifat tamak dan haloba kepada harta benda sehingga sanggup mencari harta dengan cara meminta-minta.
Sebagaimana hadis riwayat Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang yang terus-menerus meminta-minta kepada orang ramai, sehingga nanti dia akan datang pada hari kiamat dengan wajahnya yang hanya tinggal tulang, tidak ada lagi daging padanya.”
Walaupun pada dasarnya perbuatan meminta-minta itu haram dan dilarang oleh agama, namun jika timbul sesuatu darurat atau keadaan terpaksa, maka ia menjadi harus.
Keadaan terpaksa atau darurat itu ialah seorang yang lapar meminta makanan untuk mengisi perutnya kerana dia bimbang jika tidak makan dengan segera, mungkin dia akan jatuh sakit atau mati.
Begitu juga orang yang tidak mempunyai sebarang pakaian, terpaksa meminta pakaian bagi menutup auratnya. Hal seperti ini mengharuskan seseorang itu meminta kepada orang lain selama mana peminta itu tidak berkuasa atau mampu membuat sebarang pekerjaan untuk menyara keperluannya.

Jika dia berupaya untuk bekerja tetapi malas maka tidaklah diharuskan ia meminta-minta daripada orang lain. Ingatlah pesan Rasulullah bahawa orang yang bekerja mencari rezeki itu walaupun hasilnya hanya sedikit, itu adalah lebih baik daripada perbuatan meminta-minta.



Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Az Zuba’ir bin Al Aawam dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sekiranya salah seorang daripada kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu, kemudian dia pikul kayu tersebut ke pasar untuk menjualnya demi menjaga kehormatannya, nescaya yang demikian itu adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik diberi mahupun ditolak.” (Riwayat Imam Bukhari).
Umat Islam hendaklah mengelakkan diri daripada perbuatan meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta tanpa sebab itu menjatuhkan maruah serta menjejaskan imejnya.

Malah perbuatan meminta-minta mencerminkan sikap yang negatif masyarakat kerana sentiasa bergantung ihsan dan bantuan daripada orang ramai atau pihak tertentu.


Justeru, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal serta sentiasa bersyukur, sabar dan reda dengan pemberian Allah.
Sama-samalah berdoa mudah-mudahan Allah meluaskan rezeki-Nya ke atas kita semua.

Tuesday 21 January 2014

TIDAK CUKUP KENE INDUCE.....KENE VAKUM LAGI,,,,PENGALAMAN BERSALIN ~~~~~

Assalammualaikum...hai mommy's semua!!! ramai kawan-kawan sy yang akan bersalin tahun ni huhu....semoga semua berjalan lancar.......

ok kali ini sy nak share pengalaman bersalin anak sulung tahun 2012 baru-baru ini.....semua orang mempunyai pengalaman bersalin lain-lain kan....tak sama cuma yang sama adalah rasa sakit itu,,,,,,....

kalau dapat di ulang semula saat bersalin itu..sy inginkan kaedah yang normal tanpa induce,,,,ye betul induce membantu mempercepatkan proses kelahiran tapi kesannya sangat menyakitkan,,,,huhuhu,,,dua kali sy kene induce,,,aduh,,,,,seksanya selama 12 jam menunggu jalan buka,,,,,sy terpaksa di incuce kerana terlewat due....tarikh asal 16/4 di jangka bersalin,,,tapi nampaknya ainul belum nak keuar lagi....terlebih due 12 hari,,,,huhu amik kau!!!! kene induce jugakkkkkkkk!!!!! masa itu kandungan dah 43 week........

apa itu induce?
Apakah ’induction’? Induce labor 

Secara ringkasnya……..satu kaedah memulakan proses bersalin apabila difikirkan melanjutkan kandungan tersebut boleh atau akan memudaratkan kesihatan / keselamatan si ibu atau /dan bayi terbabit…..

Secara lengkapnya …………juga dengan tujuan untuk berjaya bersalin secara biasa (vaginal) dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Bilakah induce semasa bersalin diperlukan?

Air ketuban anda pecah tetapi tidak mempunyai kontrasi pengecutan rahim lagi.
Kehamilan berpanjangan melebihi 42 minggu.
Ada masalah dengan plasenta dimana uri anda telah matang dan kurang membekalkan nutrien dan oksigen kepada bayi anda.
Tidak mempunyai cecair air ketuban yang mencukupi. (Oligohydramnion)
Anda mempunyai faktor risiko kehamilan tertentu seperti diabetes gestasi atau tekanan darah tinggi).
Terdapat jangkitan dalam rahim yang dikenali sebagai chorioamnionitis.
Bayi anda tidak membesar dengan sepatutnya.

Bagaimana Induce semasa bersalin dilakukan?
Induce semasa bersalin  boleh dilakukan oleh kaedah yang berikut:

1. Ubat-ubatan:
Prostaglandin: Suppositories dimasukkan ke dalam faraj pada sebelah petang. Ini akan melembutkan servik anda dan akan mencetuskan kelahiran bayi pada hari kemudian menjelang pagi.
Oxytocin: hormon oxytocin akan disuntik ke dalam badan ibu untuk merangsang pengecutan rahim dimana mempercepatkan proses kelahiran. Dos yang rendah akan diberikan kepada ibu hamil.
Kesan ubat-ubatan: Jika pengecutan rahim dirangsang terlalu kuat, ia menyebabkan ibu tidak boleh menahan kesakitan yang terlalu kuat tanpa ubat penahan sakit. Oxytocin perlu dihentikan jika kontraksi pengecutan rahim menjadi terlalu kuat.

2. Amniotomi/ Artificial rupture of the membranes (AROM)
Doktor anda mungkin mencadangkan untuk AROM atau memecah air ketuban secara tiruan dengan menggunakan cangkuk nipis, steril dan plastik. Ia digunakan mencetuskan air ketuban pecah menyebabkan kepala bayi bergerak ke dalam servik dan kontraksi akan menjadi lebih kuat.  Ini disebabkan oleh, air ketuban pecah boleh merangsang hormon prostaglandin dan mempercepatkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi.

Kesan amniotomi: Kedudukan bayi mungkin bertukar kepada songsang jika air ketuban pecah sebelum bayi engaged. Tali pusat mungkin terkeluar dahulu. Jangkitan boleh berlaku jika terdapat banyak masa di antara pecah air ketuban dan kelahiran.

3. Merangsang puting payudara

Ia merupakan induced secara semulajadi dimana ia dilakukan secara manual ataupun dengan pam penyusuan elektrik. Ini disebabkan oleh hormon oxytocin akan dihasilkan secara semula jadi apabila puting payudara dirangsang dan akan menyebabkan kontraksi mula berlaku.

adoi!!! tidak cukup dengan kene induce,,kene vakum lagi!!!!!!!!!!.......tak mengapalah demi mu anak!!!!!! akan mama korbankan segalanya!!!!!......

jadi buat ibu-ibu yang bakal bersalin,berbincanglah dengan doc anda sekiranya anda ingin bersalin secara semulajadi..............

lagi satu ........sebelum bersalin mohonlah ampun dari suami,ibu serta keluarga anda andai ada tersilap kata atau bahasa,,kita tidak sedar,,,,,saling memaafkan adalah kemanisan dalam kehidupan .......ok selamat menempuh alam keibubapaan ......

SHAKLEE ~~~~ MLM TIDAK LULUS SYARIAH????

Assalammualaikum......alhamdulillah kita masih di beri nyawa dan oksigen untuk menghirup udara di bumi ALLAH SWT ini...

sekarang tengah heboh macam-macam berita pasal MLM ni,,,ada yang kata haram tak memenuhi syarak.........termasuklah shaklee ini....ramai yang mengatakan shaklee tidak memenuhi kehendak syarak,,,,,,biasalah manusia ni mana boleh tengok kita naik sikit,,,,,tidak mengapa untuk mengupas cerita pasal shaklee HALAL atau tidak,memenuhi syarak atau tidak ,,,,sy terjumpa sebuah blog yang akan menceritakan segalanya.....sy copy dari beliau....


Assalamualaikum kepada semua pembaca.

Jom dengar cerita. Begini. Sejak ada bisnes ni, rajin sekali tangan ni nak PM kawan2 lama. So,dah alang-alang cerita terbukalah tajuk Shaklee ni. Saya ada mencadangkan bisnes ini kepada beberapa orang rakan yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang agama yg agak tinggi. Maklumlah kami ni 'anak-anak graduan' Universiti Al-Azhar. Jadi tentulah perhatian utamanya tertumpu kepada isu Multi Level Marketing (MLM).

Banyak juga kena gasak dengan soalan-soalan yg mencabar tetapi alhamdulillah dapat dijawab dengan baik. Tau bagaimana nak menjawab soalan maut dari kawan2 yg ada latar belakang agama ni? Mudah je, ikut step saya ni kalau anda mampu =) :

1. Jangan berpusing-pusing. Terus jawab direct to the point dan jangan sesekali menipu.

2. Saya ingatkan mereka saya juga graduan Azhar. Takkan saya nak burukkan nama Azhar dengan join bisnes yag bukan-bukan dan bersalahan pula dengan syarak.

3. Yang ni point akhir, taktik "Mati Ayat" namanya. Saya ingatkan mereka juga bahawa saya diiktiraf sebagai Graduan Terbaik Fakulti Usuluddin dan Dakwah Seluruh Universiti al-Azhar, 2009 di Konvokesyen al-Azhar yg dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah. 

Point ni saya hanya guna untuk orang-orang yang memerli dan menghukum terus bahawa semua MLM adalah HARAM dengan yakinnya. Bukan untuk berlagak dengan apa yang kita capai tetapi cukup sebagai ingatan kepada mereka yg selalu menjatuh hukum bukan dari sumber hukum sebenar tetapi dari akal pendek mereka sahaja. Agama bukan HALAL untuk diri sendiri tapi HARAM untuk orang lain.


Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak. 

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya. 

Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 

Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 

Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. 

Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya

Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya

Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.



Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.

Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu?

Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam. 

Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.




shaklee adalah berbeza ye,,,,bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta....


Saturday 18 January 2014

SERIBU SATU KHASIAT ALFALFA ~~~~~ PROMOSI ALFALFA ~~~~MEMANG BEST!!!!!!!~~~~

Assalammualaikum,,,,alhamdulillah bulan ni bulan yang best sangat!!!! bulan promosi si alfalfa my feveret vitamin lah!!!! huhuhu.....

bagi anda yang belum mengenali apa itu alfalfa?? jom kita berkenalan dahulu;-)



Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya telah dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950 an.

1) Alfalfa shaklee diperolehi dari tanaman alfalfa (Medicago sativa) yang telah ditanam secara organik di California yang dijamin bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos iaitu bebas dari bahan kimia.

2) Medicago Sativa merupakan tumbuhan alfalfa yang memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa lain. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai  sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

3) Daun alfalfa shaklee hanya dituai apabila ianya mencapai kematangan mutlak kerana hanya daun alfalfa yang telah matang mengandungi klorofil.

4) Daun-daun alfalfa juga telah dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
Pendedahan kepada suhu panas pastinya akan menjejaskan nutrisi daun alfalfa tersebut.

5) Keseluruhan proses dari penanaman sehingga dikompres menjadi tablet dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti.


6) Setiap tablet mengandungi 300 mg alfalfa.

kenapa sy suka sangat alfalfa ni???
huhu alfalfa ialah vitamin yang paling sy suka ia membantu sy melawaskan lagi "pembuangan" huhu,,,,sy akan mengambilnya selepas makan,,,,,,,jika setiap hari kita "mencuci" sinki rumah kita anda rasa ada lagi tak sisa-sisa kat dalam tu?? huhu itulah perumpamaannya,,,jika setiap hari kita membuang anda rasa ada CAN tak usus kita akan mendapat kanser usus atau segala mcm penyakit?? nauzubillahminzalik...

yang paling sy suka ialah ambil bersama esp yang kebabommmm!!!! huhu yes!!! sy masih menyusukan anak yang berusia 1 tahun 10 bulan,,,,,alhamdulillah rezeki untuk anak masih ada,,,,,,

Antara sebab kenapa ramai wanita menyukai alfalfa ini;-)

~ALFALFA COMPLEX:
✿ Bantu dalam memberi kelegaan ketika haid
✿ Memulihkan urat2 ibu2 selepas bersalin
✿ Bertindak sebagai KACIP FATIMAH kepada wanita
✿ Mengetatkan bahagian sulit
✿ Merawat masalah keputihan
✿ Membantu dalam menghilangkan kelesuan dan stress
✿ Bantu dalam meneutral kan asid dalam badan
✿ Melegakan Masalah sembelit
✿ Sebagai Milkbooster

✿ Membesarkan dan menegangkan payudara..

Jangan bimbang atau khuatir kerana alfalfa shaklee adalah semulajadi,selamat dan halal.....ia juga boleh di ambil oleh lelaki,wanita dan warga emas.......kecuali ibu hamil dan pesakit SLE..

jom kita tengok testimoni-tetimoni hebat ini-->>

testimoni 1
dengan alfalfa ,,lawas je..best kan??? sesuai untuk anda yang buasir jugak!!!!

testimoni 2
tiada lagi sempot atau asma setelah ambil alfalfa ni,,,syukurlah beliau anak yang baik kerana mampu memberi yang terbaik untuk ibunya.......sy juga bagi mak sy amalkan alfalfa dan ostematrik ;-)

testimoni 3
jika perut sihat pastinya kesihatan bertambah baik kan?? rugi jika anda tidak mencuba alfalfa hari ini..lebih-lebih lagi bulan promosi alfalfa !!!! harga masih rendah!!!!!

berminat??
***✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 012-9773915 SEKARANG JUGA!!!
=========================================

✉ boleh juga PM/inbox sy.. komen je pn boleh

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan

✔ Terbukti Berkesan

Pm/add fb:Ain naina boleh terus chat dengan sy ;-)

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga best!!!!!

emelkan kepada:ainaina1@gmail.com

*segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit*


Sunday 12 January 2014

BEST NYA DAH TAK PERLU SOLEK TEBAL-TEBAL LAGI!!!!!!! CANTIK DENGAN SET D ~~~~~

Assalammualaikum hai semua!!!!!!

memiliki kulit yang halus mulus dan licin adalah idaman setiap orang,,,tak kira lelaki atau wanita,,,,hmm...pastinya kita akan terasa bila ada yang tanye "eh,,kenapa muka kau asyik naik jerawat",,,,,

Wooo!!!!!! kebabooommm!!!! kini dengan adanya set kecantikkan set D shaklee anda akan tersenyum riang bila ada yang memuji kulit anda!!!!!

Jangan jeles lagi!!!! kini anda juga mampu memiliki kulit sihat dan bebas jerawat@-@

apa yang best dalam set skincare ni????

SET D (SKINCARE SET) terdiri daripada :

B-Complex : 
-Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat!
-B for Beuty! Kekurangan B-complex boleh menyebabkan kulit wajah kusam.
-Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.

Vitamin-C :
-Menguatkan sel2 tisu dalam badan. 
-Membantu memulihkan sel2 kulit yang luka dan berjerawat.
-Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang. Kolagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.

Vitamin-E : 
-Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.
-Menghilangkan parut jerawat. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
-Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik.

Mencantikkan kulit dan menampakkan wajah lebih muda dari usia sebenar.


testimoni 1


testimoni 2

syukur alhamdulillah ramai yang berjaya dapat feedback positif,,kenapa?? kerana shaklee adalah vitamin semulajadi,selamat dan halal...apa yang best dalam vitamin shaklee tiada gilica gel macam dalam vitamin-vitamin yang berlambak di pasaran tu....

sebab itu ramai yang terpaut dan jatuh cinta dengan shaklee ni!!!!!

berminat nak dapatkan set ini pada harga best???

pm/add fb:Ain naina boleh terus chat dengan sy ;-)..setiap pembelian dari mamasihatbabyceria akan mendapat konsultasi percuma!!!

like page:MAMA sihat baby ceria untuk informasi terkini dan harga diskaun@!!!!!!

emelkan kepada:Ainnaina1@gmail.com 

sms/whatsapp: 0129773915 


*segala testimoni/penulisan tentang produk yang di kongsi di sini bukanlah bertujuan merawat,menyembuh atau mendiagnos apa jua penyakit***

Thursday 9 January 2014

CORAT-CORET TAHUN 2013 ~~~~~

BIsmillahhirrahmannirrahim....Assalammualaikum semua,,,,tahun 2013 telah melabuhkan tirainya kini muncul tahun baru pula 2014,,,huhuhu baru sempat update blog dah nak masuk 11 hari di tahun baru ni,,huhu

setiap dari kita pasti ada kenangan manis,pahit,masam,masin dan segala macam rasa kan masa di tahun 2013,,huhu..begitu juga dengan sy,,,,yang paling pahit ialah kehilangan ayah tersayang pada 2/10/2013,,,,ayah kene strok,,,,,tidak sangka dia akan tingglkan kami 12 beradik dengan begitu cepat,,,,al-fatihah untuk pa...dia meninggal ketika berusia 63 tahun....
Kenangan di hari pernikahan adikku yang ke 3 di perak,,,ayah sempat lihat pernikahan anak lelaki dia yang satu ini je,,sementara 7 lagi anak lelakinya tidak sempat dah,,,,anak perempuan dua dah terlepas(termasuk sy),,ada dua orang lagi perempuan ;-(...

tahun 2013 juga genap perkahwinan sy berusia 5 tahun....di kurniakan seorang cahaya mata yang cukup aktif,sihat dan bijak (hihi perasan guh) namun sy bersyukur atas kurniaan ALLAH swt ini,,,,sy menanti selama 4 tahun huhu,,
masuk tahun 2014 ini sy dan hubby akan bakal bergelar atuk dan nenek saudaraaaa!!!! aduhhh dah tuaaaa!!!! hihihi anak saudara hubby bakal bersalin dalam bulan 2 ni....

rancangan tahun baru ini ingin mengukuhkan lagi ekonomi keluarga,,,yess tentunya terus berusaha lagi dan terus usaha,,huhu,,,,SHAKLEE!!!!! akan ku tuju terusss pada mu!!!!!


inilah wajah ainul madhiah ketika dalam rahimku 7 bulan huhuhu,,,,suka tendang patutlah nakal....hihi


wajah kesayanganku yang baru berusia 7 jam,,,,tak sempat nak snap masa baru lahir kerana keletihan,,,huhu...


ainul berusia sebulan .,,pada masa ini juga ibu mertuaku juga meninggal dunia......dalam keadaan masih berpantang sy balik kampung juga ,,mujur tiada apa-apa berlaku kerana sy sudah "bekalkan" supplement shaklee lah dalam badan untuk kekal bertenaga ,,,,,6 jam di dalam kereta sambil dukung si kecil ini kerana kereta sudah ramai penumpang di belakang....


hihihi,,masa ini ainul dah cukur rambut,,,baru tumbuh sikit-skit,,,,,masa ni dia suka tido hisap ibu jari,,orang kata kalau suka hisap jari dia anak yang tak kuat meragam kan? yeke? tapi dia memang anak yang cukup baik,tidak pernah menangis kuat cuma time nak susu je baru nangisss,,,huhuhu,,,,,mungkin berkat amalkan surah maryam dan surah lokman ketika hamil,,,syukur alhamdulillah......

setiap kali letak dalam kerusi baby pasti akan terangkat kaki sebelah,,,huissshh....ikot sape la ni!!!!!!!


bila si dia mula belajar membaca ketika ini umur ainul baru 9 bulan......suka tengok gambar haiwan...


Kini hanya tinggal mak tempat kami berteduh kasih,,,setelah pemergian ayah tersayang,,di harap mak akan tabah kerana anak-anakmu akan sentiasa berada di sisi mu selalu,,,,love mak dan pa ...


gambar ainul bersama paksu faris,,,adikku yang bongsu baru berumur 5 tahun..........ok bye selamat malam semua,,,,,,menaip sambil menguapppppppp.......





Sunday 5 January 2014

APA ITU G6PD???

Assalammualaikum...apa itu G6PD?

Pengenalan
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Diagnosa
Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah dari tali pusat. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi secara keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.
Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Gejala/Tanda-tanda
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat dari hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.
Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :
Akibat dari kurang darah
kelihatan pucat
tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
pening
degupan jantung yang laju
sukar bernafas
sakit dada
Akibat dari hemolisis 
jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit,
warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubat dan bahan-bahan yang patut dielakkan

Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu mendalami  mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu menjauhi dari terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.

Hemolisis juga akan berlaku jika beliau termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat tersebut agar tidak termasuk di dalam susu ibu.
Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.
Pastikan anda beritahu doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis

Makanan dan Herba yang mesti dielakkan
Kacang parang (fava beans)
Ubat China
Chuen Lin
San Chi
13 herbs
12 herbs
Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)
Bahan lain yang mesti dielakkan
Ubat gegat (moth balls)
Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium
Ubat yang mesti dielakkan
Acetanilide
Doxorubicin
Furazolidene
Methylene Blue
Nalidixic acid
Niridazole
Nitrofurantoin
Phenozopyridine
Primaquine
Sulfamethoxazole

Bactrim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~