Pages

Showing posts with label TIPS BERBISNES. Show all posts
Showing posts with label TIPS BERBISNES. Show all posts

Thursday, 22 May 2014

SURI RUMAH BERPOKET TEBAL???

Assalammulaikum...Salam semua.. hari ni terpanggil untuk bercerita tentang surirumah.. Pada semua surirumah, ini cuma pandangan dan pendapat saya.. Mungkin mampu merubah pemikiran anda, atau sekadar coretan bagi mengisi masa lapang anda. Tajuknya..surirumah biasa atau surirumah kaya?



Surirumah biasa atau surirumah kaya? Nama pun surirumah, mampu ke nak menjadi kaya? Lainlah jika suami kita memang orang kaya dan tak perlu buat apa-apa kita dah menumpang tuah suami kaya. Itu rezeki masing-masing. Namun bagi isteri yang suaminya orang kebanyakkan, bagaimana nak menjadi seorang yang kaya? Rutin harian kita dah dipenuhi dengan kerja rumah yang tak pernah habis-habis dan mengasuh anak-anak tersayang.. Mana ada masa?
Itu persepsi lama. Hakikatnya, ramai surirumah hari ini, di Malaysia, yang telah mampu menjana wang dari rumah. Dan jangan terkejut jika saya katakan ramai juga di antara surirumah ini telah menjadi kaya! Menarik bukan? Tapi bagaimana? Semestinya melalui perniagaan online. Satu-satunya cara bagaimana surirumah hari ini mampu menjana pendapatan di rumah, di samping menjaga dan menguruskan keluarga di rumah.

Surirumah Kaya

Melalui perniagaan online, pelbagai perniagaan dapat dikembangkan dari rumah. Ibu-ibu perlu belajar bagaimana menggunakan Facebook dan Blog bagi memungkinkan pendapatan maksimum diraih. Jika ada yang mengatakan tidak tahu.. pada saya itu isu kecil. Tidak tahu kita boleh belajar. Banyak sumber yang anda boleh access untuk mempelajari selok-belok perniagaan online ini.
Yang penting, anda perlu tahu apa bisnes yang ingin anda lakukan. Dan untuk memudahkan anda, pilihlah bisnes yang anda minat, jadi anda akan enjoy melakukan bisnes ini tanpa rasa terpaksa. 
Dan tanya juga diri, kenapa perlu anda melakukan bisnes dari rumah? Jika jawapannya anda ingin membantu menambah pendapatan keluarga atau ingin menjadi surirumah kaya, maka teruskanlah hasrat anda. Jika sekadar ingin mengisi masa lapang, saya bimbang bisnes anda tidak akan bertahan.



Mungkin agak lucu bagi sesetengah orang bila mendengar “surirumah kaya”. Tapi percayalah, setiap ibu ada impiannya tersendiri, dan lazimnya ibu akan mengorbankan segalanya bagi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik. Jika dulu, surirumah bermakna hanya duduk di rumah dan menguruskan keluarga. Tetapi, sekarang kita mampu meneroka seluruh dunia dan isinya dengan teknologi canggih internet, kenapa kita tidak mengambil peluang ini sewajarnya? 



Fikir-fikirkan.. perjalanan kita masih jauh. Perjalanan anak-anak juga sangat jauh. Mempunyai 2 pendapatan dalam keluarga lebih baik dari satu. Jika berlaku perkara yang tidak diingini, sekurang-kurangnya anda masih mampu mempertahankan nasib keluarga. Bertindak sekarang, kerana masa tak pernah menunggu kita!

Bertemu lagi di lain siaran! Semoga impian anda menjadi surirumah kaya berjaya.. Amin..

SUMBER..

KENAPA ORANG CINA RAMAI YANG KAYA?

Assalammualaikum!!! selamat sejahtera semua... selamat berhujung minggu.. kali ini sy nak share sikit tips berbisnesss....

Tips Bisnes:
***************
Mentor bisnes bangsa Cina menulis,
"Berikut adalah antara pendirian
kami apabila mula berniaga. Setakat
ini, ia tidak menghampakan.
Resepi kekayaan ini adalah ikutan
turun-temurun."
===
1) Agresif berniaga.
===
Serta tidak campur aduk urusan
peribadi dan perniagaan.
===
2) Tidak lepaskan peluang yang
muncul di hadapan mata.
===
Jika tidak boleh buat sendiri,
peluang itu akan diraikan oleh
jemaah-jemaah mereka.
===
3) "Risk-taker".
===
Mereka lebih takut mengambil
risiko tidak berbuat apa-apa.
Lebih baik buat sedikit daripada
banyak berharap dan bermimpi.
===
4) Mula dari akar.
===
Tidak semestinya buat bisnes
perlukan modal duit yang besar.
Bisnes bangsa Cina generasi
pertama biasanya bermula dari
akarnya.
===
5) Bisnes mula kecil-kecilan.
===
Tetapi matlamat pengakhiran
bisnes itu wajib besar-besaran.
===
6) Duit buat duit.
===
Duit untung bisnes bukan untuk
melayan nafsu peribadi.
Dalam bisnes bangsa Cina, duit
untung adalah untuk buat lebih
banyak duit.
Di sini pentingnya untuk mereka
kenal pasti mesin-mesin duit yang
berpotensi (peluang).
===
7) Menghargai kalendar dan jam.
===
Di setiap kedai bisnes bangsa
Cina, kita boleh perasan
kalendar dan jam yang melekat
di dinding.
Kedua-dua ini menandakan bahawa
bangsa ini sangat disiplinkan
diri terhadap masa.
Setiap hari, pasti ada aktiviti
untuk tingkatkan prestasi bisnes

*Ambil yang baik untuk kita teladani. Happy Sharing!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~