Pages

Thursday 22 May 2014

KENAPA ORANG CINA RAMAI YANG KAYA?

Assalammualaikum!!! selamat sejahtera semua... selamat berhujung minggu.. kali ini sy nak share sikit tips berbisnesss....

Tips Bisnes:
***************
Mentor bisnes bangsa Cina menulis,
"Berikut adalah antara pendirian
kami apabila mula berniaga. Setakat
ini, ia tidak menghampakan.
Resepi kekayaan ini adalah ikutan
turun-temurun."
===
1) Agresif berniaga.
===
Serta tidak campur aduk urusan
peribadi dan perniagaan.
===
2) Tidak lepaskan peluang yang
muncul di hadapan mata.
===
Jika tidak boleh buat sendiri,
peluang itu akan diraikan oleh
jemaah-jemaah mereka.
===
3) "Risk-taker".
===
Mereka lebih takut mengambil
risiko tidak berbuat apa-apa.
Lebih baik buat sedikit daripada
banyak berharap dan bermimpi.
===
4) Mula dari akar.
===
Tidak semestinya buat bisnes
perlukan modal duit yang besar.
Bisnes bangsa Cina generasi
pertama biasanya bermula dari
akarnya.
===
5) Bisnes mula kecil-kecilan.
===
Tetapi matlamat pengakhiran
bisnes itu wajib besar-besaran.
===
6) Duit buat duit.
===
Duit untung bisnes bukan untuk
melayan nafsu peribadi.
Dalam bisnes bangsa Cina, duit
untung adalah untuk buat lebih
banyak duit.
Di sini pentingnya untuk mereka
kenal pasti mesin-mesin duit yang
berpotensi (peluang).
===
7) Menghargai kalendar dan jam.
===
Di setiap kedai bisnes bangsa
Cina, kita boleh perasan
kalendar dan jam yang melekat
di dinding.
Kedua-dua ini menandakan bahawa
bangsa ini sangat disiplinkan
diri terhadap masa.
Setiap hari, pasti ada aktiviti
untuk tingkatkan prestasi bisnes

*Ambil yang baik untuk kita teladani. Happy Sharing!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~