Pages

Showing posts with label INFO ANAK SIHAT. Show all posts
Showing posts with label INFO ANAK SIHAT. Show all posts

Friday, 3 October 2014

ANAK TIDAK SUKA MAKAN BUAH-BUAHAN???

Assalamualaikum.... anda suka epal tak? hmmm anak-anak suka epal tak? biasanya kita "ditiru" oleh anak-anak apa yang kita buat,kita kata... Sebab itu kita mesti tunjuk contoh yang baik di depan anak-anak yang sedang membesar..

Jika anda mempunyai masalah anak tidak suka makan buah.. jom follow saya... saya ada banyak tips untuk anda tau.... 


Saya memang suka EPAL sebab itu anak saya pun suka epal..malah semua buah dia suka!!!!...MALAH saya tabur sedikit MEalshake lagi atas buah epal memang rasa macam makan aiskrim!!!!! hihi.. inilah trick saya hihihi...

~JADI ROLE MODEL~
Anak-anak secara automatik mencontohi tabiat anda sama ada baik atau buruk .jadi tunjukkanlah contoh yang baik dengan mengamalkan pemakanan sihat serta melakukan aktiviti fizikal dengan harapan anak anda akan mengikutinya.

~APA YANG DILIHAT~
Kanak-kanak mudah tertarik dengan visual yang menarik.jadi aktifkan imaginasi mereka dengan pelbagai potongan epal agar kelihatan seperti snek yang seronok untuk dinikmati.jangan lupa selitkan beberapa elemen tambahan seperti candy marshmallows untuk menggalakkan lagi anak-anak anda mencuba.


~JANGAN TAKUT UNTUK BEKERJASAMA DENGAN ANAK-ANAK~
Sering ibubapa "menghalau" anak-anak dari mendekati dapur dengan tanggapan mereka sebagai "pengacau" kala memasak.Namun apa kata sesekali ajaklah mereka sekali dalam penyediaan makanan.ini bukan sahaja untuk membiasakan diri mereka dengan persekitaran dapur malah dapat meluangkan masa berkualiti dengan mereka.

Tentu anak-anak berasa seronok dapat menghasilkan sendiri potongan epal mengikut kreativiti mereka.melihat hasil tangan sendiri tentu menambah keterujaan mereka untuk menikmati hidangan tersebut.

~POTONG~
Kadang-kadang cara terbaik untuk menggalakkan anak menikmati epal dan buah-buahan lain adalah dengan memotongnya .adalah lebih menarik andai buah-buahan itu dipotong mengikut kesesuaian mahupun kehendak mereka daripada diberikan buah itu dalam bentuk asalnya.tidak kira cara apa sekalipun tentu anak-anak lebih mudah untuk menikmatinya andai ia datang dalam bentuk yang mudah dikunyah!!!



~JADIKAN KOMBO~
Tidak sukar untuk anak anda makan sanwic.tapi mungkin satu tugas berat untuk mereka makan buah-buahan .jadi cara terbaik adalah menjadikan epal mahupun buah-buahan lain kelihatan seperti sanwic.dengan menghiris epal kemudian disapu dengan peanut  butter dan taburan cip coklat pastinya membangkitkan selera anak untuk makan buah.TAK SUSAH KAN?

Tak pun boleh taburkan Mealshake shaklee yang berkhasiat untuk tumbesaran anak-anak!!!!

JOM beli mealshake 3 canister dapat 4!!!



Mealshake...pemakanan tambahan paling popular di kalangan ibu2 yang mempunyai anak picky eater. kenapa Mealshake popular? Sebab utama adalah ibu-ibu dah hilang satu beban. Beban nak fikir apa lagi patut dibuat bila anak susah nak makan, perkembangan anak slow ataupun berat badan tak naik-naik..

 MEalshake juga  mengurangkan masalah sembelit di kalangan kanak-kanak.Untuk satu bahagian mealshake, terdapat 3gm serat. 

Serat dapat membantu proses peristalsis dalam kolon (pembuangan) berjalan dengan lebih lancar dan proses detoks dapat berlaku secara neutral. Sebab itu ia sesuai untuk kanak-kanak yang selalu sembelit.

testimoni 1

✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸✸
***✆ BERMINAT? Sila Sms/Whatsupp ke 012-9773915 SEKARANG JUGA!!!
=========================================
boleh juga PM/inbox sy.. Ain naina.
✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan


**hihi selit sikit muka budak suka makan buah epal ni... stok buah wajib ada kat rumah.... begitu juga stok mealshake !!!**


Friday, 29 August 2014

TIPS MENDIDIK ANAK BEBAS LAMPIN

Assalamualaikum... saya pasti ramai ibu-ibu mengalami masalah untuk bagi anak bebas lampin kan? ye termasuk lah anak saya sendiri ainul... dah masuk 2 tahun setengah dah bulan ni... kena praktis lagi ni...... 

Tips Mendidik Anak Untuk Bebas Lampin
-------------------------------------------------------

Lampin adalah keperluan dalam kehidupan bayi sehinggalah usianya menjangkau kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa hari ini memilih menggunakan lampin pakai buang sebagai salah satu cara mudah untuk memastikan bahagian sulit si manja berada dalam keadaan bersih dan kering. Bagaimanapun ia akan menjadi ‘masalah’ apabila ibu bapa tidak tahu cara terbaik untuk menghentikan penggunaan lampin ini pada anak.



‘Bercerai lampin’...Itulah perkataan yang selalu kita gunakan bagi merujuk usaha ibu bapa untuk menghentikan kebergantungan anak terhadap lampin. Ada yang anaknya sudah berusia enam tahun tetapi masih memakai lampin terutamanya pada sebelah malam. Jadi, ramai ibu bapa yang mencari jalan bagaimana untuk melatih si kecil ini agar ‘bercerai lampin’ seawal yang boleh. Namun tidak kurang juga, ada yang cepat berputus asa apabila usahanya itu menemui kegagalan. Apa yang pasti, ini bukanlah satu tugas yang mudah. Masa dan kesabaran sangat diperlukan dalam memastikan usaha tersebut berhasil.

Berikut adalah pendekatan yang boleh digunakan dan dipraktikkan dalam mendidik anak untuk bebas lampin..

✓ Bila masa sesuai untuk bermula? 
Apabila si kecil mula boleh berjalan dan bercakap. Ketika usia 2 tahun ke atas kebiasaannya si kecil sudah mula belajar untuk berdikari. Ketika ini anda sudah boleh melatihnya membuang air kecil dan air besar di bilik air.

✓ Latih si kecil memberi isyarat atau memberitahu anda apabila ingin membuang air kecil atau air besar. Misalnya,'nak shi-shi atau pee' untuk buang air kecil.

✓ Untuk permulaan cuba hentikan pemakaian lampin pakai buang pada 2-3 jam pertama di waktu pagi. Ini dilakukan sama ada anda sendiri atau minta bantuan dari penjaganya.

✓ Bawa si kecil ke bilik air setiap 5-10 minit sekali. Untuk permulaan anda hanya perlu membiasakan dirinya tanpa lampin pakai buang. Jarak masa 5-10 minit penting kerana dalam usia ini biasanya si kecil akan kerap kencing.

✓ Setelah seminggu ke dua minggu,latih untuk masa yang lebih lama daripada biasa. Sentiasa ingatkan atau bertanya sama ada dia ingin ke bilik air atau tidak.

✓ Jangan marah atau kecewa apabila si kecil terkencing tanpa sempat memberitahu anda. Pada peringkat permulaan,ia adalah perkara biasa kerana si kecil belum tahu atau sedar cara mengawal pundi kencingnya. Ia akan menjadi kebiasaan lama-kelamaan.


✓ Apabila mencecah usia 3 tahun ke atas,si kecil biasanya sudah boleh bercakap dengan jelas dan tahu bila masa ingin membuang air kecil. Bagaimanapun anda masih perlu mengingatkannya dari semasa ke semasa. Ini kerana anak kecil mudah terleka terutama apabila sedang bermain.

✓ Menjelang usia 4 tahun,si kecil biasanya sudah tidak mempunyai masalah untuk ke bilik air sendiri. Mereka sudah boleh mengawal pundi kencing. Bagaimanapun ada kanak-kanak pada usia ini masih perlu dipakaikan lampin pakai buang ataupun dialas dengan tikar kalis air ketika tidur malam.

✓ Pada usia 4 tahun ke atas,anda boleh melatih anak supaya ke tandas terlebih dahulu sebelum tidur. Kemudian kejutkan dia dalam tempoh 2 atau 3 jam untuk ke bilik air. Usaha anda pasti tidak akan mengecewakan apabila si kecil sudah boleh bangun sendiri untuk ke bilik air apabila terasa ingin membuang air kecil.

saya masih teringat lagi ada satu ketika saya cuba bagi ainul tidak ber pampes saya dah bgtau kalau nak kencing bgtau mama ye.. dia angguk ..hihihi...apa yang lucu ialah bila dia dah terkencing baru dia bgtau saya yang dia "cing.. mama cing.." huhuhu..

Semoga kita memperoleh manfaat daripada perkongsian ini. 

Insha 'Allah..

Thursday, 7 August 2014

HARGAILAH SAAT-SAAT BERSAMA ANAK ANDA!!!

Assalamualaikum... salam jumaat di bulan syawal yang indah ini... kaum ada jangan lupa g solat okkk.. 

WAhhhh kali ini saya nak share sikit pasal kehidupan seorang wanita selepas punya anak.... nak tahu jom terus scrolll ok..

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

*Sila Komen 

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas.

Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.


1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


**Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda!**

Thursday, 15 May 2014

KURANG KASIH SAYANG MENYEBABKAN OTAK KECIL?

ASsalammualaikum!!! selamat berhujung minggu dan bersolat jumaat untuk para bapa ye... oh sebelum terlupa sempena hari guru ini sy ingin ucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru di seluruh dunia...terutamanya ustaz-ustazah sy yang pernah mendidik sy hingga sy menjadi manusia... jasa kalian tidak akan di lupakan.... begitu juga untuk guru-guruku yang banyak membantu sy dalam membina empayar shaklee ni juga terima kasih untuk anda.... hihihi.. sama ada yang terlibat secara lansung ataupun secara tidak langsung... keeps smile alwaysss!!!

hari ini nak tentang otakkk!!! yesss otak anak-anak kita dipengaruhi oleh ibubapa...macamana tu?

Kesan kasih sayang seorang ibu kepada size otak anak berumur 3 tahun (lihat gambar)



Menurut pakar neurologis, perbezaan pada size otak kanak-kanak berkenaan adalah berpunca daripada perbezaan tahap layanan ibu mereka kepada anak itu. Sebelah kiri dilayan dengan kasih sayang mana kala sebelah kanan kurang kasih sayang. Otak kanak-kanak di sebelah kiri jauh lebih besar, kurang memilik tompokan dan kurang kawasan hitam berbanding otak di sebelah kanan.

Kesan kepada masa depan anak-anak:-

1. Kanak-kanak yang memiliki otak sebelah kiri adalah lebih bijak dan berkeupayan untuk berinteraksi dengan lebih baik dengan masyarakat dan memiliki lebih sifat emphati. Manakala kanak disebelah kanan akan cenderung kepada dadah dan jenayah selain kemungkinan gagal memiliki pekerjaan.

2. Apabila kanak-kanak itu tidak memiliki otak yang berkembang sepenuhnya, seperti mana ibu mereka, akan juga memiliki kecenderungan untuk mengabaikan anak-anak mereka sendiri apabila mereka berkeluarga nanti.

3. Umur yang sangat kritikal adalah semasa bayi berumur di bawah 2 tahun. Jika sudah terlepas tempoh ini ia mungkin tidak dapat dibaiki lagi sampai bila-bila.

 Dalam Al Quran, ibu sendiri digalakkan menyempurnakan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun. 


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu;......." -Al Baqarah : 233.

Jadi jika kita mampu memberi yang terbaik untuk anak-anak kita apa salahnya terus berusaha lagi ...macam contoh soal penyusuan...tentu ada ibu yang berkata "sy tidak ada susu,susu tidak keluar, ada yang bagi alasan sebab kerja jadi tidak sempat kumpul stok susu... semuanya terpulang pada diri kita..jika kita tanamkan azam,cekal tempuh segala dugaan in sha allah kita akan berjaya memberi yang terbaik untuk si manja....

SUMBER...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~