Pages

Wednesday 22 May 2013

SIMPTOM KEHAMILAN YANG ANDA TIDAK BOLEH ABAIKAN

Assalammualaikum...semua mommys yang sedang hamil atau sudah hamil atau merancang untuk hamil lagi jom kita share 16 simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan ....
tidak kira berapa banyak yang telah anda baca atau bincangkan dengan ibu2 lain mengenai kehamilan anda,masih lagi sukar untuk anda mengetahui samaada apa yang anda alami semasa hamil ini adalah normal atau pun tidak.

berikut adalah simptom-simptom yaang perlu anda risaukan,jika anda sedang mengalami salah satu daripada masalah berikut,hubungilah doktor anda dengan segera.

sakit bahagian abdomen
sakit yang teruk atau rasa mencucuk-cucuk pada bahagian abdomen atau atas perut,sama ada disertai loya atau muntah atau pun tidak,boleh jadi merupakan petanda bagi beberapa perkara .anda mungkin mengalami:
~ketakcernaan yang teruk
~jangkitan virus dalam perut
~keracunan makanan.
sekiranya anda kin dalam separuh masa kedua kehamilan ,kesakitan ini mungkin juga menandakan praeklampsia iaitu satu masalah serius yang memerlukan rawatan segera.


sakit bahagian bawah perut

sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara.ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda:
~kehamilan ektopik
~keguguran
~kelahiran pramatang
~fibroid menyusut dan berdarah. 

demam
jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah c tetapi tanpa simptom flu atau selesema ,hubungi doktor anda pada hari yang sama.
jika suhu melebihi 39 darjah c,hubungi doktor anda dengan segera.anda mungkin mempunyai jangkitan .doktor anda akan memberikan antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat.jika suhu anda melebihi 39 darjah c bagi jangka masa yang lama,ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.


Gangguan penglihatan
hubungilah doktor anda sekiranya dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami:
~penglihatan berganda
~penglihatan kabur
~penglihatan malap
~ternampak tompok2 bersinar
~ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada dua jam.simptom2 tersebut boleh jadi tanda-tanda praeklampsia.

Bengkak tangan dan tapak kaki
ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakkan kes ,ini tidak perlu dirisaukan,tetapi jika simptom ini teruk atau berlaku tiba2 dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan ia mungkin simptom praeklampsia.

Sakit kepala yang teruk dan tidak hilang-hilang
 jika anda mengalami sakit kepala yang lebih dari dua atau tiga jam ,bersama dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang berlaku tiba2 pada tangan ,muka dan mata anda,anda mungkin mengalami praeklampsia.

Pendarahan faraj
pendarahan ringan(spotting)tanpa kesakitan mungkin normal proses implantasi iaitu apabila emboria melekat pada uterus pada awal kehamilan ataupun pendarahan penebusan (breakthrough bleeding) namun anda masih perlu menghubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh jadi menunjukkan komplikasi yang serius.
~pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda(lebih banyak atau sedikit dan berwarna gelap) disertai kesakitan teruk pada satu sisi abdomen boleh jadi tanda kehamilan ektopik(kehamilan di luar rahim).
~pendarahan yang banyak terutamanya apabila disertai sakit belakang atau abdomen boleh dikaitkan dengan keguguran atau berpotensi untuk gugur.
~dalam peringkat akhir kehamilan ,pendarahan menunjukkan plasenta praevia,koyakan plasenta atau kelahiran pramatang ( kelahiran yang bermula sebelum minggu ke 37).

keluar cecair daripada faraj
keluarnya cecair daripada faraj sebelum minggu ke 37 bermakna membran anda telah pecah awal .doktor anda pasti mahu anda dimasukkan ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang.

selepas 37 minggu ,anda mungkin akan mula proses pelahiran.hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika pelahiran tidak bermula dalam 24 jam.
Peningkatan rasa dahaga
jika anda tiba2 dahaga tetapi kurang membuang air kecil ,ini mungkin tanda penyahhidratan atau diabetis kehamilan (diabetis gestasi) keduanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda.

Sakit semasa membuang air kecil
sakit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi,menggigil dan sakit belakang mungkin tanda2 jangkitan saluran kencing.jumpalah doctor anda akan dirawat dengan antibiotik.

Muntah yang teruk 
muntah lebih daripada dua hingga tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda tanpa membahayakan bayi anda.anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan(hiperemesis gravidarum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital.

Pengsan atau pening
ini mungkin tanda yang nada tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga bermakna anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah.ramai wanita berasa pening-pening lalat semasa kehamilan.jika pengsan hubungilah doctor anda selepas sedar semula untuk memastikan tiada masalah.

Pergerakkan bayi semakin perlahan
tiada pergerakkan atau pergerakkan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke 21 mungkin petanda yang bayi anda tertekan.jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa ,hubungikah doktor anda.
KEgatalan seluruh badan pada peringkat akhir kehamilan 
simptom2 ini menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis .jika anda mengalami obstetrik kolestasis,anda mungkin juga mengalami jaundis,dengan kencing berwarna gelap dan najis yang pucat.

kegatalan adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar tetapi lebih baik jika anda membuat pemeriksaan ,terutamanya jika kegatalan itu teruk pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda.

Anda jatuh atau terhentak pada perut
jatuh tidak selalunya membawa bahaya tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku.jika anda tergelincir ditangga dan tulang punggung anda tercedara,anda tidak perlu risau bayi anda selamat dilindungi oleh uterus dan cecair amnion.

walaubagaimanapun ,komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes.jika anda mengalami kontraksi,rembesan cecair atau sebarang pendarahan ,hubungilah doktor dengan segera atau pergi ke hospital terdekat.

Anda rasa "tidak begitu sihat"
jika anda tidak pasti mengenai satu simptom,tidak berasa seperti biasa atau tidak selesa,percayalah dengan perasaan anda dan hubungilah doktor anda.jika terdapat masalah anda akan dirawat dengan segera,jika tiada masalah anda akan berasa lega.

berbual dan berkongsi lah kebimbangan anda dengan wanita-wanita lain yang dalam peringkat kehamilan yang sama dengan anda.....

berukhuwah itu banyak hikmah nye ;)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~