Pages

Thursday 30 May 2013

MAKANAN YANG PERLU DI ELAKKAN SEHINGGA BAYI BERUMUR 2 TAHUN

Makanan perlu di elakkan sehingga bayi berusia 2 tahun
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
semakin bayi anda membesar semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan.anda kuga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.

tapi perlu di ingat ,tidak semua makanan sesuai untuk bayi aanda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan.tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai di makan oleh bayi anda.penting untuk anda tahu makanan yang perlu di elakkan..

makanan yang perlu di elakkan :baru lahir hingga 6 bulan.
~semua makanan pejal:
sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.

makanan yang perlu di elakkan :4 hingga 12 bulan
~garam ,gula dan rempah yang pedas dan kuat.
sistem penghadaman bayi belum bersedia.anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

makanan yang telah diproses:
~sup,sayur dan buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

putih telur:
~bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

Buah-buahan Citrus:
~mosimage) buah-buahan dan just citrus seperti buah oren,lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga.buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.

Madu:
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan "botulism" yang membawa kepada maut!.

{mosimage} kacang ,mentaga kacang:
selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat  tinggi ,kacang boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentegs kacang.

susu lembu,susu kambing,susu soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur:
teruskan dengan susu ibuu atau susu formula sehingga bayi setahun.bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi.ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan .produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh di ambil hanya jika tiada sejaran alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.


Makanan laut:
makanan laut terutamanya yang bercankerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

Air kopi ,teh sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat,jus buah pekat:
cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10 .

Gandum dan produk gandum:
kebanyakkan bayi boleh menerima gandum(dalam bijiran,roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur 6-8 bulan tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika  anda risau akan masalah alergi.

Lain-lain makanan yang mungkin bayi alah:
tunggu sehingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung,soya,coklat.jika sejarah alahan adalah teruk ,tunggu sehingga 3 tahun.

Makanan Yang Perlu Di elakkan :12  bulan hingga 24 bulan
~susu rendah lemak
bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lebih lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran.selepas umurnya 2 tahun.andaboleh mula memberi susu rendahh lemak jika anak anda terlebih berat,berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.

Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah:
tunggu sehingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung,soya,coklat jika sejarah alahan teruk tunggu sehingga 3 tahun.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~