Assalamualaikum....
Melihat bayi yang berkulit putih gebu, pasti rasa geram seperti hendak mencubitnya sahaja. Namun bukan semua bayi dikurniakan kulit secantik dan seputih salju.
Panduan menjaga Kulit Bayi
~Bagaimana hendak mendapatkan kulit bayi yang bebas daripada cela? Mungkin tip berikut boleh dijadikan panduan untuk menjaga kulit bayi sihat dan bersih.
~ Pilih pakaian dan kelengkapan tempat tidur yang diperbuat daripada kain kapas. Ia membantu kulit bernafas seterusnya membuatkan bayi selesa.
~Pilih fabrik semulajadi seperti kain kapas untuk pakaian bayi anda kerana ia kurang merengsakan kulit mereka.
~ Elakkan penggunaan buih mandi yang beralkali kerana boleh mengeringkan kulit bayi. Sebaiknya titikkan beberapa titisan krim mandian susu ke dalam besen mandian. Selepas mandi, sapukan losyen pada badan bayi.
~ Simpan pakaian bayi dalam bekas yang bertutup untuk mengelakkan daripada habuk dan hama yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.
~ Kerap membasuh sarung bantal, tilam dan permainan lembut bayi bagi mengelakkan pembiakan kuman.
~ Pastikan anda kerap menukar lampin pakai buang bayi terutama bila dia asyik membuang air kecil. Sebelum memakaikan lampin yang baru, sapukan krim perlindungan pada punggungnya untuk memberikan kulit bayi perlindungan tambahan.
~Air mandian bayi hendaklah suam-suam kuku dan bukan panas supaya kulit bayi tidak mudah mengalami kerengsaan.
~Jangan memandikan bayi dalam masa yang lama untuk mengelakkan kulit bayi daripada berkedut.
~Penggunaan losyen pelembap turut membantu mengekalkan kelembutan dan kekuatan kulit bayi. Gunakan pelembap yang tidak mengandungi alpha hydroxyl acids atau pelindung cahaya.
~ Kuku bayi sangat tajam, nipis dan memanjang dengan cepat. Anda perlu kerap merapikan kukunya iaitu dua kali seminggu. Ia untuk mengelakkan kuku bayi baru lahir boleh mencakar kulit muka mereka sendiri.
Showing posts with label TIPS IBU MENYUSU. Show all posts
Showing posts with label TIPS IBU MENYUSU. Show all posts
Tuesday, 15 July 2014
Monday, 8 July 2013
TIPS SUSU SENTIASA CUKUP SEMASA BERPUASA ~~~~
Assalammualaikum bertemu lagi kita ....huhu sy sudah "siapkan" menu penting sy di kala ramadhan ni agar susu tidak terjejas nanti iaitu ESP,PERFORMANCE DRINK dan SUPPELEMENT SHAKLEE la...
huhu dua-dua minuman menjadi minuman wajib sy nanti ....semoga susu buat my littel sentiasa cukup Amin...sama juga seperti tahun lepas sy dapat berpuasa penuh biarpun sedang menyusui ainul yang ketika itu berusia 3 bulan..alhamdulillah..
antara tips yang boleh sy kongsikan untuk ibu-ibu menyusu yang ingin berpuasa..
SAHUR
~~~~~
~makan makanan berkhasiat.
~makan buah kurma(sy blendkan bersama esp/performance drink je)
~minum air secukupnya
BERBUKA
~~~~~~~
~makan makanan seimbang
~minum air longan kering(rebus sendiri) atau air apa2 yang anda rasa boleh menambahkan susu pastikan jangan mengambil ais yeee...!!!
SEBELUM TIDUR
~~~~~~~~~~~~~~
Amalkan membaca surah al-hujurat(banyakkan susu/murahkan rezki) dan surah al-waqiah(murah rezki).
MEMERAH
~~~~~~~~~~~~~
~Perah pada waktu sahur
~perah pada waktu rehat dipejabat
~jika perlu lebihkan memerahkan pada waktu malam
MIND SETTING
~~~~~~~~~~~
~yakin boleh dan kawal emosi ,elak strees
~kuatkan semangat( para suami tolong suppotr isteri ye)
~dapatkan sokongan (terutama suami la).
~ketika nak makan nasi bacalah selayaknya sebagai orang islam gumpal nasi sebanyak tiga kali ketul.baca surah al-ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.baca lagi makan lagi surah al-ikhlas setiap kali.anda makan seketul gumpalan nasi tadi.
~dah habis makan tiga gumpal tadi tu makanlah seperti biasa ,selepas sahur makan kurma 7 biji ,sebelum tidur bacakan selawat satu kali dan makan sebiji buah kurma(ulang sehingga 7 kali bersamaasn dengan 7 biji kurma).
~pastikan selepas berbuka sehingga bersahur banyakkan minum air masak.letakkan sebotol air di tepi katil untuk memudahkan kita minum setiap kali terjaga dari tidur.
#In sha Allah kuatkan semangat ibu2 !!!! chayokkk chayokkkk!!!!#
Posted by
Unknown
Labels:
TIPS IBU MENYUSU
SUSU BOLEH KERING MASA BERPUASA???
Assalammualaikum semua...alhamdulillah kita bakal bertemu ramadhan pada hari rabu ni.....sudah bersiap semua? hihi ....ibu lah yang paling sibuk nanti bila berpuasa ni yela dia lah yang jadi tukang masak,tukang kejutkan anak2 sahur....namun bagaimana pula dengan ibu yang masih menyusu anak? di kala ramadhan pastinya tidak boleh makan dan minum di siang hari?
dah nak puasa ni bagaimana dengan ibu yang menyusu badan? tak ke susu kering nanti?
walaubagaimana pun puasa sebenarnya tidak memberi kesan nagetif pada penyusuan.malah ada teori yang mengatakan dengan berpuasa ,air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melalui kencing,jadi air dalam badan akan sentiasa dibekalkan kepada kilang susu.
sebenarnya seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa selagi dia tidak mengalami dehidrasi.kerana itu amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam(dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.
amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku.tanda2 berlakunya dehidrasi yang teruk adalah:
~berasa hendak pitam terutama selepas pam atau menyusukan bayi.
~berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
~air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
~terasa loya dan ingin muntah
~rasa menggigil
~berasa lemah dan sakit otot
~mudah marah dan emosi tidak stabil.
bagi ibu mengandung pula selain di atas:
~pergerakkan bayi yang tidak normal
~berlakunya kontraksi
untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak.bagi ibu menyusu dan mengandung sekurang2nya 2 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir dalam badan.
antara lagkah untuk mengelakkan dehidrasi:
~banyakkan mengambil cecair
~makan buah-buahan,sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
~kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
~mengambil vitamin c
~berehat secukupnya
~mengambil minuman isotonok seperti performance drink.
Kenapa sy mencadangkan performance drink selain minuman istonik lain? kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran dan tidak berkabonat.
walaubagaimanapun,seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberi oleh YANG MAHA ESA dalam menjalani ibadah puasa.,yakni rukhsah atau keringan sekiranya menghadapi kesulitan.bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutamanya anak yang disusui dan dikandung kerana ia "hadiah" dari NYA .sudah disediakan dan anak itu lebih di utamakan haknya.
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:
~banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau,oat dan sebagainya.
~jangan skip sahur(lagipun sahur tu sunat)
~banyakkan sesi penyusuan dan mengepam terutama di waktu malam dan waktu bersahur.
~banyakkan bertenang
~mengambil supplement seperti vitamin B complex.
~cuba makan dan minum sedikit -sedikit dan kerap pada waktu malam(takut bloated pula bila sekaligus).
~bawa sebotol air semasa jemaan terawih dan minum sedikit antara rakaat2.
~banyakkan berdoa dan berfikiran positif.
jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh,bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung /menyusui kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh NYA,hak anak lebih diutamakna.tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa sedangkan anak kehausan dan kelaparan .walaubagaimana pun lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan ALLAH semata-mata bukan untuk nampak mulia di mata manusia.

TIPS IBU HAMIL BERPUASA,
TIPS IBU MENYUSU
Subscribe to:
Posts (Atom)
RAHSIA WANITA DI SINI~~