Pages

Monday 8 July 2013

SUSU BOLEH KERING MASA BERPUASA???

Assalammualaikum semua...alhamdulillah kita bakal bertemu ramadhan pada hari rabu ni.....sudah bersiap semua? hihi ....ibu lah yang paling sibuk nanti bila berpuasa ni yela dia lah yang jadi tukang masak,tukang kejutkan anak2 sahur....namun bagaimana pula dengan ibu yang masih menyusu anak? di kala ramadhan pastinya tidak boleh makan dan minum di siang hari?


dah nak puasa ni bagaimana dengan ibu yang menyusu badan? tak ke susu kering nanti?

walaubagaimana pun puasa sebenarnya tidak memberi kesan nagetif pada penyusuan.malah ada teori yang mengatakan dengan berpuasa ,air susu akan menjadi lebih banyak/tidak berkurang kerana kurangnya kita kehilangan air badan melalui kencing,jadi air dalam badan akan sentiasa dibekalkan kepada kilang susu.

sebenarnya seorang ibu menyusu tetap boleh menyusukan seperti biasa selagi dia tidak mengalami dehidrasi.kerana itu amatlah disarankan ibu menyusu dan mengandung agar mengambil air yang cukup pada sebelah malam(dan waktu sahur) untuk memastikan keperluan cecair badan dipenuhi dan menggantikan air yang sudah hilang semasa berpuasa.

amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku.tanda2 berlakunya dehidrasi yang teruk adalah:

~berasa hendak pitam terutama selepas pam atau menyusukan bayi.
~berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
~air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.
~terasa loya dan ingin muntah
~rasa menggigil
~berasa lemah dan sakit otot
~mudah marah dan emosi tidak stabil.

bagi ibu mengandung pula selain di atas:

~pergerakkan bayi yang tidak normal
~berlakunya kontraksi

untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak.bagi ibu menyusu dan mengandung sekurang2nya 2 liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir dalam badan.

antara lagkah untuk mengelakkan dehidrasi:

~banyakkan mengambil cecair
~makan buah-buahan,sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.
~kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
~mengambil vitamin c
~berehat secukupnya
~mengambil minuman isotonok seperti performance drink.

Kenapa sy mencadangkan performance drink selain minuman istonik lain? kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran dan tidak berkabonat.

walaubagaimanapun,seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberi oleh YANG MAHA ESA dalam menjalani ibadah puasa.,yakni rukhsah atau keringan sekiranya menghadapi kesulitan.bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutamanya anak yang disusui dan dikandung kerana ia "hadiah" dari NYA .sudah disediakan dan anak itu lebih di utamakan haknya.
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

~banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau,oat dan sebagainya.
~jangan skip sahur(lagipun sahur tu sunat)
~banyakkan sesi penyusuan dan mengepam terutama di waktu malam dan waktu bersahur.
~banyakkan bertenang
~mengambil supplement seperti vitamin B complex.
~cuba makan dan minum sedikit -sedikit dan kerap pada waktu malam(takut bloated pula bila sekaligus).
~bawa sebotol air semasa jemaan terawih dan minum sedikit antara rakaat2.
~banyakkan berdoa dan berfikiran positif.

jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh,bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung /menyusui kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh NYA,hak anak lebih diutamakna.tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa sedangkan anak kehausan dan kelaparan .walaubagaimana pun lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan ALLAH semata-mata bukan untuk nampak mulia di mata manusia.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~