Pages

Wednesday 31 July 2013

RISIKO URI MELEKAT? RAHIM DI BUANG?

Assalammualaikum...setiap wanita yang hamil pasti merasa berdebar memikirkan bagaimana nasib mereka ketika bersalin kelak? normal atau bedah? takut tumpah darah ,lebih2 lagi uri melekat yang selalu kita dengar sekarang....
ada juga kes sampai terpaksa membuang rahim gara-gara uri melekat ni...seram juga dengar tapi kene ambil tahu juga kerana kita sebagai wanita tidak terlepas dari dunia kehamilan....masalah uri melekat atau dikenali sebagai plasenta accreta tidak kerap berlaku .keadaan ini berlaku apabila uri melekat di kawasan otot dinding rahim(uterus) pada lapisan endometrium.plasenta increta pula aadalah keadaan yang lebih kritikal iaitu uri tertanam ke dalam otot dinding rahim atau lapisan moimetrium.plasennta percreta pula adalah keadaan uri tertanam menembusi keseluruhan dinding rahim ke permukaan luarnya sehingga lapisan serosa dan melibatkan organ yang berdekatan seperti pundi kencing dan rektum.lebih kurang 75-78% daripada kes uri melekat adalah jenis plasenta accreta.lebih kurang  17% lagi masalah plasenta increta.selebihnya iaitu 5-7% disebabkan oleh masalah plasenta percreta.

masalah ini amat jarang sekali berlaku dan boleh didapati satu dalam 2500 kehamilan .kebiasaannya ia mengakibatkan  pendarahan teruk semasa trimester ke-3 kehamilan dan selalu mengakibatkan kelahiran anak pramatang.
bagi anak pula,risiko uri melekat boleh dikatakan tiada kerana ia berlaku setelah anak dilahirkan kecuali jika anak itu pramatang.namun bagi ibu ia boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak(pendarahan melebihi 500 mililiter),rahim tidak atau lambat mengecut ,penggunaan prosedur pengeluaran plasenta secara manual ,pemberian ubat oksitosik dan bius,jangkitan rahim,pendermaan darah,pembedahan mengikat saluran darah arteri iliak interna malah jika terdesak pembuangan rahim,seelok-eloknya elakkan prosedur berkaitan(seperti di atas) melainkan jika perlu.

Apa yang menyebabkan masalah ini?siapa yang berisiko mengalami masalah ini? 
faktor2 yang boleh meningkatkan risiko uri melekat adalah jika wanita hamil itu juga mengalami masalah plasenta previa.plasenta previa dikatakan terjadi apabila plasenta atau uri berasa di bahagian bawah rahim menyebabkan bukaan pangkal rahim tersekat.masalah uri melekat boleh berlaku dalam 10% wanita hamil yang juga mengalami plasenta previa.



Mereka yang berisiko tinggi untuk mangalami masalah ini adalah mereka yang pernah menjalani pembedahan pada rahim seperti D & C (pendilatan dan pengkuretan), sindrom Asherman (pelekatan pada dinding rahim), pembedahan miomektomi (pembuangan fibroid) dan juga pembedahan caesarean pada kelahiran lepas. Ini akan menyebabkan otot dinding rahim pada bahagian tersebut menjadi nipis berbanding pada bahagian lain menyebabkan plasenta yang menempel pada peringkat awal kehamilan akan menyebabkan uri (plasenta) tertanam dengan lebih dalam.

Apa tanda yang menunjukkan kehamilan seseorang wanita itu ada masalah?

Jika wanita tersebut mempunyai sejarah perubatan dan pembedahan lampau yang telah disebutkan di atas dan juga sekarang mengalami kehamilan plasenta previa.

Apakah cara untuk mengesan masalah ini?
plasenta accreta susah dikenali sehinggalah semasa proses kelhairan,agak susah untuk mendiagnosis peringkat awal.penggunaan imbasan ultrabunyi boleh menolong doktor untuk ragu-ragu atau mengagak bahawa seseroang wanita itu mungkin mengalami plasenta accreta.dengan itu mereka akan membuat imbasan ultrabunyi yang lebih lanjut secara penggunaan imbasan ultrabunyi yang mempunyai colour doppler dan seterusnya ujian radiologi yang lebih lanjut seperti penggunaan magnetic resonant imaging(MRI) ..

bagaimanapun kedua-dua cara pengimejan di atas tidak dapat mendiagnosis plasenta accreta secara tepat.plasenta accreta selalunya disyaki jika plasenta masih tidak dapat dikeluarkan selepas 30 minit kelahiran bayi.maka risiko untuk mendapat pendarahan juga meningkat pada masa itu.

Apa jenis rawatan untuk masalah ini?
tidak banyak perkara yang kita boleh lakukan.kebiasaannya jika plasenta accreta didiagnosis sebelum kelahiran(mungkin oleh imbasan ultrabunyi) maka kelahiran tersebut boleh dirancang.kelahiran yang dirancang adalah lebih baik kerana segala persiapan dari segi dewan bedah,bekalan darah,doktar bius,doktar perbidanan dan alat2 pembedahan yang perlu dapat disediakan dengan lebih awal.

cara yang terbaik adalah pembedahan caesarean yang dirancang dan teruskan dengan pembedahan histerektomi(pembuangan rahim) jika terpkasa bagi kes yang telah diagnosis sebelum kelahiran.bagi kes wanita yang masih ingin hamil pada masa hadapan munngkin pembedahan pembuangan plasenta sebanyak yang boleh diperlukan dan hanya tinggalkan sedikit daripada bahagian plasenta yang melekat.
selepas itu wanita tersebut perlu diberikan antibiotik dan mungkin juga ubat methoxtrexate bagi mengecutkann sebahagian plasenta yang ditinggalkan jika perlu.antibiotik perlu diberikan kerana sebahagian plasenta yang tinggal akan mengecut dan nektotik.keadaan ini kadang2 menyebabkan jangkitan kuman.pada masa yang sama wanita ini perlu pemindahan darah yang banyak dan dirawat dihospital dalam jangka masa lebih lama berbanding kelahiran normal.

bolehkah rahim diselamatkan jika mengalami masalah ini? 
tak semestinya,ada yang boleh diselamatkan dan ada yang tidak.perkara ini bergantung kepada situasi dan keadaan. wanita tersebut semasa kelahiran.doktor akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan wanita dan juga rahim wanita tersebut,tetapi jika keadaan tidak mengizinkan dan nyawa wanita amat kritikal maka doktor terpaksa dengan pembedahan histretomi.

 SUMBER


pengajaran ialah cintai dan kasihi isteri anda ....sayangi dan hormati ibu anda yang bertarung nyawa melahirkan anda ke dunia!!!!

2 comments:

  1. posting ni da lama.. tp istri sy sdang alami.. kmi sgt kcewa.. tpi sy yakinkan istri sy supaya redha.. dan positif agar rahim dpt dislmatkan.. mohon doakan istri sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik.. Saya juga mengalami uri melekat ni.. Kedua dua anak saya.. Saya uri melekat.. Skrg tgh preg anak ketiga.. Dr kata.. 99.9% akan melekat juga..tp Saya redha akan apa yg berlaku.... Skrg istri encik mcm mana.... Encik boleh contact saya.. ( 011 11881816)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~