Pages

Sunday 21 July 2013

BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN ....PENTING SANGAT KE?

Assalammualaikum...hari ni sy nak share pasal berpantang selepas keguguran ,,,,alhamdulillah sy belum pernah lagi mengalami detik keguguran tersebut tapi mak sy sering berpesan bahawa berpantang selepas keguguran lebih penting atau jauh lebih kuat lagi kene berpantang dari berpantang semasa bersalin....kenapa? sy pun ingin tahu....

Mengikut ilmu perbidanan melayu,keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran.keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.

Angin gugur -->>ialah angin yang menyerang selepas keguguran ,mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa keguguran-->>ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahahgian ari-ari ,pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan ,barulah dia dapat kembali sembuh.penyakit angin gugur ini tidak dapat di ubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C.malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C  terutamanya jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.


keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya.ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakkan .masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah.apabila rahim tidak dibersihkan dengan rapi,toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan.sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.


Mengikut petua melayu.penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang kegugran,ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan.berlainan halnya dengan ibu yang keguguran sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan oleh sebab itulah  bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.

kebanyakkan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran.ini tejadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran,manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas ,akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden,kit percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.

Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran.oleh sebab itu ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya.sesungguhnya ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran" seperti tekanan emosi,masalah kesuburan,lemah rahim,ketidakseimbangan hormon serta bengkak dan bisa otot peranakkan .penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit.betis.lutut serta pinggang,kebas-kebas sendi,mudah seram sejuk ,demam tidak kebah dan kalah dalam perjuangan jimak.

oleh itu sebagai pengajaran kita wajib berpantang tidak kira pantang bersalin atau keguguran#######kerana demi rumahtangga kita ,kita wajib menjaga "dalaman" kita .....
Nak tahu cara berpantang selepas keguguran mcmna??? tunggu my next blog ye,,,,,hihihi...sabar ;-)

3 comments:

  1. Good info sis..kadang kita kena bersedia juga pada benda yang ak disangka..;)

    ReplyDelete
  2. Good info sis..kadang kita kena bersedia juga pada benda yang ak disangka..;)

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan.thanks untuk info yg sgt berguna.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~