Pages

Thursday 30 May 2013

CARA YANG BETUL MEMBERI BAYI MAKAN

Assalammualaikum...hello...namaste...vanakkam ,,,,hmm bahasa cina je kurang hihi (jangan marah ye)..ok kali ni sy nak share tentang cara memberi makanan pada bayi...
CARA BETUL MEMBERI BAYI MAKAN

1~Anak berada dalam keadaan selesa
~pangku bayi anda semasa memberinya makan.tinggikan sedikit bahagian kepala supaya dia dapat makan dgn lebih selesa.unntuk menjaga kebersihan pakaian bayi gunalah bib.

2~makanan yang sesuai
~makanan pertama yang anda perkenalkan kepada bayi mestilah lembut dan tidak terlalu berperisa.biasanya pada peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi kerana tekstur dan rasa yang seakan susu.

3~Tidak terlalu panas
~makanan bayi tidak terlalu panas dan tidak pun terlalu sejuk.cukuplah sekadar suam-suam.selain itu jangan suapkan terlalu banyak makanan pada satu-satu masa.beri anak anda makan sedikit demi sedikit.cara ini akan memudahkan anak untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang  sama belajar menggunakan sudu dan bukan melalui botol susu.

4~bersabar 
~pertama kali memberi anak makan memang memerlukan kesabaran yang tinggi.anak anda tidak mudah menerima makanan yang diberi,mungkin sebab dia belum biasa untuk makan.jadi ambillah masa.

5~Jaga kebersihan 
~pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya bersih daripada sebarang kekotorann untuk mengelakkan bayi anda sakit perut.hal ini perlu dipandang seriusagar bayi tidak berasa serik untuk makan.Ingat memberi anak makan adalah untuk menjadikan mereka lebih sihat dan bukan mendapat penyakit.

6~pastikan bayi betul-betul lapar ketika itu
~Ramai berpendapat waktu terbaik untuk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun tidur pada waktu pagi .mungkin di antara pukul 10 pagi hingga 11 pagi.ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar .agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dengan memberi makan.

***INFO***
masa terbaik untuk memberi anak makan buat pertama kali ialah pada waktu pagi ataupun tengahhari.Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makanan.jika hal ini berlaku pada waktu siang mudahlah bagi anda untuk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~