Pages

Thursday 15 May 2014

KURANG KASIH SAYANG MENYEBABKAN OTAK KECIL?

ASsalammualaikum!!! selamat berhujung minggu dan bersolat jumaat untuk para bapa ye... oh sebelum terlupa sempena hari guru ini sy ingin ucapkan selamat hari guru buat semua guru-guru di seluruh dunia...terutamanya ustaz-ustazah sy yang pernah mendidik sy hingga sy menjadi manusia... jasa kalian tidak akan di lupakan.... begitu juga untuk guru-guruku yang banyak membantu sy dalam membina empayar shaklee ni juga terima kasih untuk anda.... hihihi.. sama ada yang terlibat secara lansung ataupun secara tidak langsung... keeps smile alwaysss!!!

hari ini nak tentang otakkk!!! yesss otak anak-anak kita dipengaruhi oleh ibubapa...macamana tu?

Kesan kasih sayang seorang ibu kepada size otak anak berumur 3 tahun (lihat gambar)



Menurut pakar neurologis, perbezaan pada size otak kanak-kanak berkenaan adalah berpunca daripada perbezaan tahap layanan ibu mereka kepada anak itu. Sebelah kiri dilayan dengan kasih sayang mana kala sebelah kanan kurang kasih sayang. Otak kanak-kanak di sebelah kiri jauh lebih besar, kurang memilik tompokan dan kurang kawasan hitam berbanding otak di sebelah kanan.

Kesan kepada masa depan anak-anak:-

1. Kanak-kanak yang memiliki otak sebelah kiri adalah lebih bijak dan berkeupayan untuk berinteraksi dengan lebih baik dengan masyarakat dan memiliki lebih sifat emphati. Manakala kanak disebelah kanan akan cenderung kepada dadah dan jenayah selain kemungkinan gagal memiliki pekerjaan.

2. Apabila kanak-kanak itu tidak memiliki otak yang berkembang sepenuhnya, seperti mana ibu mereka, akan juga memiliki kecenderungan untuk mengabaikan anak-anak mereka sendiri apabila mereka berkeluarga nanti.

3. Umur yang sangat kritikal adalah semasa bayi berumur di bawah 2 tahun. Jika sudah terlepas tempoh ini ia mungkin tidak dapat dibaiki lagi sampai bila-bila.

 Dalam Al Quran, ibu sendiri digalakkan menyempurnakan penyusuan sehingga bayi berumur 2 tahun. 


"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu;......." -Al Baqarah : 233.

Jadi jika kita mampu memberi yang terbaik untuk anak-anak kita apa salahnya terus berusaha lagi ...macam contoh soal penyusuan...tentu ada ibu yang berkata "sy tidak ada susu,susu tidak keluar, ada yang bagi alasan sebab kerja jadi tidak sempat kumpul stok susu... semuanya terpulang pada diri kita..jika kita tanamkan azam,cekal tempuh segala dugaan in sha allah kita akan berjaya memberi yang terbaik untuk si manja....

SUMBER...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~