Pages

Sunday, 5 January 2014

CARA MENGELAK KANSER USUS

Assalammualaikum....hari ini sy rasa terpanggil nak share tentang penyakit kanser usus....syukur alhamdulillah di malaysia kita kaya dengan makanan kerana di negara terdapat pelbagai jenis kaum,budaya dan bangsa......

ok berbalik pada penyakit usus tadi,,,,,kita sering kali mengabaikan kesihatan perut dalaman perut kita sering menyebabkan kesihatan terjejas,,,,,
ye salah satunya adalah makanan tidak seimbang,kurang bersenam dan merokok.. 

ADAKAH anda kerap menghadapi masalah sembelit sehingga ke tahap yang serius? Tahukan anda kanser usus merupakan salah satu faktor punca berlakunya masalah sembelit yang kronik?

Kanser usus merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia dan statistik daripada Kementerian Kesihatan turut mencatatkan 90 peratus daripada pesakit kanser ini adalah mereka yang berusia 40tahun ke atas.

Namun, kanser ini turut menyerang golongan muda atas faktor pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan merokok.

Menurut Pakar Perundingan Bedah Am dan Kolorektal Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Seenivasagam Theruvenkidan, kanser usus sukar dikesan di peringkat awal kerana kebanyakan pesakit hanya mengetahuinya setelah menunjukkan petanda apabila penyakit ini berada di peringkat serius.



''Antara tanda kanser usus sudah kronik ialah apabila pesakit mengalami masalah membuang air besar akibat daripada pembentukan sel kanser di dalam usus besar yang menghalang laluan najis,'' katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tambahan Dr. Seenivasagam, sembelit yang kronik merupakan salah satu simptom kepada masalah kanser usus atau kolon apabila sel kanser yang semakin membesar menyebabkan bukan sahaja najis tidak dapat melalui usu dengan sempurna malah terdapat juga masalah lain seperti tidak dapat mengeluarkan angin daripada badan.

Beliau berkata, kesedaran mengenai kanser usus lagi kurang dalam kalangan masyarakat di negara ini kerana ramai pesakit datang berjumpa doktor hanya ketika kanser telah berada di peringkat ketiga dan keempat iaitu peringkat yang serius di mana sel kanser telah merebak ke bahagian usus dan organ yang lain.

''Beberapa simptom yang boleh mengesan kanser usus antaranya adalah najis yang bercampur darah, sembelit kronik diselang-seli dengan najis yang berair dan beberapa simptom lain,'' katanya.

Namun kebanyakkan pesakit gagal mengesan kanser ini di peringkat awal dan menurut Dr. Seenivasagam beberapa ujian akan dijalankan untuk mendiagnos penyakit ini.

Antara ujian yang akan dilakukan ialah kolonoskopi yang mana tiub akan dimasukkan ke dalam badan untuk melihat keaddan di dalam kolon.

''Jika terdapat ketumbuhan biasa, ia akan dibuang dengan menggunakan peralatan tersebut dan jika kanser usus dikesan, pembedahan akan dijalankan bagi membuang usus yang dijangkiti sel kanser,'' katanya.

Setelah pembedahan dilakukan sistem pencernaan akan kembali berfungsi dengan baik dan masalah sembelit akan hilang. -Sumber Utusan Malaysia

Antara preskripsi diet untuk mencegah masalah sembelit:-
Makanan tinggi serat seperti buah, sayur, kekacang, bijirin penuh
Buah-buahan kering terutama buah prune
Minuman panas contohnya kopi yang mengandungi kafein
Psyllium
Probiotik
Supplement


Petua Islam: Pesanan Rasulullah Tentang Kesihatan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kesihatan merupakan nikmat yang sangat besar dalam hidup dan mesti dijaga dengan seelok-eloknya. Bila kesihatan terjejas, nescaya prestasi dalam lapangan hidup yang lain pun sedikit sebanyak akan turut terjejas. Nabi Muhammad s.a.w. selalu berpesan kepada umatnya agar menjaga kesihatan sebagai langkah mencegah penyakit, supaya kita dapat membuat amal kebajikan yang sebanyak-banyaknya. Berikut adalah antara pesanan Rasulullah dalam hal penjagaan kesihatan.



1.Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikan juga ubatnya, kecuali ajal. Firman Allah bahawa sesiapa yang hidupnya menurut petunjuk al-Quran akan lanjut usianya.

2.Asal segala penyakit ialah sejuk. Oleh kerana itu, makanlah apabila perlu dan jangan makan jika tidak perlu. Maksudnya janganlah kita masih makan sedangkan kita dalam keadaan kenyang.

3.Perut itu rumah penyakit dan puasa itu raja segala ubat. Jadikanlah puasa itu kebiasaan anda.

4.Pada pandangan Allah, makanan yang paling baik ialah makanan yang dimakan beramai-ramai.

5.Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan, makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan dua orang yang lain ialah makan dengan para Nabi. Maksudnya di sini hidup bersosial adalah sangat ditekankan dan seelok-eloknya makanlah bersama-sama keluarga atau sahabat-sahabat dalam suasana yang harmoni.

6.Biarkanlah makananmu agak sejuk sebelum memakannya, kerana makanan yang panas (terlampau panas) itu tidak berkat.

7.Apabila makan, tanggalkanlah kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat. Inilah nasihat yang baik.

8.Ada keberkatan pada makanan di tengah pinggan. Oleh itu mulakanlah makan makanan yang di tepi pinggan dahulu, bukan mula dari tengah. Maksudnya hendaklah kita jangan tamak dengan menerkam makanan yang di tengah (ditengah biasanya diletakkan lauk yang sedap tu..)

9.Ada keberkatan dalam tiga perkara iaitu sarapan pagi, roti dan sup.

10.Berus gigi dengan “miswak” (kayu sugi) selepas makan dan berkumur-kumur kerana kedua-dua amalan ini ialah penjaga gigi.

11.Gunakan miswak kerana amalan ini datang dari kebersihan, kebersihan datang dari iman dan iman membawa seseorang itu ke syurga.

12.Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung (tidak membazir).

13.Makan bersama barulah bersurai, kerana keberkatan itu ada dalam jemaah.



14.Kurang makan kuranglah dosa.

15.Menimbunkan dalam pekara berikut adalah dilarang iaitu menimbunkan gandum, barli, kismis, sekoi, lemak, madu lebah, keju, walnut dan zaitun.

16.Jangan minum sambil berdiri kecuali orang yang berpenyakit sengal pada paha dan pangkal paha.

17.Sarapan pagi pada waktu fajar (dinihari) ada berkatnya.

18.Ketika aku mikraj, tidak ada seorangpun malaikat yang tidak berkata, “Wahai Muhammad s.a.w. beritahu ummat mu supaya berbekam.

19.Siapa yang sakit selama 7 hari, maka ia adalah penghapus dosa selama 70 tahun.

20.Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata (bukankah timbangan nikmat mata lebih berat dari ibadat 500 tahun) dan tidak ada kerunsingan seperti kerunsingan kerana berhutang.

21.Apabila Nabi s.a.w. menziarahi orang sakit, baginda biasanya berkata, “hindarlah (nyahlah) perdaya iblis, kekuatan itu dengan Allah, sembuh, dan disembuhkan, tidak ada yang menyembuhkan melainkan Engkau”.

Itulah antara sunah Rasulullah s.a.w.


1 comment:

  1. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan...akar kayu warisan...merawat dan membaik pulih...jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi...

    sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin

    NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~