Pages

Tuesday 28 January 2014

JAUNDIS ATAU KUNING??? ANDA BAKAL IBU BAPA JOM SELAMI APA ITU JAUNDIS ?

Assalammualaikum hai semua!!! sihat?? alhamdulillah......

Pasti ramai ibu dan bakal ibu yang kerisauan bila mana bayi yang dilahirkan mengalami kuning atau dikenali sebagai JAUNDIS.. pelbagai cara yang dilakukan oleh ibu dan ayah semata-mata untuk menghilangkan jaundis yang dialami si kecil..

Ada yang bermula dari hamil lagi sudah mengamalkan pelbagai pemakanan dengan tujuan untuk menggelakkan anak daripada terkena jaundis. Tapi, bila sesudah melahirkan..bayi masih terkena jaundis...aduhai...risau hati dan sayu apabila melihat si kecil terpaksa dicucuk setiap hari di tapak kaki untuk mengambil darah..ada yang sehingga terpaksa diletakkan di bawah lampu untuk menghilangkan jaundis..ada juga yang jaundis sehingga sebulan dua..


Jom ibu dan ayah..selami apa itu jaundis..dah kenali jenis-jenis jaundis..dan apa yang boleh ibu dan ayah lakukan sekiranya si kecil terkena jaundis...terutama jaundis yang berpanjangan.


Apa itu JAUNDIS?

Tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir.

Tahap jaundis adalah tinggi lebih kurang hari keempat dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran. Ingat, jaundis bukanlah tanda anak anda sakit/tidak normal atau anak anda mengalami penyakit. Ia juga dikenali sebagai PHYSIOLOGICAL JAUNDIS.

Sewaktu bayi/anak kita di dalam rahim, bahan buangan akan dibuang melalui plasenta si ibu. Maknanya di sini bayi kita dibantu oleh si ibu. Namun, selepas bayi lahir, badannya sendiri harus melakukannya. Salah satu bahan buangan ini adalah BILIRUBIN. Badan bayi kita perlu masa untuk “belajar” membuang bilirubin sendiri. Jika kandungan bilirubin dalam badan terlalu tinggi, ini akan menyebabkan jaundice bayi tinggi. Hati akan menyingkirkan bilirubin daripada darah bayi (sel darah merah pecah lebih cepat sewaktu bayi berbanding org dewasa).

Namun, hati bayi baru lahir masih belum matang dan mengambil masa untuk menyingkirkan bilirubin. Ini sebabnya 9 daripada 10 bayi mengalami kuning atau jaundice. Jika level bilirubin terlalu tinggi, kebiasaannya bayi akan ditahan dan diletakkan di bawah cahaya fototerapi.

Golden rule

Bilirubin hanya boleh disingkirkan melalui najis bayi. adalah dinasihatkan utk menyusu bayi sekerap yang boleh supaya bilirubin boleh disingkirkan dengan cepat oleh najis bayi.

Cara apa bayi boleh membuang najis dgn cepat?

Tentulah susu ibu yang mudah dihadam itu! Bukan susu kambing, air masak atau susu formula.

Faktor bayi mengalami jaundis yang agak lama:

* Bayi lahir pra-matang
* Blood Group Incompatibility – Jika darah bayi berlainan dari ibunya, badan ibu akan mengeluarkan antibodi utk memusnahkan sel darah merah bayinya. Ini akan menyebabkan bilirubin build up dengan segera di dalam darah bayi. Jadi, kuning bayi akan menjadi tinggi dan lebih lama.
* Bayi mengalami BREASTMILK JAUNDIS atau BREASTFEEDING JAUNDIS
* Bayi terkena jangkitan atau penyakit lain.*
Kelenjar tiroid bayi tidak berfungsi dgn baik.*
Bayi mempunyai penyakit hati (jarang berlaku)

Golden rule:

*Kuning berlanjutan selepas 2 minggu untuk bayi cukup bulan dan 21 hari utk bayi pramatang, keadaan ini perlu diambil perhatian.
* Air kencing bayi menunjukkan warna yang tidak sepatutnya – ini harus di ambil perhatian dan tidak kira pada bila umur harinya.

Untuk kepastian, ibu dan ayah boleh melakukan Split bilirubin test – Liver Function test, thyroid function test, ambil urin bayi utk mengetahui samada terkena jangkitan atau tidak.

Jika kesemua ujian adalah normal dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Tepat, bayi anda mengalami breastmilk jaundice.


APA ITU BREASTFEEDING JAUNDIS?

Terdapat juga fenomena kekuningan jaundis disebabkan apabila bayi tidak dapat susu yang mencukupi. Selalunya disebabkan bayi-bayi yang baru dilahirkan ini lambat diberikan susu dan diberikan susu beberapa hari selepas itu, menyebabkan bayi menjadi lebih kekok dan akhirnya tidak pandai menghisap susu dengan baik dari payudara ibunya.

Menghisap susu secukupnya akan menggalakkan pergerakan usus dan menggalakkan bilirubin dikeluarkan dari tubuh melalui najis. Kekuningan ini akan berkurangan apabila bayi mulai menyusu dengan baik.

Oleh itu, jawapan saya adalah “susu ibu tidak merbahaya kepada bayi dan tidak menyebabkan kekuningan jaundice yang serius pada mereka. Penyusuan ibu harus diteruskan, kecuali dengan arahan doktor”Bagi ibu yang mempunyai kekuningan pada bayi mereka, bawalah anak berjumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kandungan bilirubin dalam darah.

Jika tahap kepekatan bilirubin kurang dari 20 miligram, beberapa langkah yang boleh dilakukan, antaranya:*Menambahkan kekerapan menyusukan bayi sehingga 8-12 kali sehari. Apabila penyusuan kerap dilakukan, ini akan menggalakan pergerakan usus dan secara tidak langsung akan pengeluaran bilirubin melalui najis.*Belajar dari jururawat yang mahir tentang penyusuan efektif kerana apabila bayi tidak menghisap puting dengan cara yang betul, ini akan menyebabkan jumlah susu yang diterima akan berkurangan.

Ramai yang memberikan air glucose kepada bayi (petua orang kampung) bagi mengurangkan kekuningan. Sebenarnya petua ini amat berbahaya kerana apabila memberikan air glucose boleh menyebabkan kembung perut dan menyebabkan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis.

APA ITU BREAST MILK JAUNDIS?

1- 2% bayi yang menyusu dgn ibunya secara eksklusif akan mengalaminya. Ini mungkin disebabkan terdapat bahan yang terhasil di dalam susu ibunya yang akan menyebabkan paras bilirubin meningkat. Tidak ada siapa yang boleh mengesahkan kandungan apa yang menyebabkan kes breastmilk jaundis, tetapi ada kandungannya yang menyerap semula bilirubin atau mengurangkan proses hati terhadap bilirubin.

Jika ibu mengalami perkara yang sama, jangan diberhentikan penyusuan dan gantikan dgn air masak atau susu formula. Teruskan penyusuan. Yang penting, tahu berapa tahap bilirubin, pantau berat badan anak, sentiasa dapatkan nasihat doktor dan tiak malas utk ke klinik mengetahui perkembangan anak.

Susukan anak on demand- bila2 masa dia mahu, perhatikan aktiviti ‘poo-poo’ nya, suhu badannya dan keadaannya.

Sabar itu sangat penting – bertenang. Ibu harus bertenang dan tidak panik. apa yang penting, pantau keadaan anak. Jgn tak ambil tahu langsung dan terus anggap “anak saya mengalami breastmilk jaundis..”

*Pastikan anak telah jalani ujian. *Susukan sahaja bayi – anytime – lagi banyak dia buang air besar, lagi baik.
* Tiada campurtangan bahan lain dari orang lain – minum susu kambing, bagi banyak air masak, bagi bayi makan anggur muda, bagi makan ini dan itu sedangkan sistem pencernaan bayi masih belum matang utk itu. Bayi hanya perlu susu ibu dan hanya MAHU susu ibu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~