Pages

Thursday 27 December 2012

PEMAKANAN PERSEDIAAN HAMIL~~~~~

amalan pemakanan sebelum hamil amat penting untuk dititik beratkan .tidak kira sama ada si isteri atau si suami..pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat.jom kita ceklist  tips buat bakal ayah dan ibu ni,,,,,

1)perbaiki gaya pemakanan!
anda dan suamin perlu memperbaiki diet dengan merancang pemakanan.seelok-eloknya makanan itu kurang lemak tetapi banyak serat.amalkan setiap memakan beberapa hidangan buah-buahan ,sayuran,bijiran dan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu,yogutr dan keju.kekurangan nutrient dalam tubuh boleh mempengaruhi kitaran haid.dalam pada itu sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin c dan E,zink dan asid folik penting untuk membentuk sperma yang sihat.

2)ambil supplement tambahan!!!
biarpun beranggapan diri telah mendapat zat pemakanan mencukupi menerusi diet yang seimbang,anda tetap disarankan untuk mengambil vitamin tambahan.dengan cara ini ia dapat memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan.

3)makan asid folik!!!
nutrient ini terbukti dapat mengurangkan risiko kecacatan saraf seperti spina bifida.ia juga dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung,kanser dan kencing manis.asid folik merupakan vitamin larut air .jadi tubuh anda akan membuang asid folik yang diambil secara berlebihan.jika memasak sayuran yang kaya dengan asid folik anda perlu menggunakan hanya sedikit air bagi mengelakkan pembaziran asid folik terlarut dalam air.

4)dapatkan berat badan ideal!!
mengurangkan sedikit berat badan bagi yang bersaiz besar atau menambahkan sedikit berat badan jika anda terlalu kurus sangat penting.ia perlu dilakukan agar kandungan anda nanti tidak bermasalah.golongan yang terlalu gemuk bakal menghadapi komplikasi kehamilan,manakala bagi yang terlalu kurus pula dikhuatiri akan melahirkan bayi tidak cukup bulan atau kelahiran pramatang.

5)hindari tabiat buruk!!!
tinggalkan tabiat meminum alkohol,pengambilan dadah dan ubatan melainkan atas nasihat doktor.kurangkan juga pengambilan minuman berkafein.jauhi drpd rokok atau golongan perokok kerana ia bakal memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan anda kelak.

6)pemakanan isteri!!
kekurangan zat dan vitamin boleh mengganggu kitaran haid dan menyukarkan proses pengiraan hari subur.jadi ambil perhatian jenis makanan yang patut anda amalkan:

~ASID FOLIK ia boleh diperolehi drpd sayuran berdaun hijau,buahan sitrus,kekacang,bijiran,beras perang,ayam,telur,susu,keju ,daging kambing,daging lembu .

~ZAT BESI DAN PROTIEN sayur bayam sangat kaya dengan zat besi .manakala protein anda boleh mengambilnya drpd makanan tenusu ,telur dan soya.

~MAKANAN LAIN antara makanan yang dipercayai mampu menggalakkan kesuburan wanita ialah tauge,kacang dal dan kacang botol.

~DIET SUAMI MAKANAN MENGANDUNGI ZINK fungsi zink adalah untuk penghasilan sperma yang sihat.zink dapat membantu meningkatkan paras testosteron dan jumlah semen lelaki.jumlah keperluan harian adalah 11mg.contoh makanan yang mengandungi zink ialah strawberi ,kekacang ,makanan laut ,daging merah dan tiram.selain itu terdapat juga vitamin -vitamin yang mengandungi zink.antaranya asid amino,vitamin A,vitamin B6,vitamin B12,vitamin C,vitamin E dan folate.jika suami mengambil supplement zink elakkan dari memakannya serantak bersama kalsium atau susu,ini kerana kalsium boleh mengurangkan penyerapan zink ke dalam tubuh.

~BETIK ia mengandungi vitamin C ,jadi ia baik untuk meningkatkan kualiti sperma.adalah baik untuk mengamalkan vitamin c untuk pengeluaran sprema yang sihat.

~KOPI ia dipercayai meningkatkan keaktifan sperma.namun jangan mengambilanya secara berlebihan.

***********PERLU DIELAKKAN ***********

~kafein satu kajian di amerika mendapati pengambilan kafien lebih drpd tiga cawan kopi sehari akan mengurangkan peluang kehamilan .

~alkohol cuba elakkan drpd mengambil alkohol untuk tempoh tiga bulan sebelum anda cuba hamil.di pihak suami mengambilnya berlebihan akan menjejaskan sperma dengan merendahkan paras testosteron.(jika anda beragama islam anda adalah dilarang keras dan haram untuk menyentuh arak!!!!)

~rokok perokok selalu dikaitkan dengan kemandulan .satu kajian finland mendapati bahawa 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul!!!!.malah lelaki perokok mengeluarkan sedikit sperma apabila ejakulasi .

~ikan mengandungi merkuri terdapat beberapa jenis ikan mempunyai kandungan yang tinggi.merkuri boleh berkumpul di dalam tubuh dan boleh memudaratkan bayi yang bakal dikandung .elakkan memakan ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi seperti jerung,todak dan mekeral semasa cuba hamil.

~makanan tertentu daging yang diproses(daging dalam tin,rendang segera,daging salai),shushi mentah dan produk tenusu tidak dipasteur(keju lembut)harus di elakkan .ia berkemungkinan mengandungi bakteria merbahaya seperti listeria yang mengakibatkan listeriosis.jangkitan ini boleh menyebabkan keguguran dan kelahiran bayi pramatang.


~~vitamin buat suami klik sini
~~vitamin buat isteri klik sini
~~nak slim dan sihat klik sini











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~