Pages

Saturday, 29 December 2012

TIPS BERIBADAH SAMBIL BEKERJA

ramai yang leka bekerja sehingga lupa akan tuntutan terhadap agama.ada yang terlalu mengejar kehendak pelanggan hinggakan terlepas untuk menunaikan solat fardhu hingga tanpa disedari kita sudah menjadi hamba duit atau hamba kepada dunia!!!! nauzubillah min zalikk.
orang cerdik pandai ada menyebut letakkan dunia di tangan jangan di hati.ini kerana apabila dunia berada di tangan ia senang untuk dikendalikan tetapi apabila letakkan dunia dihati ia akan dicintai dan dunia yang akan mengawal kehidupan manusia.
 jadi tidak mustahillah kita akan bekerja bermati-matian hingga lupa mati  boleh datang pada bila-bila masa.jadi di sini ada beberapa tips untuk kita bekerja tanpa meninggalkan tuntutan agama.

~~MEMASANG NIAT YANG BETUL~~
pasangkan niat keluar bekerja kerana mencari rezki untuk diri sendiri,keluarga dan juga keluar bekerja kerana ALLAH SWT .jika memasang niat yang betul,hati akan menjadi tenang sepanjang melakukan kerja dan kerja-kerja yang dilakukan dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada rasa tekanan atau pun dengan fikiran yang berserabut.

~~AMANAH KETIKA BEKERJA~~
amanah juga merangkumi jujur terhadap waktu bekerja.seandainya anda sering terdedah dengan waktu kerja di luar elakkan "mencuri" waktu  itu untuk kepentingan peribadi.

~~SENTIASA BEKZIKIR DALAM HATI~~
ketika tangan sibuk mengetuk papan kekunci komputer menyiapkan kerja,tidak salah andai hati dan lidah dibasahkan dengan zikir kepada ALLAH SWT .perkara ini tidak susah untuk dilakukan tetapi ia perlu dibiasakan.





~~JANGAN LENGAHKAN SOLAT FARDHU!~~
solat fardhu adalah tuntutan kepada setiap orang yang beragama islam dan ia juga adalah tiang agama.dalam kesibukkan bekerja ada yang terlepas waktu menunaikan solat dan dek kerana kesibukkan masa solat berlalu begitu saja.jadi kita tidak boleh menunggu hingga selesai semua kerja untuk menunaikan solat kerana kerja itu tidak pernah akan selesai.jadi kita perlu sediakan sekian-sekian waktu adalah untuk menunaikan solat.jangan hanya fikirkan untuk melangsaikan tanggungjawab kepada majikan kerana ALLAH SWT adalah MAJIKAN  kepada seluruh umat manusia.

~~GUNAKAN GAJI ATAU UPAH KE JALAN YANG BETUL~~
belanjakan gaji atau upah yang diterima dengan cara yang sebaik mungkin .manfaatkan pendapatan itu untuk menyara keluarga dan diri sendiri tanpa membazir kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.salurkan sedikit gaji itu untuk ibu bapa dan membayar zakat untuk mendapat lebih keberkatan dan sentiasa berasa tenang dengan wang yang ada.


kredit by ainnaina 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~