Selagi  bernama wanita, tiada seorang pun daripada mereka di dunia ini yang terlepas daripada mengalaminya. Paling tidak, sekali seumur hidup mereka.

Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina serta  bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa ovulasi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.
Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:

ü  Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia

ü   Jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal

ü   Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau

ü  Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah

ü  Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:

>> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen

>> Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen

>> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Gejala jangkitan ini merupakan sebab utama kebanyakan wanita berjumpa doktor. Begitu juga dengan Shahidah. Selepas didiagnosis dengan penyakit kerongkong, doktor telah mempreskripsinya dengan sejenis antibiotik. Tidak lama selepas pengambilan ubat itu, keadaan Shahidah bertambah baik. Sakit kerongkongnya semakin berkurangan manakala suhu badannya pula kembali normal. Dia baru sahaja hendak meneruskan semula rutin sehariannya yang agak sibuk seperti biasa apabila Shahidah, pada suatu pagi, mulai perasan, ada cecair yang agak luar biasa melekat pada celana dalamnya. Lebih memburukkan keadaan, cecair tebal keputihan seperti keju itu menyebabkan bahagian alat sulitnya mengalami kegatalan yang amat sangat. Doktor mengesahkan Shahidah telah dijangkiti kulat faraj atau istilah perubatannya Vaginal Candidiasis, akibat penggunaan antibiotik bagi merawat sakit kerongkongnya sebelum ini.  ``Jangkitan kulat faraj lazimnya bukanlah sejenis jangkitan yang serius tetapi ia menyebabkan ketidakselesaan yang ketara kepada wanita. ``Ia berpunca daripada organisma kulat seakan-akan fungus, Candida Albicans yang tidak seimbang di dalam faraj,'' kata pakar perunding kesihatan reproduktif di salah sebuah pusat perubatan di Klang, Selangor, Dr. Alice Prethima Michael.

Adalah dianggarkan sehingga 75 peratus (tiga daripada empat) wanita berusia di antara 20 hingga 45 tahun mengalami jangkitan kulat faraj, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka. Separuh daripada wanita melalui pengalaman tersebut lebih daripada sekali manakala kira-kira 25 peratus, setahun sekali dan lima peratus, antara tiga hingga empat kali sebulan.

Dr. Alice berkata, adalah sesuatu yang normal apabila sedikit Candida didapati hidup secara semula jadi di dalam faraj. Menurutnya, imbangan bakteria yang betul di samping persekitaran faraj yang berasid menghalang pembiakan kulat itu yang keterlaluan.  Bagaimanapun, beberapa keadaan boleh menggalakkan pembiakannya dan kewujudan Candida yang terlalu banyak boleh membawa kepada jangkitan kulat.

``Antibiotik misalnya boleh membunuh bakteria baik yang hidup di dalam faraj bagi menyekat pembiakan Candida yang berlebihan. ``Kulat berkenaan juga boleh membiak sekiranya kandungan gula dalam darah seseorang berada pada paras yang tinggi,'' katanya. Wanita yang mempunyai diabetes tidak terkawal berisiko tinggi mendapat jangkitan kulat, ujar beliau. Ketidakseimbangan asid faraj antara lain disebabkan oleh tekanan, kehamilan dan penyakit-penyakit yang mempengaruhi sistem imunisasi atau ketahanan badan seseorang. Selain antibiotik, ubat-ubatan seperti pil perancang dan steroid juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj. ``Kebanyakan wanita cenderung dijangkiti kulat sejurus sebelum datang bulan disebabkan oleh perubahan hormon pusingan haid mereka. ``Pakaian khususnya seluar dalam yang terlalu ketat dan diperbuat daripada bahan nilon juga boleh menyuburkan pembiakan kulat,'' katanya.

Kulat, kata Dr. Alice, memang menyukai persekitaran yang agak hangat dan berlembap yang boleh disumbangkan oleh jean ketat, pantyhose dan lain-lain bahan sintetik yang boleh memerangkap lembapan.

Sekiranya seseorang wanita itu mengalami gejala-gejala jangkitan, adalah penting bagi mereka untuk berjumpa doktor supaya diagnosis yang tepat dapat dilakukan. Ini kerana, beberapa penyakit lain seperti jangkitan saluran kencing mempunyai gejala-gejala yang menyerupai jangkitan kulat faraj.
Masalah akan menjadi bertambah buruk jika rawatan yang diberikan adalah berlainan daripada jenis jangkitan yang sebenarnya, tegasnya. Doktor akan mengambil contoh cecair keputihan untuk diperiksa di makmal menggunakan mikroskop atau ujian kultur kulat sebelum mempreskripsi ubat-ubatan berbentuk pil, krim sapuan atau supositori berbentuk pepejal untuk dimasukkan ke dalam faraj. ``Jika pesakit mengikut segala arahan dengan betul, jangkitan dapat disembuhkan dalam masa beberapa hari hingga seminggu sahaja.

``Jika tidak, ia akan berulang kembali,'' katanya sambil menambah, jangkitan yang dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan jangkitan pelvik yang lebih teruk.

Sekalipun jangkitan kulat faraj tidak diklasifikasikan sebagai penyakit yang ditularkan melalui hubungan kelamin, namun dalam keadaan yang jarang berlaku, ia boleh merebak kepada pasangan pesakit.  Bagaimanapun, pasangan lelaki berkenaan tidak semestinya memerlukan rawatan lanjut kecuali mengalami gatal-gatal, kerengsaan dan kepala zakar menjadi kemerah-merahan.

Gejala jangkitan kulat faraj:

Ø  Rasa gatal, panas seperti terbakar atau mengalami kerengsaan faraj

Ø  Vulva (bibir faraj) melecet, kemerah-merahan dan bengkak

Ø  Keputihan tebal yang kelihatan seperti keju kotej, kebiasaannya tidak berbau ataupun jika berbau adalah seperti roti atau ragi

Ø  Sakit atau pedih semasa membuang air kecil atau melakukan hubungan seksual.

Ø  Langkah-langkah pencegahan:

Ø  Selepas membuang air, selalulah mencuci bahagian alat sulit dari bahagian hadapan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran kulat dari dubur ke faraj

Ø  Pastikan alat sulit sentiasa berada di dalam keadaan kering selepas mandi ataupun membuang air

Ø  Elakkan pemakaian seluar yang ketat atau seluar dalam jenis sintetik yang menghalang pengaliran udara yang baik

Ø  Bertukarlah kepada pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas bagi membantu mengekalkan kekeringan dan kebersihan faraj

Ø  Jika boleh, pakai seluar dalam kain kapas semasa tidur atau tidak memakainya langsung

Ø  Pakai pakaian dalam yang telah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu

Ø  Cuci alat sulit anda setiap hari menggunakan sabun lembut atau krim gliserin

Ø  Elakkan daripada melakukan hubungan kelamin sejurus selepas membuang air besar

Ø  Sesetengah wanita mungkin sensitif terhadap haruman tertentu yang digunakan di dalam sabun, bahan pencuci atau produk semburan, gel mandian, losen, produk sanitari atau pencuci pakaian

Ø  Jika kerengsaan berlaku, elakkan penggunaannya sebaliknya beralihlah kepada produk yang bebas haruman.


Ok, bagaimana jalan penyelesaiannya?? Mudah saja, hanya dengan mengamalkan pemakanan tambahan daripada shaklee, iaitu ALFALFA!!.
Apa khasiat alfalfa ni? 
Alfalfa memang terkenal dengan supplemen yang membantu untuk meningkatkan hasil susu, tapi selain itu, alfalfa mempunya 1001 kebaikan....Orang lelaki juga boleh mengambil alfalfa ni..

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthritis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
  19. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…

AMARAN!!: Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE.
Tapi di ingatkan, bila kita amalkan alfalfa ni, kena minum banyak air kosong tau...






pm sy jika anda benar-benar menyayangi diri anda,anak2 perempuan anda,isteri2 anda,adik dan kakak anda....

add fb sy ainnaina atau emelkan ke ainnaina1@gmail.com
sms sy 0129773915


*segala testimoni /penulisan tentang produk ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah,mendiagnosis atau menyembuhkan apa jua penyakit*