Pages

Thursday 20 December 2012

KEAJAIBAN WANITA HAMIL :)

kehamilan merupakan sesuatu yang teramat indah bagi setiap wanita yang telah berkahwin,,,,anak merupakan anugerah ALLAH yang maha esa,,,nak tahu indah macamna saat hamil ini ???
jom kita belajar nikmati pengalaman sembilan bulan ini dengan perasaan yang menyeronokkan.


bila kita hamil secara outomatik setiap inci tubuh kita akan mengalami perubahan yang drastik antaranya~~~~~~

~SAIZ KASUT~
perut yang semakin membesar memerlukan anda bertukar kepada "uniform"hamil iaitu pakaian hamil,begitu juga dengan kasut.bagi sesetengah wanita ,mereka terpaksa menukar saiz kasut akibat pengumpulan air di dalam tubuh .kebanyakkan wanita mengalami bengkak kaki dan perlu memakai saiz kasut yang lebih besar.

~PERGERAKKAN SENDI~
sewaktu hamil,tubuh anda akan menghasilkan hormon yang dikenali sebagai "relaxin".ia dipercayai membantu bahagian bawah pelvis dan servik membuat persediaan sebelum kelahiran.tugas utama "relaxin" ialah melonggarkan tisu yang menghubungkan tulang.jadi sewaktu bersenam atau mengangkat barang,lakukan secara perlahan-lahan.elakkan pergerakkan yang tersentak-sentak.ini bagi mengelakkan bahagian bawah pelvis dan ervik terbuka lebih cepat drpd waktu yang sepatutnya.

~URAT TIMBUL,SEMBELIT DAN HEMORRHOID~
urat timbul yang biasa berlaku di bahagian kaki dan kemaluan apabila kolam darah dalam pembuluh darah membesar disebabkan oleh hormon kehamilan.
hemorrhiod biasanya berlaku disebabkan oleh jumlah darah yang meningkat dan rahim menekan pelvis.pembuluh darah dalam rek-tum mungkin membesar seperti rangkaian anggur.sembelit sememangnya masalah biasa sepanjang kehamilan kerana hormon mengurangkan kadar penghantaran makanan ke saluran gastrointestinal.
cara terbaik untuk mengatasi masalah sembelit dan hemorrhoid ialah melakukan pencegahan.amalkan pemakanan yang kaya serat seperti betik,minum air yang mencukupi dan lakukan senaman.







~KEJUTAN SEBELUM MELAHIRKAN~






sepanjang kehamilan ini,anda sudah menempuh pelbagai dugaan.namun,hari yang bakal anda tempuhi sewaktu bersalin adalah lebih mencabar.fakta menarik yang perlu anda ketahui ,hanya 1 daripada 10 wanita hamil akan melalui pengalaman air ketuban pecah sebelum kontraksi bermula.bagi yang tidak mengalaminya ,doktor akan memecahkan ketuban jika serviks sudah terbuka ketika anda sampai ke hospital(mcm pengalaman sy bersalin doktor akan pecahkan air ketuban lepas 10 minit baru kontraksi berlaku,,,,).sesetengah wanita terasa gesaan untuk membuang air kecil yang menjadi punca buang air secara tiba-tiba.ada juga yang tiba-tiba terasa lelehan air dikaki.
ada perkara lain yang akan keluar dari tubuh selain bayi ,darah dan air ketuban .ada wanita yang mual dan muntah.yang lainna mengalami cirit-birit sebelum dan semasa sakit bersalin.ada juga yang kembung perut sehingga kerap membuang angin.sewaktu proses meneran.kadang-kadang anda akan hilang kawalan sehingga terbuang najis.

~~~~hot bace yer ~~~~
set ibu hamil yang terbaik clik sini ;)
set berpantang yang terbaik clik sini :)
ketahui teknik yang betul semasa meneran clik sini :)



jom support breasfeeding every day!!!!!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~