Pages

Tuesday 13 November 2012

KETAHUI TIPS MUDAH PERJALANAN SELESA BAGI IBU HAMIL

PEJALANAN SELAMAT SAAT HAMIL,,,,
wow citu sekolah sudah bermula tentu ramai yg ingin pulang ke kampung masing-masing,,pasti nye suasana di jalan raya penuh sesak,,,,walau apapun selamat pulang dan selamat kembali,,,,buat ibu -ibu hamil yg akan memulakan perjalanan yg jauh ini sy ingin share tips mudah dan menyelesakan bg ibu hamil dlm kereta....

*pastikan anda memakai pakaian hamil ug selesa dan tidak terlalu ketat ketika menaiki kenderaan.

*letakkan kusyen kecil pada tempat duduk atau bahagian belakang anda ketika duduk dikerusi.pilih kedudukan kusyen mengikut keselesaan anda.

*elakkan mengambil minuman atau makanan yg bergas atau berlemak untuk mengelakkan sakit perut ketika sedang dalam kenderaan.

*pastikan anda memakai kasut atau stoking yg selesa sepanjang berada di dalam kenderaan.

*beg plastik bagi wanita hamil yg mengalami alahan atau "morning sicknees" yang teruk.

*buku nota dan pen untuk mencatat keperluan sepanjang kehamilan .lagipun inilah peluang terbaik untuk anda memikirkan apa yg diperlukan ketika berhadapan dengan saat kelahiran.

*pastikan anda minum banyak air puteh untuk mengelakkan hidrasi dan mengurangkan risiko gumpalan darah pada kaki.

*yang penting sekali baca doa naik kereta dan sentiasa berdoa dan membaca ayat2 alquran semoga allah memberkati dan melindungi kita sepanjang perjalanan itu.


PANDUAN JIKA BERHADAPAN KEMALANGAN
==================================
sekiranya anda terlibat kemalangan dalam baik kemalangan kecil sekalipun segera hubungi doktor .ketika itulah pemeriksaan akan dijalankan untuk melihat degupan jantung janin,ia bagi memastikan anda dan janin dalam keadaan selamat.

 sungguhpun anda merasakan yg anda tidak sakit (selepas kemalangan kecil),anda mungkin berhadapan dgn risiko.wanita hamil yg terlibat dalam kemalangan tanpa rekod kecederaan berkemungkinan berhadapan dgn risiko kelahiran bayi pramatang.

 ianya berkemungkinan ,misalnya apabila uri terpisah sebahagian atau sepenuhnya daripda rahim sebelum janin dilahirkan dan ia boleh menyebabkan wanita hamil mengalami kelahiran bayi pramatang.










kredit by;ainnaina and support to breasfeeding everyday

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~