Pages

Sunday, 4 November 2012

HAMIL KEMBAR CENDERUNG BERSALIN AWAL

sukar hendak digambarkan perasaan gembira apabila diberitakan bakal ibu hamil kembar.pasti bermacam persoalan bermain difikiran .daripada hal kehamilan sampailah ke soal pembelian barangan untuk anak-anak kembar anda kelak.ada juga bakal ibu yg tidak dapat tidur malam krn tidak sabar menyambut kelahiran bayi kembar itu nanti.

definasi anak kembar itu sendiri  membawa maksud dua orang atau lebih yg dilahirkan dalam satu-satu kehamilan yg sama,walaubagaimana pun ,setiap kehamilan kembar itu cukup unik sekali krn ia bukan berasal dari satu telur.

secara umumnya,kehamilan kembar ini boleh diketegorikan berdasarkan jumlah sel telur yg disenyawakan dan bakal menjadi emboria(janin).terdapat dua jenis kembar iaitu yg berasal dari satu sel telur dan ini dinamakan monozigot.manakala jenis ke dua adalah kembar yg berasal dari dua atau lebih sel telur dan ia dipanggil dizigot.daripada jumlah keseluruhannya ,jumlah bayi kembar yg ada,sebanyak lapan peratus adalah jenis kembar monozigot.

KEMBAR MONOZIGOT
ia berlaku apabila satu sel telur yg telah disenyawakan oleh satu sel sperma (zigot),lalu terpisah menjadi dua embrio .apabila ia melekat pd dinding rahim,kedua-dua embrio yg terpisah td berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam rahim lalu menjadi janin yg sempurna.

ciri-ciri khas
-biasanya perempuan jenis kelamin yg sama iaitu perempuan2 atau lelaki2.
-mempunyai wajah dan penampilan yg sama malah sikap mrk juga hampir sama antara satu sama lain.
-anak kembar seiras ini direkodkan mempunyai umur yg lebih panjang berbanding anak kembar tidak seiras(namun semua itu KETENTUAN ALLAH YG MAHA BERKUASA).


KEMBAR DIZIGOT
kembar ini berlaku apabila satu atau lebih sel telur disenyawakan oleh dua sel sperma yg berbeza.kedua-dua zigot ini akan berkembang dan membentuk dua fetus yg masing-masing mempunyai uri dan tali pusatnya sendiri.kemungkinan berlakunya kembar tidak seiras ini adalah satu dari 60 kelahiran.

ciri-ciri khas
-jantina mrk mungkin berbeza atau mungkin sama jantina.
-wajah dan karakter mereka biasanya tak sama .
-walaupun anak kembar tak seiras ini panjang umur tetapi tidak sepanjang umur anak kembar seiras.

PROSES KELAHIRAN KEMBAR

menghadapi saat kelahiran kembar pastinya amat mengujakan.tambahan pula ia memerlukan perhatian baik dari kalangan doktor yg bakal menyambut kelahiran mahupun bakal ibu dan ayah.kelahiran untuk janin tunggal biasanya berlaku pd minggu ke 40-42 manakala janin kembar cenderung dilahirkan awal iaitu antara minggu ke 35-37.
sememangnya,pada usia kehamilan ini,janin kembar cenderung lahir secara pramatang kerana rahim ibu amat meregang sehingga mengalami kontraksi ,walaubagaimana pun ,tidak mustahil untuk janin itu dilahirkan secara normal.terdapat beberapa faktor yg memungkinkan keadaan ini berlaku.antaranya usia kehamilan atau posisi janin dalam rahim.janin kembar juga mempunyai berat badan berkurangan malah risiko ini menjadi semakin tinggi apabila janin lebih dari dua.

PERSIAPAN PERLU ADA
bagi menangani keadaan sebegini,bakal ibu perlu mempersiapkan diri untuk berhadapan dgn sebarang kemungkinan.antara persiapan berikut:
-mendapatkan sokongan .sokongan itu baik dtg dari suami,ahli keluarga dan teman rapat.boleh juga mendapatkan sokongan drpd doktor yg akan menyambut kelahiran  janin anda nanti.
-amalkan gaya hidup sihat.hindari dari mengambil makanan ringan saranan yg diberikan doktor.
-pilih hospital yg memiliki peralatan yg dapat menyokong proses kelahiran anda.terutama untuk berhadapan dgn kemungkinan janin dilahirkan pramatang atau rawatan khas untuk janin dan ibu selepas bersalin.
-walaubagaimanapun,bakal ibu perlu bertenang ketika berhadapan dgn saat kelahiran .banyakkan berdoa agar proses kelahiran berjalan lancar.samada kelahiran itu kembar atau sebaliknya ,bakal ibu perlu memastikan untuk memberi kasih sayang yg selengkapnya kpd bayinya kelak.



1 comment:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~