jerawat memang membuatkan kita hilang 'mood',hendak bersolek malas,hendak berbual,pun malas,apatah lagi kalau hendak ketawa dan bergurau senda.keadaan akan menjadi lebih teruk kalau ada pula mulut-mulut gatal yg mengeluarkan soalan-soalan 'panas' yg hanya akan memanaskan hati mereka yg sedang diserang jerawat!!!huh,,,sabar je la,,,.tengah seronok berbual,,tibe-tibe disapa 'awat muka hang jadi lagu ni?' atau 'eh,hari tu muka kau licin je,tibe2 ada jerawat pulak?',,,kalau hati boleh bersabar ,soalan itu akan dijawab berserta dgn penerangan dan penjelasan yg jitu,tetapi kalau sebaliknya ,hanya keadaan yg bisa menentukannya,,,,,,,
bagi wanita jerawat adalah 'racun' pada kecantikkan.wajah yg bersih dan mulus tetap dilihat 'kurang' walaupun hanya sebutir jerawat yg menghiasi.bagaimana pula jika wajah ditaburi banyak jerawat sehingga memudarkan sepenuhnya kecantikkan asli?jerawat hanya membuatkan hati gelisah tidak menentu dan tangan pasti gatal shj hendak memicitnya.
ANTARA FAKTOR TERJADINYA JERAWAT
*penghasilan minyak yg berlebihan(overproduction of oil/sebum)
*pengelupasan sel-sel kulit mati yg menyebabkan berlakunya radang pd folikel rambut.
*bakteria yg berkembang biak.
jerawat akan tumbuh apabila folikel rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati.setiap folikel sebenarnya berhubung dgn kelenjar'sebaceous'.kelenjar 'sebaceous' ini bertindak mengeluarkan zat berminyak yg dipanggil sebum untuk melindungi rambut dan kulit.biasanya sebum bergerak sepanjang akar rambut dan kemudian keluar melalui pembukaan folikel rambut di permukaan kulit.
jika tubuh menghasilkan sebum dan sel kulit mati secara berlebihan,kedua-duanya akan bergabung dan membentuk sumbatan halus di folikel rambut.sumbatan ini akan menyebabkan dinding folikel menonjol dan menghasilkan komedo tertutup atau dkenali sebagai 'whiteheads'.sumbatan tersebut mungkin juga akan terbuka ke permukaan kulit dan menjadi kehitaman sehingga menjadi komedo terbuka .ia juga dikenali dgn nama 'blackheads'.
jerawat tumbuh menjadi bintik2 merah dgn ketulan putih di tengah.ia berkembang ketika folikel rambut yg tersumbat tadi menjadi radang atau mendapat jangkitan.sumbatan dan radang boleh berkembang jauh ke dlm folikel rambut dan menghasilkan benjolan di permukaan yg disebut 'cyst'.
setakat ini belum dketahui lagi apakah punca yg menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap penghasilan sebum.namun sejumlah faktor menyatakan semua ini adalah gabungan drpd hormon,ubat-ubatan tertentu dan juga genetik.
BAGAIMANA PULA CARA MENGATASINYA?
untuk jerawat peringkat permulaan,doktor biasanya akan mengesyorkan penggunaan krim untuk sapuan di permukaan wajah khususnya di tempat tumbuhnya jerawat itu.doktor juga akan memberikan antibiotik selama satu hingga tiga minggu .ada juga ubat-ubatan oral misalnya retinoid.namun,ubat ini mempunyai formulasi yg agak kuat sehingga ia boleh menjejaskan kandungan ibu hamil.paling teruk ia juga menyebabkan seseorang wanita itu tidak boleh hamil sehingga dua tahun lamanya.inilah pentingnya anda mendapatkan nasihat dari pakar dahulu sebelum memilih sebarang jenis perawatan.
dari segi saintifik ,anda boleh memilih untuk melakukan rawatan 'cosmetology'iaitu rawatan laser.antara rawatan laser yg sesuai adalah 'ablative laser' sejenis laser yg akan dipancarkan terus ke dlm kulit.namun ia masih mempunyai kesan sampingan iaitu kulit mungkin akan menjadi lebih sensitif dr biasa.pilihan rawatan laser yg lain ialah 'non ablative laser'.pancaran laser ini tidak masuk ke dlm kulit dan ia hanya melibatkan permukaan wajah shj.selain laser rawatan seperti 'chemical peel' dan 'dermabrasion' juga bagus untuk membantu mengurangkan jerawat dgn pantas.
ATASINYA DENGAN RAWATAN SEMULAJADI
selain rawatan moden,ada beberapa cara semulajadi yg diakui berkesan untuk membantu mengurangkan masalah jerawat.cara ini mudah shj dan boleh dilakukan dimana -mana shj khususnya dirumah,,,;
1)MINUM AIR YANG CUKUP 2-3 LITER SEHARI
ramai yg memberitahu mereka tidak suka minum air walaupun mereka tahu kepentingan air pada kesihatan.air merupakan pembersih semulajadi yg membantu tubuh membuang racun dan sisa metabolisme yg boleh menyebabkan terjadinya jerawat.selain itu ,sistem tubuh secara keseluruhan juga akan semakin baik dan lancar jika anda minum air yg mencukupi.
2)AMALKAN MEMAKAI MASKER TIMUN
timun sering digunakan sebagai masker untuk menghilangkan jerawat.jika anda mahu,parutlah timun yg sudah dicuci bersih,kemudian gunakan sebagai pupur pd wajah yg berjerawat.biarkan selama satu jam sebelum dibersihkan .lakukan dua kali sehari dan anda akan melihat hasil yg luar biasa pd kulit.
3)ZINC DAN SUFUR
zinc dan sufur membantu melawan dan menurunkan jumlah bakteria jahat yg mampu menyebabkan jerawat.oleh itu tingkatkanlah pengambilan zink dlm makanan anda untuk mencegah dan menghilangkan jerawat.selain itu anda juga boleh menggunakan sabun yg mengandungi sulfur untuk membantu memghilangkan masalah jerawat.
4)JANGAN PICIT JERAWAT DENGAN TANGAN
menggunakan tangan untuk memicit jerawat adalah kesalahan terbesar yg pernah dilakukan oleh sesiapa shj(termasuk daku huhuh).memicit jerawat dgn tangan akan menyebabkan bakteria ini tersebar ke bahagian sekitar jerawat.selain itu,memicit jerawat juga akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan memakan masa yg lebih lama untuk proses penyembuhannya.
ada pendapat yg mengatakan memakan coklat dan kacang boleh meningkatkan risiko mendapat jerawat,,namun semua itu tiada kene mengena dgn jerawat,hormon andregon memainkan peranan dalam masalah jerawat ini.kegemaran untuk bersukan,bekerja dan tekanan dgn kawan2 boleh menjadi salah satu punca nya.orang yg mempunyai berat badan atau obesiti juga sering mengalami gangguan jerawat.
antara salah satu rawatan terkini yg boleh mengurangkan masalah jerawat adalah dgn mengamalkan supplement SHAKLEE..kenapa? kerana supplement shaklee adalah duji disecara klinikal dan ia bersumberkan dari alam semulajadi.ia bersih dari segala bahan kimia dan supplement shaklee membantu membina sel semulajdi.
anda berminat?
sila pm sy atau cal sy 0129773915,,,setiap pembelian dgn sy anda akan mendapat konsultasi percume dan tips2 menarik!!!!
No comments:
Post a Comment