kali ini sy ingin kongsikan mcmna ibu2,mama2,mami2 yg tgh hamil untuk kekal menawan saat2 ini,,jangan fikir hanya kerana kita hamil dan perut membesar kita tidak boleh kelihatan menawan,,,itu salah malah orang hamil lebih seksi dari orang tak hamil huhuhu,,
ibu2 hamil boleh tampil menawan di sepanjang kehamilannya namun terlebih dahulu ibu2 perlu mengetahui apa yg perlu dilakukan untuk melindungi diri ibu2 drpd pelbagai gangguan yg menghalang kita untuk tampil menawan di sepanjang kehamilan ni,,,,,jom ketahui gangguan tersebut dan cara mengatasinya:
1)chloasma
keadaan ini juga disebut sebagai melisma atau topeng kehamilan.ia merupakan perubahan pigmentasi pd kulit yg berupa noda coklat tua di pipi antara kening dan bibir di bahagian atas.ia terjadi disebabkan perubahan hormon sewaktu hamil yg meningkatkan kadar penghasilan melanin iaitu hormon pemberi warna pd rambut,kulit dan mata.
jangan bimbang kerana masalah ini ada langkah yg boleh di ambil untuk mengurangkannya,,,
perlindungan terhadap cahaya amat penting sekali .hal ini kerana,sinar ultraungu akan membuatkan keadaan chloasma jd lebih parah,jadi ibu hamil digalakkan memakai krim pelindung matahari dgn SPF 15 atau yg lebih tinggi,sebaik memakai pelembab ,lindunginya dgn concealer yg berwarna senada dan lebih terang dari kulit anda.
penyelesaian jangka panjang
;chloasma biasanya hilang beberapa bulan setelah bayi dilahirkan ,sementara itu anda perlu menggunakan perawatan wajah yg mengandungi bahan antioksidan untuk membantu meratakan warna kulit.
2)kulit kering,berminyak dan sensitif
perubahan hormon boleh menyebabkan keadaan ketidakselesaan di sepanjang kehamilan,ini termasuk lah menjadi penyebab kulit berminyak malah menjadi kering dan sensitif.
langkah yg boleh di ambil:
paling penting,jgn berlebihan memakai produk penjagaan kulit.apabila kulit menjadi begitu berminyak ,bersihkan setiap pagi dan malam dgn sabun pembersih berformula lembut.letakkan pelembab yg berasaskan air kemudian pakai masker dua kali seminggu untuk membantu keseimbangan penghasilan sebum.apabila kulit wanita hamil menjadi kering dan sensitif gunakan pembersih berasaskan minyak dan angkat sisa pembersihan dgn kapas lembut dan air hangat.
penyelesaiaan jangka panjang
;tak perlu berbelanja membeli pelbagai krim mahal krn rahsianya ada pd pola pemakanan seimbang.masukkan makanan berasaskan sayuran dlm menu harian krn ia baik untuk janin anda.minum air sekurng2nya 10 gelas air puteh sehari untuk membersihkan organ2 dalam tubuh anda .
3)kaki bengkak
wanita hamil yg berdiri terlalu lama boleh meningkatkan tekanan di bahagian kaki sehingga menyebabkan ia membengkak,keadaan ini boleh terjadi disepanjang 9bulan kehamilan namun paling kerap terjadi pd trimester ketiga.
langkah yg boleh di ambil
rehatkan kaki yg bengkak.angkat kaki ke atas untuk melancarkan peredaran darah,namun apabila kehamilan anda telah memasuki bulan-bulan terakhir dan perut telah pun menjadi sangat besar,hindari mengangkat kaki dengan cara berbaring dan terlentang.ia boleh menyebabkan pembuluh darah mengalirkan darah ke kaki dan kedudukan ini boleh memepengaruhi keadaan janin.berbaring mengiring dsisi kiri adalah posisi terbaik.urutan lembut pd kaki dan senaman ringan boleh membantu mengurangkan pembengkakkan.
penyelesaian jangka panjang
pastikan anda memakai kasut atau selipar bertumit rendah dan rata untuk melindungi posisi janin.banyakkan minum air agar ginjal dpt berfungsi secara optimum.makan makanan yg mencegah pengumpulan cecair dlm tubuh.hindari garam dan makanan ringan yg mengandungi banyak bahan pengawet,,juga amalkan vitamin shaklee,,
jika ada pendpat atau petua boleh la dikongsi bersama ye,,jangan segan bagi komen :)
ketahui supplement buat ibu-ibu hamil KLIK SINI
KLIK SINI atasi rambut gugur selepas bersalin....
No comments:
Post a Comment