Pages

Sunday, 4 November 2012

JOM BUAT MASKER DARI BAHAN SEMULAJADI

selain penggunaan solekkan ,anda juga boleh memelihara kulit agar tampak awet muda dan menarik dgn bahan2 semulajadi sebagai masker wajah.ini kaedah terbaik untuk anda yg kurang gemar ke spa atau lebih senang dan menjimatkan wang,,,,

MASKER PISANG
=============
selain menambah tenaga dlm tubuh seseorang,pisang juga membantu membuatkan wajah lebih cerah.caranya adalah dgn mencampurkannya bersama avakado dan timun.pisang berfungsi sebagai pelembab semulajadi bg wajah.manakala avakado pula membantu menjadikan kulit wajah lebih sihat dan terasa kenyal kerana ia mengandungi vitamin E.

MASKER PUTIH TELUR
==================
kaedah ini membantu dlm mengecilkan pori-pori pd wajah.caranya mudah shj anda hanya perlukan dua biji telur,asingkan putih telur dari kuning telur ,kemudian pukul putih telur,setelah itu sapukan ke wajah secara rata,setelah 20 minit bilas dgn air suam.ia membantu kulit menjadi tegang.

MASKER SANTAN DAN MADU
======================
selain berfungsi dlm masakkan ,campuran bahan2 ini boleh dijadikan sebagai penyegar atau toner semulajadi selain bertindak sebagai agen antibakteria untuk mengurangkan masalah peradangan di sekitar kulit wajah.selain itu campuran bahan ini membantu mengurangkan masalah bintik2 hitam di wajah.

MASKER TOMATO DAN YOGURT
=========================
campuran kedua-dua bahan ini berfungsi sebagai masker untuk mengurangkan masalah kulit.caranya kisar tomato segar sehingga lumat kemudian tambahkan yugort,minyak zaitun dan sedikit cuka.tomato sgt baik dlm membantu membuka pori-pori wajah,manakala cuka bertindak sebagai pembersih alami,yugort pula berperanan dlm membersihkan dan menghilangkan noda2 hitam seterusnya melembutkan kulit.manakala minyak zaitun pula menjadikan kulit lebih lembab.

MASKER ALMOND DAN NANAS
========================
almond bertindak membantu dlm pengelupasan sel-sel kulit mati,manakala nanas akan membantu membuang kulit mati setelah wajah dibersihkan .caranya campurkan nanas yg dihancurkan dgn serbuk almond.kemudian aplikasikan ke wajah selama beberapa minit ,setelah itu bilas dgn air suam dan lihatlah hasilnya,!

MASKER MINYAK ZAITUN DAN ALMOND
===============================
kaedah ini membantu untuk mengurangkan masalah kulit yg kering.caranya campur minyak zaitun dgn serbuk almond ,sapikan ke wajah selama 10 minit,biarkan hingga minyak meresap.

MASKER LIMAU DAN KUNING TELUR 
=============================
ambil dua kuning telur dan satu sudu perahan limau.campurkan kedua bahan tersebut dan ratakan ke wajah selama lebih kurang 10 minit.kuning telur merupakan kaedah terbaik untuk membantu masalah jerawat,manakala perahan limau yg mengandungi vitamin c pula bertindak sebagai pembersih semulajadi,,

senangkan??? jom kita cube buat,,,,,
tapi yg best adalah masker esp dan vitamin E ,,,nak tau??
sudikanlah bg komen atau kongsi petua anda,,,,;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~