assalammualaikum,,,
islam adalah agama yang sangat sempurna,suci dan menjadi fitrah bagi manusia sebab itu agama islam amat menitik beratkan setiap amalan di dalam kehidupan agar umat manusia sentiasa merasa bersyukur atas KURNIAAN ALLAH SWT.begitu juga dalam soal kehamilan,jika sudah puas mencari jalan untuk hamil secara moden jangan sesekali lupa,,,islam juga ada caranya tersendiri.....
ikhtiar dan usaha yang berterusan adalah perlu dan elakkan rasa tertekan.dekatkanlah diri kepada allah swt menerusi amalan-amalan sunat yang akan mengurangkan tekanan dan menguatkan lagi ketaqwaan padanya.perbanyakkan amal kebajikan seperti sedekah dan puasa sunat semoga dengan cara ini hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan.
terdapat amalan-amalan yang berlandaskan islam yang boleh di amalkan sebagai salah satu usaha supaya mudah hamil.lakukan rutin harian yang dinyatakan di bawah secara konsisten dan dengan penuh harapan agar dimakbulkan oleh allah swt dan dikurniakan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada allah insyaallah...
SELEPAS TERBIT FAJAR ATAU SESUDAH SOLAT SUBUH
===========================================
~baca bismillah
~berselawat kepada nabi muhammad saw sebanyak tiga kali.
~kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali.
~dalam sujud tersebut mohonlah kepada allah swt akan apa yang dihajati(ya allah kurniakanlah kepada hambaMU ini zuriat atau anak soleh yang engkau berkati di dunia dan akhirat).
~selepas lafaz doa,tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
~selain itu amalkan membaca "ya mutakabbir"(allah yang maha memiliki keagungan) sebanyak 11 kali bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin.
~manakala isteri pula hendaklah membaca "ya awwal"(yang tiada permulaan adaNYA)sebanyak 333 kali setiap hari.
~isteri juga hendaklah membaca setiap hari "ya zaljalaaliwal ikram"(wahai yang memiliki kebesaran dan kemuliaan) sebanyak 11 kali dan tiup di dalam air kemudian air tersebut perlulah diminum.
amalan yang dilakukan secara berterusan selagi usaha belum menunjukkan hasil.janganlah berputus asa kerana sesungguhnya allah swt amat memurkai orang yang mudah berputus asa.semoga usaha yang dilakukan akan membuahkan kejayaan dan dikurniakan anak soleh yang membuka pintu syurga kepada ibubapanya...insyaallah.
HOT POS~~~
~~punca ketidaksuburan klik sini~~
~~vitamin terbaik untuk sakit sendi klik sini~~
No comments:
Post a Comment