Pages

Thursday, 10 January 2013

APA ITU RELAKTASI?


apa itu relaktasi?

relaktasi adalah proses mengembalikan susu badan.ada bermacam-macam faktor yang membuatkan seseorang ibu itu ingin mengembalikan susu badannya.antaranya mungkin bayi tidak mahu menyusu botol,ibu yang mengalami masalah kesihatan dan banyak lagi.relaktasi ini adalah satu usaha yang sangat mulia bagi ibu-ibu yang sanggup "berrelaktasi" ni...pengorbanan seorang ibu bukan shj melahirkan malah memberi susu juga amat mulia disisi agama,,jadi anak-anak hormati dan sayangi ibumu,,,,


relaktasi bukan sesuatu yang mudah dilakukan ia memerlukan keazaman dan kesabaran suami dan keluarga  juga harus memainkan peranan membantu isteri dan ibu tersebut.

definisi relaktasi(relactation) menurut Dr. jack Newman



Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.

antara sebab-sebab utama sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi semula adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula,masalah kesihatan bayi,kekesalan ibu kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas seperti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu perlu berusaha keras untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan,
dalam usaha untuk menjayakan relaktasi ini ada dua perkara yang ibu perlu ambil perhatian:::

1)memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu.
2)mencetuskan penghasilan susu atau meningkatkan penghasilan susu jika susu ibu kurang.



kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor;
========================================================

faktor#1-pengeluaran susu sebelum berhenti

~jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dulu,kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
~namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu "kurang susu" ,ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan "kurang susu" berlaku kerana kesilapan teknikal.


faktor#2-berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?

~semakin lama bayi berhenti menyusu,semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu badan ibu.

~memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu susu ibu kerana kebiasaan yang selesa dengan penyusuan botol dan susu fomula.

~namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi,walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada langsung.


faktor #3-berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?

~semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.

~jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (4 bulan) lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu selama 2 bulan shj.

~namun sekali ditegaskan ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.

faktor#4-kesediaan ibu

~relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh darpada ibu .

~ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.

~sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi ini.


bagaimana caranya?
==============

1)relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu jika bayi dapat menerima puting ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.

bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
========================================

1)kebiasaannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara pada waktu malam sebelum tidur.

2)tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks,tidak terlalu lapar,tidak terlalu mengantuk,dalam bilik yang agak gelap dan tiada gangguan bunyi bising.

3)ambil masa untuk mendakap ,membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra.

4)jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan .

5)jika bayi menolak payudara ibu janganlah ibu berputus asa,bersabar dan cuba lagi.

6)jangan memaksa bayi menerima payudara ibu kerana ini akan menyebabkan bayi stress.


ada 2 jenis paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu
=========================================

1)bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier(puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.

2)bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik saja penghasilan susu berkurang.


{paten 1}

~jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.

~namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid(sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.


~biarkan bayi  menghisap payudara ibu untuk merangsang penghasilan susu ibu.


~jika susu ibu dihasilkan dengan baik ,kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.


{paten 2}

~sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu,lactation aid yang di isisikan susu formula boleh digunakan.

~susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.

~rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka ransangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.

~jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi dairpada payudara ibu janganlah ibu berputus asa.tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru dan usaha untuk mengembalikan bayi kepada penyusuan susu ibu akan terganggu.

2-relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusus daripada payudara ibu
==================================================

~jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu ,harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan susu penghasilan susu ibu.

~jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.

~atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.

~dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.


bagaimana nak meningkatkan penghasilan susu?

1-pam kerap/perah.
2-makan makanan berkhasiat dan seimbang,
3-makan makanan penambah susu seperti fenugreek,lobak putih
4-menggunakan ubat-ubatan(minta nasihat doktor)seperti domperidone(motilium)
5-kurangkan stress.
6-sentiasa berfikiran positif.

kesimpulannya:::relaktasi bukanlah sesuatu usaha yang mudah.ia boleh mengambil masa secepatnya 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal.namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi.minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~SELAMAT MAJU JAYA IBU~~~~~~~~~~~~~~~

~salah faham tentang penyusuan susu ibu ? klik sini

~tips buat ibu yang nak berrelaktasi semula klik sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~