Pages

Sunday, 6 January 2013

TINGGALKAN ISTERI KERANA TERMAKAN BUDI~~

tidak mudah untuk membalas jasa orang setelah termakan budi baik .bak kata pepatah "diluah mati mak,di telan mati bapa".bukan sahaja kasih sayang menjadi korban,adakala nya terpaksa melakukan sesuatu di luar kehendak hati semata-mata tidak mahu dianggap kacang lupakan kulit.

inilah yang dilalui oleh ahmad kamal yang terpaksa menerima sherina ,anak majikannya kerana ingin membalas jasa majikannya yang melihat potensi kamal dalam membina karier hingga mencadangkannya untuk meneruskan pengajian di luar negara.malah dia sanggup menanggung kos keseluruhan kos pengajian.kamal mengakui dia tidak berkemampuan unutk membiayai pengajiannya kerana orang tuanya perlu menanggung 5 lagi adiknya yang masih lagi di bangku sekolah.

sekembalinya ke malaysia setelah 4 tahun bertungkus-lumus membuktikan kecemerlangannya,kamal dinaikkan pangkat menjadi pengurus besar dan menjadi harapan majikannya.di sebalik itu,rupanya majikannya telah merancang untuk menyatukan kamal dengan sherina kerana percaya atas kemampuan kamal menguruskan syarikat jika ditaqdirkan umurnya tidak panjang.

ini kerana dia tidak mahu sherina hidup dalam kesusahan kerana anaknya sudah terbiasa dengan kemewahan.kamal pula dirasakan satu-satunya lelaki yang layak menjadi teman hidup anak tunggalnya itu,walaupun dia tahu kamal telah pun beristeri sejak 3 tahun lalu.tap itu tidak menjadi penghalang untuk dia bermenantukan kamal malah dia membenarkan sherina dimadukan.

segalanya tertulis dalam kehidupan farah ,isteri pertama kamal.menangis air mata darah sekalipun tidak mampu mengubah taqdir.farah sedar suaminya mempunyai isteri kedua dan bukan calang-calang orangnya,anak majikannya sendiri dan sudah tentu mempunyai banyak keistimewaan berbanding dirinya.farah juga bimbang jika kamal tidak boleh berlaku adil dalam rumah tangga.bagi kamal pula dia tidak mampu menolak perkahwinan yang dianggap sebagai membalas jasa ini.namun harapannya perkahwianan kali kedua ini tidak menjejaskan kasih sayang terhadap isteri pertamanya.
 "sy begitu mengharapkan farah bersabar dan memahami kedudukan sy ketika itu.sy sendiri berasa terseksa kerana berada dalam keadaan terpaksa dan serba salah .tidak ada kata lain yang dapat meyakinkan farah melainkan berjanji untuk berlaku adil kepada kedua-dua isteri"itulah luahan kamal.

 namun janji seorang lelaki bagaikan janji kosong.hari-hari yang dilalui farah bagaikan begitu panjang.sepi dan sedih meruntun hati lantaran kamal melupakan tanggungjawab dan sumpahnya.segala kepayahan dan pengorbanan farah semenjak berkahwin langsung tidak dihargai.

"sy alpa dengan kesibukkan setelah menjadi menantu orang kaya.siang malam sibuk bekerja,menghadiri mesyuarat selain seronok bercampur dengan golongan elit ketika acara makan malam.setiap 2 bulan,kami pasti ke luar negara untuk bercuti.keseronokkan diulit kemewahan membuatkan sy lupa farah sehinggalah satu hari dia menghubungi sy meminta untuk kepastian mengenai rumah tangga kami.farah meminta sy melepaskannya jika sy merasakan kami tidak lagi sesuai hidup bersama.dalam sendu ,dia mengadu akan kehilangan kasih sayang dan perhatian seorang suami.terdiam sy ketika itu.memang sukar untuk sy memberi jawapan kerana memang sy akui sy telah banyak berubah terutama setelah berkahwin.dengan hati yang sedih,sy lepaskan farah.

berhadapan dengan sherina kadang-kadang memenatkan sy kerana dia tidak mahu langsung ditinggalkan sehingga sy tidak berpeluang pulang ke rumah isteri pertama walaupun sy sedar,sy telah brjanji untuk berlaku adil sebelum bernikah"luah kamal lagi.

berbeza dengan farah yang memberi layanan kelas pertama kepada kamal,sherina pula banyak mengharap kepada pembantu rumah untuk menyediakan keperluan rumah tangga.makan minum,pakaian sehinggalah ke bilik tidur semuanya diuruskan oleh pembantu rumah.sy cuba untuk berbincang agar sherina lebih bertimbang rasa,sayangnya dia sering kali mengungkit akan jasa bapanya dan memikirkan risiko jika sy kehilangan kerja.kamal sedar apa yang dikatakan sherina itu benar tetapi dia tidak menduga bahawa perkahwinan dengan sherina yang dahulu hanya untuk membalas jasa telah meragut keseluruhan kasih sayangnya terhadap farah.
 kini kata-kata farah telah terbukti .kamal begitu menyesal dengan apa yang di alaminya sekarang.sekurang-kurangnya dahulu dia harus berfikir lebih mendalam sebelum membuat keputusan dan bukannya didorong hawa nafsu.kini kamal tidak dapat berpatah lagi kerana semuanya telah terlambat.sherina tetap tidak mahu mengalah sedangkan farah terus terpinggir..

 kamal memikirkan sesuatu untuk mengembalikan kasih sayang dan kepercayaan farah.jika terpaksa mengorbankan jawatan dan kemewahannya,kamal rela dan akhirnya jatuhlah talak satu pada sherina.dia pasti keputusannya itu tepat kerana sherina tidak sesuai dijadikan isteri kerana rumah tangga memerlukan seorang wanita yang boleh menjadi ister dan ibu yang sejati .kualiti itu hanya ada pada farah.....



***hanya kisah benar dari seorang suami yang masih mengharapkan cinta isterinya****



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAHSIA WANITA DI SINI~~

RAHSIA WANITA DI SINI~~